Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Saturday 30 June 2012

Ummi Abah ke Mekah




بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..


Dear blog[kali ni memang betul-betul nak cerita kat blog sorang je..haa~sebabnya tak ada point sangat kott],

Tadi,ummi kongsikan lagi pengalaman ummi dan abah ketika mereka menunaikan haji pada tahun 2000 yang lalu..Pada waktu tu,ummi baru sahaja melahirkan adik saya(anak yang ke7).Pada seawal umur baby sebulan,ummi ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5-menunaikan haji..
Masih ingat lagi keadaan di airport sebelum flight ummi berlepas.Ummi dah bergenang air mata sebab terpaksa tinggalkan kami adik-beradik apatah lagi adik yang baru nak mengenal alam.Tapi ummi sanggup sebab ummi nak jadi tetamu ALLAH..
Tadi,ummi cerita pengalaman di sana.Suka duka.Susah senang.Tapi ummi seronok.Yang susah tu terlalu sedikit jika nak dibanding dengan nikmatnya menjadi tetamu Allah.Ummi banyak bercerita kisah-kisah yang boleh kami adik-beradik[saya,adik form 3 & adik darjah 6 yang dulu ummi tinggalkan di Malaysia sebab nak gi Mekah]ambil pengajaran.Ummi juga ada berpesan..
"Duduk kat sana,mulut kena jaga..Jangan cakap ikut sedap je..Apa-apa yang kita buat,kita kena yakin pada Allah"
"Jangan lupa mintak kat Allah apa yang kita nak.Boleh mintak apa sahaja.Mintak nak jadi anak soleh..mintak nak jadi pandai.mintak dan mintak..ummi pun banyak berdoa.Salah satunya,ummi mintak nak cium hajar aswad"  <-------    dan ummi berjaya menciumnya!untungnya ummi! Ummi ada cakap,sebahagian ahli jemaah yang tidak yakin sempat mencium hajar aswad sebaliknya mengatakan cukup sekadar menyentuhnya pun sudah cukup,nah!mereka tidak sempat menciumnya.mereka hanya sempat menyentuh..sebab itu kita kena yakin.Allah kan sangat dekat.
Ummi juga ada menceritakan kelakuan orang arab di sana yang sangat tegas,sedikit kasar tetapi cukup menjaga dan melindungi [bukan semua jugak,kan?].
Ummi juga menceritakan perihal seorang Mak Su[katanya rumahnya di kawasan lapangan terbang Gong badak[.Ummi cerita,dia sangat baik.Walaupun baru saling mengenali,dia sangat baik dan penyayang.Dia menjaga ummi di Mekah sana.Mungkin dia risau keadaan ummi yang baru lepas bersalin.Ummi pun tak sangka dijaga sedemikian rupa.Ummi tak minta.Tapi Allah yang hulurkan seseorang untuk pantau serba sedikit kesihatan ummi..erm..maybe
Suasana di sana juga sangat seronok tetapi perlu lebih berhati-hati...

Alah..banyak lagi nak cite tapi mata ni jealous pulak ngan jari yang sibuk duk menaip dari tadi.Mata dah dipanggil-panggil oleh si katil..Tak tahan dah ni.Ngantuk...opss..patutlah ngantuk..dah pukul 2.38 pagi..alamak...
Blog,minta diri dulu..Tapi sebelum tu,penulis entri ni nak bagitau
"Saya sangat ingin ke bumi Mekah.Saya mahu jadi tetamu Allah yang bertuah"Bila agaknya ya?Moga-moga Allah izinkan..
Sekian.


p/s :Abah nak ke Mekah sehari sebelum Ramadhan tahun ni.Moga Abah selamat pergi dan pulang ke Malaysia serta sepanjang berada di sana dan dalam keadaan sihat wa afiat..Moga diterima amal ibadat hambamu itu....amin ya Rabb.

SEMOGA ALLAH SAYANG DAN REDHA DENGAN KITA!





sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

No comments:

Post a Comment