Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Saturday 30 June 2012

Ummi Abah ke Mekah




بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..


Dear blog[kali ni memang betul-betul nak cerita kat blog sorang je..haa~sebabnya tak ada point sangat kott],

Tadi,ummi kongsikan lagi pengalaman ummi dan abah ketika mereka menunaikan haji pada tahun 2000 yang lalu..Pada waktu tu,ummi baru sahaja melahirkan adik saya(anak yang ke7).Pada seawal umur baby sebulan,ummi ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5-menunaikan haji..
Masih ingat lagi keadaan di airport sebelum flight ummi berlepas.Ummi dah bergenang air mata sebab terpaksa tinggalkan kami adik-beradik apatah lagi adik yang baru nak mengenal alam.Tapi ummi sanggup sebab ummi nak jadi tetamu ALLAH..
Tadi,ummi cerita pengalaman di sana.Suka duka.Susah senang.Tapi ummi seronok.Yang susah tu terlalu sedikit jika nak dibanding dengan nikmatnya menjadi tetamu Allah.Ummi banyak bercerita kisah-kisah yang boleh kami adik-beradik[saya,adik form 3 & adik darjah 6 yang dulu ummi tinggalkan di Malaysia sebab nak gi Mekah]ambil pengajaran.Ummi juga ada berpesan..
"Duduk kat sana,mulut kena jaga..Jangan cakap ikut sedap je..Apa-apa yang kita buat,kita kena yakin pada Allah"
"Jangan lupa mintak kat Allah apa yang kita nak.Boleh mintak apa sahaja.Mintak nak jadi anak soleh..mintak nak jadi pandai.mintak dan mintak..ummi pun banyak berdoa.Salah satunya,ummi mintak nak cium hajar aswad"  <-------    dan ummi berjaya menciumnya!untungnya ummi! Ummi ada cakap,sebahagian ahli jemaah yang tidak yakin sempat mencium hajar aswad sebaliknya mengatakan cukup sekadar menyentuhnya pun sudah cukup,nah!mereka tidak sempat menciumnya.mereka hanya sempat menyentuh..sebab itu kita kena yakin.Allah kan sangat dekat.
Ummi juga ada menceritakan kelakuan orang arab di sana yang sangat tegas,sedikit kasar tetapi cukup menjaga dan melindungi [bukan semua jugak,kan?].
Ummi juga menceritakan perihal seorang Mak Su[katanya rumahnya di kawasan lapangan terbang Gong badak[.Ummi cerita,dia sangat baik.Walaupun baru saling mengenali,dia sangat baik dan penyayang.Dia menjaga ummi di Mekah sana.Mungkin dia risau keadaan ummi yang baru lepas bersalin.Ummi pun tak sangka dijaga sedemikian rupa.Ummi tak minta.Tapi Allah yang hulurkan seseorang untuk pantau serba sedikit kesihatan ummi..erm..maybe
Suasana di sana juga sangat seronok tetapi perlu lebih berhati-hati...

Alah..banyak lagi nak cite tapi mata ni jealous pulak ngan jari yang sibuk duk menaip dari tadi.Mata dah dipanggil-panggil oleh si katil..Tak tahan dah ni.Ngantuk...opss..patutlah ngantuk..dah pukul 2.38 pagi..alamak...
Blog,minta diri dulu..Tapi sebelum tu,penulis entri ni nak bagitau
"Saya sangat ingin ke bumi Mekah.Saya mahu jadi tetamu Allah yang bertuah"Bila agaknya ya?Moga-moga Allah izinkan..
Sekian.


p/s :Abah nak ke Mekah sehari sebelum Ramadhan tahun ni.Moga Abah selamat pergi dan pulang ke Malaysia serta sepanjang berada di sana dan dalam keadaan sihat wa afiat..Moga diterima amal ibadat hambamu itu....amin ya Rabb.

SEMOGA ALLAH SAYANG DAN REDHA DENGAN KITA!





sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Tuesday 26 June 2012

Puisi : Kerana Islam..


بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..


Tingginya ilmu,
Kerana Islam.

Adanya ketenangan,
Kerana Nur Islam.

Kuatnya perpaduan,
Kerana Islam.

Terbelanya wanita,
Kerana Islam.

Tertegaknya Islam,
Kerana sucinya ajaran Islam.

 Indahnya Ummah,
Kerana Islam.

Manisnya perjuangan,
Kerana di Jalan Islam.

Aman dan adilnya Negara,
Kerana Islam.

Dan berdirinya kaki ini di sini,
Kerana aku sangat cintakan Islam.


Semoga Allah sayang & redha dengan kita!


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Thursday 21 June 2012

Aku ingin hati baru


بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Ya Allah..pilunya terasa..kosongnye…kuatkan hambaMu ini ya Allah.Hati terasa sedih sangat..Tak tau kenapa.Saya dah cukup maklum dengan diri sendiri..Apabila kata-kata yang menginsafkan terimbau kembali di minda,ya Allah..aku sedar,aku hambaMu yang tidak punya apa-apa..kosong.
Kadang-kadang tidak perlu tajam atau lasernya kata-kata yang keluar dari mulut untuk buatkan kita terdiam dan malu.Cukuplah dengan bait-bait kalimah yang ditaip,ditulis yang lahirnya dari dalam hati.Tulus..Ikhlas..Tidak berkepentingan dunia semata..
Allah..tulisannya cukup menyentakkan hati!Seorang insan yang nampak biasa dihadapan insan lain.Rupanya punya azam dan hati yang tulus ikhlas.Membawa dirinya sendiri dan sahabat-sahabat untuk lebih dekat padaMu.Sekali baca,meresap ke dalam hati.Membawa penyesalan,,membuka pintu keinsafan..
Ya Allah..kenapa aku tidak punya hati seperti mereka-mereka yang sentiasa membara menutur kata-kata dakwah?Apakah hatiku sudah mati ya Allah..jangan disebabkan dosa-dosa ana,hati aku buta ya Allah…kalau benar ia telah buta,kurniakan kepada hambaMu ini,hati yang baru ya Allah..Hati yang sentiasa segar mengingati dan khusyuk dalam beribadah.Hati yang tidak gentar kepada dunia tipuan mata..Hati yang sentiasa bergetar apabila asma’Mu disebut..HambaMu memohon ya Allah..
Pesanan imam ghazazali :
Carilah hatimu di tiga tempat..temui hatimu ketika membaca Al-Quran.
Jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat,
Dan jika tidak kau temui juga,carilah
Hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati
Jika tak temui juga,
Maka berdoalah kepada Allah.
Pinta hati yang baru,
Kerana hakikatnya,pada masa itu,
Kau tidak mempunyai hati.. =)
Kurniakan hati yang bersih kepadaku
Semoga Allah sayang & redha dengan kita!


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Wednesday 20 June 2012

puisi : Duhai mukmin

Mukmin,
Diciptakan kita adalah untuk beribadah,
Tidak dijadikan kita melainkan untuk mentaatiNya.

Mukmin,
Kita adalah penyambung amanah,
Tegakkan kebenaran,
runtuhkan kebatilan.

Mukmin,
Kita adalah satu,
Bukan satu Malaysia,
Tapi kita satu ummah,
Kita satu agama.

Mukmin,
Sekali kau berikrar,
Untuk berada di jalan dakwah,
Ketahuilah kau berada di jalan yang sukar.

Tapi Mukmin,
Perlu kau ingat,
Kesukaran ini pastinya dibalas dengan kesenangan kelak.

Mukmin,
Ingatlah,
Pahitnya perjuangan yang kau tanggung,
Adalah kerana Manisnya Syurga yang menunggu.

Semoga Allah sayang & redha dengan kita!


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Saturday 16 June 2012

Tody dah ada kawan~




    بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..


Kali ni,meh nak kenalkan Tody..eh,bukan nama orang ataupun nama katak.Tody ni nama seekor kura-kura kecil yang comel.Tody ni betina bukan jantan.jangan salah faham dengan namanya yang seakan-akan jantan.
Sebenarnya dah lebih kurang 2 bulan Tody di bawah jagaan penulis blog ni.Sebenarnya,tak pernah terlintas pun nak jadikan kura-kura sebagai binatang peliharaan.Kalau kucing tu ada la jugak terlintas,kan?okay,sebenarnya abah yang belikan Tody ni untuk adik lelaki sebab dia nak.Tapi,kebetulan lebih kurang seminggu lepas tu,saya cuti.Tamhidi dah habis!Bila balik,tgk Tody kurang terjaga.Mula-mula,okay,nak try jaga Tody la.Oh ya,nama Tody diberi kerana mula-mula nampak Tody,dia sangat suka tidur.Jadi,tido=Tody.
Bila lama-lama jaga Tody,macam best pulak.So,aktiviti menjaga Tody,bersih membersih dan memberi makan dah jadi rutin.Lama-lama,Nampak kasihan apabila tengok Tody sorang-sorang.Then,minta abah belikan lagi satu.Khamis lepas,abah beli sepasang lagi kura-kura.wah,syoknya!Tody dah ada kawan la..tengok si kecil dua ekor tu.sweet je..

Kediaman Tody dah berubah.Lagi besar,lagi cantik.Cantik ke?Boleh la…
Kura-kura yang baru tu tak ada nama lagi..tak tahu nak bagi nama apa.Biarkan dulu..
Bila letak tiga ekor tu dalam bekas yang sama,barulah sedar,Tody dah besar rupanya.Tak perasan pulak..Tody dah besar…Jangan nak buli adik-adik pulak..jangan berebut makanan pulak..~

Tadi jenguk Tody and the geng.Semua dah tidur.Okay lah.Cukuplah semalam kami adik beradik ganggu ketenteraman mereka.Malam ni,biarkan Tody and the geng tidur~

p/s : buat baiklah kepada apa pun.termasuklah binatang.Mereka juga makhluk Allah.

Semoga Allah sayang dan redha dengan kita!

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Tuesday 12 June 2012

bersyukur dengan apa yang ada

    بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Saya rasa tajuk yang saya pilih kali ini satu tajuk yang cantik,tajuk yang indah.Berkenaan syukur.Meskipun ana tidak pandai bermadah pujangga,tidak pandai menyusun kata-kata indah,ilmu pula hanya diibaratkan sstitis air yang jatuh dari hujung mata jarum yang diangkat daripada dalam laut,ilmu saya sangat-sangat cetek.Namun,izinkan saya berkongsi sedikit kata disini.
Baiklah.Berbalik kepada tajuk entri kali ini..
Bersyukur dengan apa yang ada.
Bila kita perlu rasa syukur?
Masa kita senangkah?
Masa kita susahkah?
Masa kita gembirakah?
Ataupun masa kita bersedihkah?
Jawapan saya : pada semua keadaan walau macam mana sekalipun.
Kenapa?Ada yang menanyakan soalan begini..Kenapa?Bukankah waktu kita senang kita perlu bersyukur?Kenapa masa kita sedih pun kena bersyukur?Bukankah bersyukur itu adalah bila mana kita dapat apa yang kita suka?
Sahabat-sahabat,ikhwah wa akhowat sekalian,
Apabila kita memperoleh nikmat yakni perkara yang menggembirakan kita,kita perlu ada rasa bersyukur di sini.Di dalam hati.Lalu zahirkan pada lisan dan perbutaan antum semua.Jangan berat mulut untuk menyebut kalam “Alhamdulillah”beserta senyuman.Kita tidak rugi dengan melakukan semua ini malah sebaliknya.

 “Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” 
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Tapi saya yakin antum& antunna  semua sudah sedia maklum berkenaan ini.Bila dapat nikmat,bersyukurlah.Bila berjaya,bersyukurlah.Tak pelik kan apabila kita bersyukur ketika kita senang hati?
Kerana ini yang diterapkan oleh kita semua.Bila gembira,bersyukur.Bila senang,bersyukur agar kamu tidak lalai dan leka dengan nikmat yang diperoleh.

Lalu,kenapa saya masih kata,ketika sedih pun kita perlu bersyukur?
Kenapa kita sedih?Kerana ditimpa musibah,kan?Bukankah musibah itu ujian?Baiklah,jom kita hayati ayat suci al-quran di bawah.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-ankabut ayat 2 yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja )mengatakan :”Kami telah beriman“, sedangkan mereka tidak diuji lagi?”
Kalau dihayati betul-betul,setiap masalah yang menimpa kita adalah ujian dan peringatan daripada Alalh.Ujian yang dating silih berganti membuktikan keimanan kita kepada Allah.Bersabarkah kita terhadap ujianNya?atau memberontak dan berburuk sangka kita pada Allah?Nauzubillahiminzalik.
Ingatlah,Allah uji kita kerana dia ingat pada kita.Dia ingin menambahkan darjat kita disisiNya.Dia ingin memuliakan kita.Lalu,patutkah kita kata,buat apa kita bersyukur?
Sudah terang lagi bersuluh,Allah uji kerana Allah sayang.ucapkanlah Alhamdulillah dan redhalah hati kita dengan apa yang kita ada.Sesungguhnya Allah maha mengetahui sedangkan kita tidak.
Dan Allah berfirman lagi dalam surah Alam Nasyrah 5-6 :
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan “
Baik kan Allah?Dia tidak akan tinggalkan kita terkapai-kapai ketika kita susah.Dia menjanjikan kemudahan sesudah kesulitan.Sekali lagi,ucapkanlah Alhamdulillah.Bersyukur dan berdoalah kepadaNya.
Akhir kata,bersifat syukur dah qanaah(berasa cukup dengan apa yang ada) lah kita dalam semua perkara.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.Banyak kisah yang boleh saya kongsikan berkenaan hikmah yang berlaku disebalik kesulitan yang melanda.Mungkin ana akan cerita  di lain entri.InsyaAllah.
Semoga bertambah kekuatan iman dalm diri ini…
Semoga Allah sayang dan redha dengan kita!

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

cerpen : selendang red velvet

“Yeah,red velvet cake pertamaku dah siap!Taraaaa”Nisa memandang kek red velvet sambil tangan di pinggang.
“Strawberi satu!”tangan kanan Khairul mencapai sebiji strawberi yang menjadi hiasan di sekeliling kek itu lalu disuap ke dalam mulut.
“Abang!”Nisa menjerit bengang.Khairul terkocoh-kocoh berlari selamatkan diri dengan senyuman nakal.
“Ish,abang ni..Nasib baik tak comot !”
Pandangan Nisa jatuh pada adik lelakinya,Hakim,5 tahun yang dari tadi asyik memandang kek buatannya sambil kedua-dua belah tangan menongkat dagu.
“Akim,Akim budak baik,kan?Haa..Duduk diam-diam tau.Kak Nisa nak snap dulu,lepas tu,baru kita makan sama-sama eh.Kejap je.Kejap je”mata Nisa tak lepas daripada memandang Hakim sambil tangnnya meraba-raba ke dalam laci di belakang.
“Akim nak strawberi macam abang!”Hakim dengan pantas mencapai strawberi di atas kek lalu meluru ke arah mummy.
“Akim!!Alaa…dah comot kek akak!ni abang la ni punya pasal.Ajar Akim macam-macam”Nisa merungut.
Puan Norlida datang dengan senyuman dibibir.
Hakim yang dari tadi bersembunyi di belakang Puan Norlida keluar dengan tangan yang dihulur kearah Nisa.
“Akim mintak maaf.Nak jugak kek..Boleh?”
Sejenak tawa terburai di ruang dapur sederhana besar itu.

­--------~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-----------
“Dah naik pening dah abang masuk bilik Nisa.Situ merah.Sini merah.Gila red velvet betul!Sampai meja pun red velvet.Nasib baik dinding warna putih.Kalau red velvet jugak,boleh mati abang.yang tak tahannya,ni haa….Cik Teddy punya ribbon pun red velvet..Tukar warna coklat la.Cabut..Cabut..”Khairul memegang riben di leher Cik Ted.
“Eh,jangan ngada-ngada tau.Dengki la tu!”Nisa menepis lembut tangan Khairul.
Khairul buat muka.Sekali lagi,tawa bergema di situ.

--------~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-----------
“Dah siap semua?Atok dah tunggu kat kampung.Lambat pulak nanti”Encik Amran sedikit menjerit.
Nisa cepat-cepat memasukkan beg baju ke dalam bonet sebelum dia meloloskan diri ke dalam perut kereta.Daddy sibuk melayan klien di talian sementara mummy membetulkan letak tali pinggang di pinggang Hakim.
“Adik,pakai shawl lagi?Kecil la.Pakailah tudung yang labuh sikit.”Khairul menarik hujung tudung Nisa.
“Alaa..tak nak la.Tak cantik la besar-besar.Lagipun,ni trend.Comel kan?”Nisa menggoyang-goyang kepala dan buat gaya ala-ala model.Err…model tambahan je lah..
“Err…boleh la kut..kut…tapi,nak tau tak macam mana lagi comel?”Nisa menggangguk laju ingin tahu.
“Pakai tudung labuh!”
“Ala abang ni.Ingatkan apa la..”Tiba-tiba telinga rasa letih mendengar pot..pet..pot…pet Khairul.
“Pakai la tudung labuh.Cantik,sopan,aurat terpelihara”
“Macam ni pun,okay apa?tutup aurat dah”
Tudung perlulah melepasi paras dada seperti mana firman Allah SWT:"..dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.." Lebih manis,kan?”Akhirnya,Nisa hanya mampu tersenyum.Betul jugak,kan?Mindanya berfikir-fikir.
--------~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-----------
Assalamualaikum..Kenapa gelap je ni?Mummy,daddy?”Nisa melangkah perlahan ke dalam rumah.Dia mengerling jam di tangan.Baru 9 malam.Takkan semua dah tidur.
“Happy birthday!”Serentak seisi rumah menjerit dengan bunyi belon pecah nya,gamat jadinya suasana malam di banglo sederhana besar itu.
“Eh,ha’a la..birthday Nisa hari ni.Camne la boleh lupa..”pelukan mummy dibalas erat.Kelihatan kek red velvet yang dihias rapi di atas meja di ruang tamu dan se jag jus oren tersedia.

“Terima kasih semua...Tak ada hadiah ke?Abang??”
“Eh.eh.mummy,tengok anak mummy ni.Tak malu mintak hadiah kat orang!”
“Eei..ngada-ngada la.ngadu kat mummy pulak”
“Haha..Mesti la ada.Esok abang ambil.Dah tempah dah”Khairul berkata dengan sisa tawa ang masih berbaki.
“Tempah.waw.Specialnya!Apakah agaknya ya?mungkinkah Ipad import terbaru?atau Myvi abang tempah suruh diorang spray red velvet colour?ataupun..”
“Dah..dah..merapu budak ni..Dah masuk university pun perangai macam budak-budak”daddy tiba-tiba mencelah.Ketawa kami meletus bagaikan larva daripada gunung di Amerika..
--------~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-----------
“Akim,abang  mana?”Nisa yang baru turun dari tangga menjenguk sedikit ke bawah memandang Hakim yang leka dengan cerita Spongebob di Tv9.
“Abang keluar”pendek Hakim jawab.Seronok benar dengan Spongebob nya.
“Tau la keluar.Tapi ke mana?”

DUUMMM!!!!
Bunyi kuat dari arah jalan seperti objek besar berlanggar menarik perhatian mereka.
Nisa laju-laju melangkah anak-anak tangga.
“Akak!Abang!!!”Hakim yang terlebih dahulu sampai di depan pagar menjerit kuat.Nisa Nampak wajah Hakim berubah.Tudung dikerusi dicapai lalu meluru kea rah jalan yang betul-betul di depan rumah mereka.
Langkahan Nisa terhenti.Menggeletar seluruh tubuhnya.Tiada kata yang terlafaz di bibir mulusnya.Mulutnya terkunci.Mana kunci?Mana kunci?
Orang ramai mengerumuni Khairul yang terbaring lesu di atas tar jalan.Ada juga jiran yang sedang bercakap di telefon.Menghubungi ambulan barangkali.

Di hospital,Mak Bedah,jiran yang rapat dengan keluarga Encik Amran menghampiri mereka.Bungkusan kotak merah dengan riben putih bertukar tangan.Mak Bedah terjumpa di atas jalan raya tempat kemalangan.
~Happy birthday adik Nisa sayang!Jaga hadiah abang tau!”Tertera tulisan tangan Khairul di atas kad kecil yang diselit dicelah riben kotak.
Perlahan-lahan Nisa membuka.
“Selendang red velvet!”Hati kecilnya menjerit lemah.Selendang bidang yang agak besar di keluarkan dari kotak. “Selendang labuh..”Perlahan suara keluar dari bibir diiringi senyuman halus terukir.

“Maaf.Allah lebih sayang dia”Kata-kata Doktor yang keluar dari bilik pembedahan membuatkan Nisa terduduk lesu.Mummy lencun dengan air mata di bahu daddy.Hakim yang masih belum mengerti hanya diam dan menjenguk-jenguk ke dalam ruangan pembedahan.
“Abang…..”lirih suara Nisa sambil tangan membawa selendang ke dada.Air mata tidak lagi mampu ditahan.
“Abang,Nisa sayang abang.kenapa abang dah pergi.Nisa nak pakai tudung labuh macam yang abang selalu pesan ni.Abang..”dalam sendu Nisa bersuara perlahan.Selendang red velvet didakap erat.


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Sunday 10 June 2012

Water front Terengganu..







Nak abadikan sebahagian kisah semalam..

Semalam,pergi makan-makan satu family..Cuma angah dan abang je yang tiada.Mereka tak cuti.

Hmm…kitorang makan dekat WaterFront Kuala Terengganu..
First time makan kat situ..

Komen saya……makanan kat situ sedap!*promote2
Kitorang makan chicken chop dan ada juga yang order mushroom soup..



Air pulak tema kami adik beradik ialah ‘fruit shake float’…haa…saya try banana shake float.
“Ini adalah air yang mengenyangkan”..hehe..
along  pulak dengan lime shake,adik-adik pulak chocolate shake,lychee shake,orange juice dan  yang lain pulak enjoy dengan apple shake masing-masing..Sedap..Sampaikan adik lelaki bongsu tu habiskan satu pinggan.ummi dah terkejut!hehe..
Nak buat macam mana.Dia memang peminat chicken chop nombor satu.

Lepas balik rumah,riuh-rendah pulak
dengan suara adik-adik yang bersekolah..

“Kerja sekolah tak siap lagi”
“Baju sekolah fini dah gosok belum?”
“Nak isi air dalam botol.Esok nak bawa ke sekolah”
    ada jugak…
“Esok hari apa umi?Ahad??Jadi esok sekolah la?”sampai tak ingat hari dek cuti sekolah yang panjang.

Dengan suara kami adik beradik yang sibuk design pattern untuk baju raya.

“Along nak buat baju macam mane?”
“Na,nak buat poket tak?”
“Baby nak pakai baju apa agaknya raya tahun ni,ye?”almaklumlah raya yang first untuk adik comel.

Jadi,agak ‘capek’ juga semalam.

Naik atas,lepas solat isyak,terus zzzzzzzz

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Saturday 9 June 2012

Ais krim Goreng & Mc Flurry homemade


Kemas bilik pun dah settle dengan adik-adik pagi td.Tapi at last,sorang-sorang jugak yang duk ngemasnya…dah nasib~Tapi hasilnya,bilik kami,bilik yang mendamaikan dan sedap mata memandang.Tak sia-sia juga kan?

Tak sarapan pun pagi td..kesian kat nasi lemak atas meja..
Lunch pulak,ummi yang baru bebas dari virus demam,masakkan kami ketam dan lauk-lauk lain la.Saje nak highlightkan ketam.Lama sangat tak makan...Ketam celuk tepung..erm…best.Sampai dua jam kut kami berlima lekat kat meja makan tu.. ^^

Petang..
Erm….terbayang-bayang  lagi ais krim goreng yang along  buat dan McFlurry yang kitorang buat sama-sama(dengan adik-adik skali).
Makanan petang kami satu family hari ni seperti tajuk di atas.^^




Ais krim goreng yang sangat best.Simple dimple je tapi sedap.Sungguh!tak tipu!.

Mc Flurry pulak,first time buat.( err… 2 gambar kat atas tu bukan gambar dari kami.Tu semua internet punya).. Hasilnya,Mc Flurry versi coklat.Tapi sangat creamy dan cool.Tak sangka abah pun layan jugak Mc Flurry kami.Satu cup.Bukan senang tengok abah habiskan dengan licin yang kami adik-beradik buat.hehe.Haa…tu buktinya,Mc Flurry kami ni best kan?Tapi kena improve sikit.Bagi up dia punya rasa.

Lenguh-lenguh dan penat jugakTapi……..Double, triple,fourthple punya best dan seronok bila ramai-ramai macam ni.Berbaloilah penat pun.

2 bulan je lagi boleh cuti lama-lama kat rumah.Then,usim will call me back and forced me to check out from my Terengganu..hmm..nak buat macam mana…demi Ilmu.Kan tuntut  ilmu tu wajib..

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
Tak ape.Jihad!

Last,
Memang betul pun rumahku syurgaku!

opps..lajunya masa melangkah...

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Thursday 7 June 2012

cerpen : Cinta Pertama ~

Lama Najiha merenung foto ditangannya.Dengan linangan air mata,tangan kanannya merenyukkan foto itu.
“Berdosanya aku,ya Allah.Ampunilah aku hambaMu yang penuh dosa”lirih suaranya kedengaran.
------------------------~_~_~_~---------------------------
Sudah lebih enam bulan dia tidak berhubung dengan lelaki itu.Tup.Tup.Hari ini,Iskandar mengirim email kepadanya.Dia langsung tidak punya hati untuk menekan butang  reply seperti yang sering dilakukannya enam bulan yang lepas.Bibirnya mengucap lafaz zikrullah tatkala email Iskandar diterima dari sehari ke sehari.Mohon dikuatkan hatinya.
------------------------~_~_~_~---------------------------
Deringan zikrullah bergema daripada handphone Blacberry Najiha.010-9876543-nombor tak dikenali.

“Assalamualaikum.Siapa ni?”
“Waalaikummussalam.Najiha.Apa khabar?Kenal tak siapa ni?” suara garau menerjah corong telefon.Najiha menarik nafas panjang.Tidak perlu si dia memperkenalkan diri.Dia cukup arif tentang pemilik suara itu.Hatinya tersentuh mendengar suara itu.Ada sesuatu yang mengocak relung hatinya.
“Khabar baik.Maaf,saya sibuk.Assalamualaikum.”talian dimatikan.Nafas panjang dihela lagi.Jari jemari berlari di atas butang-butang handphone,menekan butang ‘messages-create new message’.Pantas jemarinya menari di atas keypad Blackberry.

 ~Assalamualaikum.Kepada Iskandar yag dihormati,saya benar-benar mengharapkan bantuan awak.Tolong jangan hubungi saya lgi.Tolong dan tolong.Antara kita dah tak ada apa2.~
Butang send ditekan.Meskipun jauh di sudut hati,masih ada secebis rasa buat lelaki itu,hatinya keras mengatakan hatinya telah dimiliki oleh cinta lain.Cinta yang tidak akan dia hampa dan tidak akan pernah kecewa.
------------------------~_~_~_~---------------------------

Di Taman Tun Islam.
“Eh,Najiha.Buat apa kat sini?Memang tau saya nak datang sini hari ni eh?”Suara seorang lelaki dari belakang meyebabkan Najiha berpaling 180 darjah.Tatkala mata bertentang mata,segaris senyuman terukir di bibir Iskandar.Najiha segera tunduk dan meneruskan langkah kakinya.

“Jay,cantik you sekarang.Dah pakai tudung labuh.”Najiha tetap meneruskan langkah.Langkahannya semakin laju.Tidak langsung dia peduli apa yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Jay,please,don’t do this to me.Jay,please.Dah lama kita  tak jumpa,tak shopping sama-sama,jalan sama-sama.Jay,please”Iskandar seakan merayu.Dia mendahului langkah Najiha.Langkah gadis itu terhenti apabila Iskandar menghalang laluannya.Lelaki tinggi lampai dengan baju kotak-kotak berdiri di depannya.Najiha tunduk.

“Iskandar..please,jangan ganggu saya”

“Jay,tak kan sebab awak pakai tudung labuh,awak dah tak nak keluar dengan saya.”

“Its not like that.Please Iskandar,antara kita tak ada apa-apa.Couple itu berdosa,Is!”

“Tak payah tunjuk alim lah Jay.Saya lebih tau semua tu.Blah la.Tau lah awak masuk sekolah agama.Jangan berlagaklah.Atau Jay dah ada orang lain?ha?ustaz mane?”sinis kedengaran suara Iskandar.

Najiha tersentap.Pandangannya jatuh pada wajah di hadapannya kini.Wajah seseorang yang pernah menawan hati kecilnya.
“Ya.Hati saya dah dimiliki oleh cinta lain.Cinta yang tidak akan membuat saya terluka selamanya.Cinta yang memberi saya ketenangan.Saya tidak pernah merasakan cinta sehebat ini.”

Riak wajah Iskandar berubah.
“Siapa lelaki itu?”Pandangannya dilempar ke kawasan taman.

Najiha menggeleng.
“Cinta Illahi,cinta abadi”
Iskandar kembali menatap Najiha.
“Habis tu,kita ni macam mana?Saya sayangkan Jay”

“Is,couple sebenarnya tak pernah ada untuk orang yang belum berkahwin.Kejarlah cinta Allah dahulu.Kunci ketenangan ada di situ.Saya tau awak tau semua ni.Tapi sayang seribu kali sayang,kenapa awak masih bercouple.Maafkan saya sebab saya telah menyambut cinta remaja yang awak hadiahkan.Maafkan saya kerana menyetujui hubungan sebegitu.Saya tak tau couple itu haram.Saya tak tau keluar berdua itu tak boleh.Saya tak tau Is.Saya tak tau.”Suara Najiha bergetar mengenang debu dosa yang telap dia cipta suatu ketika dahulu.

“Saya tau….tapi..”

“Is,kalau kita tau sesuatu kebenaran,kenapa kita tetap berpaling?Tolong jangan ganggu saya.Tolong bantu  dan sokong saya dari belakang.Saya nak kejar cinta Illahi.Saya nak berubah dan saya harap awak pun sama.Assalamualaikum.”
Iskandar,lelaki kacak gilaan pelajar perempuan disekolah ditinggalkan berdiri kaku disitu,memandang langkahan Najiha sehingga hilang dari pandangan.
------------------------~_~_~_~---------------------------
9 tahun kemudian..
“Jie,bakal tuning Jie ada kat luar.Jomlah keluar.Kata pihak sebelah sana,pertunangan selama 2 hari je.Lepas tu,kahwin terus.Kiranya tali pertunangan ni,kamu kenal sedikit sebanyak tentang dia.Tapi kalau nak keluar bersama,perlukan temanlah.Nama pun baru bertunang.”

“Jie tau mama.Tak perlulah sampai nak keluar.Kalau nak keluar pun,tunggu jadi suami isteri nantilah.Tak mengundang fitnah”
Puan Alia tersenyum.Najiha di hadapannya kini,bukan Najiha yang dulu lagi.

Seram sejuk Najiha tatkala keluar berjumpa dengan ahli keluarga pihak lelaki.Dia langsung mengangkat muka memandang lelaki yang bakal bergelar imamnya.Segan.Katanya,lelaki itu ustaz muda yang tersohor berkelulusan Universiti Al-Azhar sekaligus penceramah bebas.Baik dan kacak orangnya.Naiha tersenyum cuma.Entah siapalah bakal zaujnya.Apa yang mamanya rasa terbaik,terbaiklah baginya.

Dua hari telah berlalu begitu saja tanpa ada hubung-menghubungi antara satu sama lain.Biarkan tali pertunangan mereka suci tanpa dicemari.
Tibalah detik yang mendebarkan.Masjid Kristal menjadi saksi lafaz nikah si pengantin.

“Aku nikahkan dikau,Engku Iskandar Shah bin Engku Mizan dengan Nurul Najiha Qaisara bt Ahmad dengan mas kahwinnya………”


Najiha mengangkat wajah.Apa yang dikatakan oleh tok kadi tidak lagi masuk ke corong telinganya.Najiha yang menawan dengan jubah putih dengan tudung labuh berhias indah tergamam.Air mata mengalir di pipinya.Ya Allah,betapa indahnya ketetapanMu.Cinta pertamanya dulu kini menjadi menjadi suaminya.Iskandar…kau dah berubah.Terima kasih Ya Allah.
Terima kasih juga kerana menetapkan dia sebagai zaujku.Air mata jernih mengalir di pipi.Hatinya bergetar mengucap syukur.Alhamdulillah.

p/s : Allah menjanjikan yang terbaik untuk setiap hambanya..Kejarlah cinta Illahi.Itu cinta abadi tiada dusta.I love Allah.


Semoga Allah sayang kita!



sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Monday 4 June 2012

Budi Bahasa Budaya Kite...


"Boleh angkat tak?"seorang pekerja pasaraya Sabasun itu bertanya sambil mengangkat beg plastik dari dalam troli.

"err..boleh..ringan je tu"saya jadi serba salah...padahal ringan je pun beg plastik tu..
tapi abg @ pak cik tu ambil dan masukkan dalam bonet kereta..

"er...terima kasih"
Dia mengangguk..

hmm...itulah kehebatan orang kite-kite...tinggi budi bahasa..amalan tolong menolong macam ni lah yang perlu disemai dalam setiap masyarakat kita..

tak adalah sampai

"eleh..angkat sendiri la...aku banyak keje nak kena buat"
"ringan je tu...tak payah tolonglah dia"
"walaupun aku ni pekerja pasaraya,aku bukan ditugaskan untuk angkat barang,then masukkan dalam bonet..tu tugas org lain"
"malas pulak nak tolong pembeli tu...buat-buat tak nampak lah dia angkat barang berat-berat"

.....dan macam-macam lagi...

hmm..tapi apabila 'budi bahasa'menjadi 'budaya kita',tolong menolong dan berhemah antara satu sama lain jadi kebiasaan...

nampak orang susah,tolong..
jumpa orang susah,tolong..

bila hidup dah terbiasa dengan amalan-amalan mulia macam nie,aman damai lah hidup kita semua,right?
apatah lagi,bagi umat Islam..

bukankah setiap muslim itu bersaudara?

Dari Abi Hurairah beliau berkata: Rasulullah Saw. bersabda: “Janganlahkalian saling hasud, dan janganlah kalian melakukan najas (memuji barangdagangan sendiri supaya laku), dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berpaling muka, dan janganlah sebagian kalianmenjual atas jualan yang lainnya. Dan jadilah kalian hamba Allah sebagaisaudara. Seorang muslim adalah saudara muslim yang lainnya. Tidak bolehdia menganiayanya, mengecewakannya, dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu ada di sini. Dan beliau menunjuk ke dadanya tiga kali…Setiapmuslim atas muslim lainnya haram darahnya, hartanya, dankehormatannya.” ( Hadis Riwayat Muslim).

jadi tak salahkan amalkan sikap tolong menolong dan berbudi bahasa?

haa...jom amalkan!

terima kasih lah abang @ pakcik pasaraya,ye...

Semoga Allah sayang kita!

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~