Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Thursday 7 June 2012

cerpen : Cinta Pertama ~

Lama Najiha merenung foto ditangannya.Dengan linangan air mata,tangan kanannya merenyukkan foto itu.
“Berdosanya aku,ya Allah.Ampunilah aku hambaMu yang penuh dosa”lirih suaranya kedengaran.
------------------------~_~_~_~---------------------------
Sudah lebih enam bulan dia tidak berhubung dengan lelaki itu.Tup.Tup.Hari ini,Iskandar mengirim email kepadanya.Dia langsung tidak punya hati untuk menekan butang  reply seperti yang sering dilakukannya enam bulan yang lepas.Bibirnya mengucap lafaz zikrullah tatkala email Iskandar diterima dari sehari ke sehari.Mohon dikuatkan hatinya.
------------------------~_~_~_~---------------------------
Deringan zikrullah bergema daripada handphone Blacberry Najiha.010-9876543-nombor tak dikenali.

“Assalamualaikum.Siapa ni?”
“Waalaikummussalam.Najiha.Apa khabar?Kenal tak siapa ni?” suara garau menerjah corong telefon.Najiha menarik nafas panjang.Tidak perlu si dia memperkenalkan diri.Dia cukup arif tentang pemilik suara itu.Hatinya tersentuh mendengar suara itu.Ada sesuatu yang mengocak relung hatinya.
“Khabar baik.Maaf,saya sibuk.Assalamualaikum.”talian dimatikan.Nafas panjang dihela lagi.Jari jemari berlari di atas butang-butang handphone,menekan butang ‘messages-create new message’.Pantas jemarinya menari di atas keypad Blackberry.

 ~Assalamualaikum.Kepada Iskandar yag dihormati,saya benar-benar mengharapkan bantuan awak.Tolong jangan hubungi saya lgi.Tolong dan tolong.Antara kita dah tak ada apa2.~
Butang send ditekan.Meskipun jauh di sudut hati,masih ada secebis rasa buat lelaki itu,hatinya keras mengatakan hatinya telah dimiliki oleh cinta lain.Cinta yang tidak akan dia hampa dan tidak akan pernah kecewa.
------------------------~_~_~_~---------------------------

Di Taman Tun Islam.
“Eh,Najiha.Buat apa kat sini?Memang tau saya nak datang sini hari ni eh?”Suara seorang lelaki dari belakang meyebabkan Najiha berpaling 180 darjah.Tatkala mata bertentang mata,segaris senyuman terukir di bibir Iskandar.Najiha segera tunduk dan meneruskan langkah kakinya.

“Jay,cantik you sekarang.Dah pakai tudung labuh.”Najiha tetap meneruskan langkah.Langkahannya semakin laju.Tidak langsung dia peduli apa yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Jay,please,don’t do this to me.Jay,please.Dah lama kita  tak jumpa,tak shopping sama-sama,jalan sama-sama.Jay,please”Iskandar seakan merayu.Dia mendahului langkah Najiha.Langkah gadis itu terhenti apabila Iskandar menghalang laluannya.Lelaki tinggi lampai dengan baju kotak-kotak berdiri di depannya.Najiha tunduk.

“Iskandar..please,jangan ganggu saya”

“Jay,tak kan sebab awak pakai tudung labuh,awak dah tak nak keluar dengan saya.”

“Its not like that.Please Iskandar,antara kita tak ada apa-apa.Couple itu berdosa,Is!”

“Tak payah tunjuk alim lah Jay.Saya lebih tau semua tu.Blah la.Tau lah awak masuk sekolah agama.Jangan berlagaklah.Atau Jay dah ada orang lain?ha?ustaz mane?”sinis kedengaran suara Iskandar.

Najiha tersentap.Pandangannya jatuh pada wajah di hadapannya kini.Wajah seseorang yang pernah menawan hati kecilnya.
“Ya.Hati saya dah dimiliki oleh cinta lain.Cinta yang tidak akan membuat saya terluka selamanya.Cinta yang memberi saya ketenangan.Saya tidak pernah merasakan cinta sehebat ini.”

Riak wajah Iskandar berubah.
“Siapa lelaki itu?”Pandangannya dilempar ke kawasan taman.

Najiha menggeleng.
“Cinta Illahi,cinta abadi”
Iskandar kembali menatap Najiha.
“Habis tu,kita ni macam mana?Saya sayangkan Jay”

“Is,couple sebenarnya tak pernah ada untuk orang yang belum berkahwin.Kejarlah cinta Allah dahulu.Kunci ketenangan ada di situ.Saya tau awak tau semua ni.Tapi sayang seribu kali sayang,kenapa awak masih bercouple.Maafkan saya sebab saya telah menyambut cinta remaja yang awak hadiahkan.Maafkan saya kerana menyetujui hubungan sebegitu.Saya tak tau couple itu haram.Saya tak tau keluar berdua itu tak boleh.Saya tak tau Is.Saya tak tau.”Suara Najiha bergetar mengenang debu dosa yang telap dia cipta suatu ketika dahulu.

“Saya tau….tapi..”

“Is,kalau kita tau sesuatu kebenaran,kenapa kita tetap berpaling?Tolong jangan ganggu saya.Tolong bantu  dan sokong saya dari belakang.Saya nak kejar cinta Illahi.Saya nak berubah dan saya harap awak pun sama.Assalamualaikum.”
Iskandar,lelaki kacak gilaan pelajar perempuan disekolah ditinggalkan berdiri kaku disitu,memandang langkahan Najiha sehingga hilang dari pandangan.
------------------------~_~_~_~---------------------------
9 tahun kemudian..
“Jie,bakal tuning Jie ada kat luar.Jomlah keluar.Kata pihak sebelah sana,pertunangan selama 2 hari je.Lepas tu,kahwin terus.Kiranya tali pertunangan ni,kamu kenal sedikit sebanyak tentang dia.Tapi kalau nak keluar bersama,perlukan temanlah.Nama pun baru bertunang.”

“Jie tau mama.Tak perlulah sampai nak keluar.Kalau nak keluar pun,tunggu jadi suami isteri nantilah.Tak mengundang fitnah”
Puan Alia tersenyum.Najiha di hadapannya kini,bukan Najiha yang dulu lagi.

Seram sejuk Najiha tatkala keluar berjumpa dengan ahli keluarga pihak lelaki.Dia langsung mengangkat muka memandang lelaki yang bakal bergelar imamnya.Segan.Katanya,lelaki itu ustaz muda yang tersohor berkelulusan Universiti Al-Azhar sekaligus penceramah bebas.Baik dan kacak orangnya.Naiha tersenyum cuma.Entah siapalah bakal zaujnya.Apa yang mamanya rasa terbaik,terbaiklah baginya.

Dua hari telah berlalu begitu saja tanpa ada hubung-menghubungi antara satu sama lain.Biarkan tali pertunangan mereka suci tanpa dicemari.
Tibalah detik yang mendebarkan.Masjid Kristal menjadi saksi lafaz nikah si pengantin.

“Aku nikahkan dikau,Engku Iskandar Shah bin Engku Mizan dengan Nurul Najiha Qaisara bt Ahmad dengan mas kahwinnya………”


Najiha mengangkat wajah.Apa yang dikatakan oleh tok kadi tidak lagi masuk ke corong telinganya.Najiha yang menawan dengan jubah putih dengan tudung labuh berhias indah tergamam.Air mata mengalir di pipinya.Ya Allah,betapa indahnya ketetapanMu.Cinta pertamanya dulu kini menjadi menjadi suaminya.Iskandar…kau dah berubah.Terima kasih Ya Allah.
Terima kasih juga kerana menetapkan dia sebagai zaujku.Air mata jernih mengalir di pipi.Hatinya bergetar mengucap syukur.Alhamdulillah.

p/s : Allah menjanjikan yang terbaik untuk setiap hambanya..Kejarlah cinta Illahi.Itu cinta abadi tiada dusta.I love Allah.


Semoga Allah sayang kita!



sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

No comments:

Post a Comment