Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Tuesday 25 September 2012

Kehangatan Pilihan Raya Kampus (usim)

Kehangatan Piihan Raya Kampus(PRK) memang dirasakan di kalangan warga kampus amnya.Juga tidak ketinggalan suasana ini turut dirasakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Usim.
 
Alhamdulillah pilihan raya berlangsung dengan jayanya tanpa ada kekecohan yang menggugat kesejahteraan Usim.Walaupun ada sedikit cerita yang tidak sedap didengar seperti panyokong pihak lawan menurunkan atau bahasa kasarnya mencabut poster calon MPP,namun,kesejahteraan Usim masih terjamin.*ecehh.*..
Pilihan Raya Kampus (PRK) di usim berlangsung pada 25 september 2012 bermula pada pukul 9.oo pagi sehingga pukul 5.oo petang.Semuanya adalah online.Usim Terus maju~.*Saya pun turut mengundi*.Calon pilihan saya semestinya saudara Razif Fuad dan kak Nadrahtul Huda.Sifat kepimpinan memang terserlah pada diri mereka meskipun baru sahaja mengenali latar belakang dan pertemuan singkat bersama mereka..
Dan Alhamdulillah serta Tahniah kepada Saudara Razif Fuad dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan memenangi undi paling tinggi. Razif mengatasi 10 calon umum yang lain dengan mendapat undian sebanyak 6214 undi.Beliau disusuli oleh calon umum dari Fakulti Sains dan Teknologi, Nadrahtul Huda Misral yang beroleh 6019 undi. Calon-calon lain iaitu Nazmin Yusoff (FST) sebanyak 5748 undi; Adam Fariz dari FKP sebanyak 5672 undi; Mohd Shukri dari FEM sebanyak 5360 undi; Suhaimi dari FPBU - 4869 undi; Sawari dari FPQS sebanyak 4725 undi dan Safwan Hamdy dari FST sebanyak 4294 undi…Memang sangat sengit
Dari kiri : RAzif fuad,nadrahtul huda,Nazimin,Adam fariz,shukri,Suhaimi,Sawari,Safwan Hamdy
Saudara RAzif Fuad(baju belang) setelah diumumkan sebagai pemenang.Saya yakin dia dapat meminpin dengan baik.InsyaAllah..
Untuk Keputusan bagi setiap fakulti,sahabat-sahabat bolehlah rujuk pada link ini http://usimkini.blogspot.com/2012/09/keputusan-prk-razif-fuad-menang-undi.html?spref=fb
Untuk pengetahuan semua,saudara Razif Fuad sebenarnya telah di cadangkan oleh mantan YDP USIM iaitu saudara Ibrahim Hussin b. Ibrahim.Manakala saudari Nadrahtul Huda pula dicadangkan juga oleh timbalan JPPP Usim iaitu kak MAisarah Rafie.
 “CHANGE!Shift  Our Paradigm”-Razif Fuad
“Akademik menjadi Keutamaan,Kebajikan bukan sampingan”-Nadrahtul Huda
“Integrasi ilmu naqli dan aqli”-Muhammad Nazimin
Tahniah kepada barisan pimpinan baru Usim 2012/2013.Semoga kalian dapat menjalankan amanah dengan jayanya.Selamat Berjuang!!
Saya akhiri entri kali ini dengan gambar sepanjang Hari mengundi bagi PRK hari ini..


 

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Sunday 23 September 2012

Machonya Mahasiswa & Sweetnya Mahasiswi

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..


Machonya Mahasiswa & Sweetnya Mahasiswi adalah satu program yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Universiti di Usim,berlangsung di Dku Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (fpqs) bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang,22 september 2012.
                                                                                               Antara ahli panel yang hadir:
1. Imam Muda Naufal yang juga merupakan pelajar tahun 2 Sains Aktuari & Pengurusan Risiko (ARSM) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi di Usim.*Senior fakulti saya lah kiranya*
2. Akhi Aliff Ismail(mantan mpp usim-sedang menyambung master di UIA, 
3. Imam Muda Naim(pelajar Fakulti Bahasa Utama usim tapi beliau tak dapat hadirkan diri) )*senior bakal fakulti saya*
4. Kak Maisarah Rafie(mantan timbalan YDP Usim,pelajar tahun 5 Fakulti Syariah dan Undang-Undang)..

Semua  ahli panel sangat hebat dan awesome! 
Barisan pelajar SMKA Salak Tinggi pun dijemput meramaikan ahli majlis yang sedia ramai!
Slot pertama adalah “Man Ana” yang disampaikan oleh Imam muda Naufal atau nama sebenarnya,Abdul Rahman Naufal.InsyaAllah saya kongsikan di entri berikutnya.
Slot kedua menggabungkan 2 ahli panel iaitu Ustaz Aliff Ismail dan kak Maisarah.Slot ini lebih kepada berbentuk forum dan semestinya ada sesi soal jawab.

  Bak kata ahli panel,machonya mahasiswa dan sweetnya mahasiswi adalah terletak pada akhlaknya bukan pada pakaiannya.Antara cabaran yang bakal dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi yang macho dan sweet ni termasuklah cabaran persaingan akademi,kokurikulum serta masalah cinta
. Apakah peranan mahasiwa yang macho serta mahasiswi yang sweet??
*Sebarkan ilmu
*Mendidik ummah
*Bukan hanya belajar keluar masuk kuliah,tapi juga memberi manfaat kepada semua namun jadilah orang yang bermanfaat kepada orang yang disekeliling kita dulu.
*“Hidup ni terlalu singkat untuk menjadi orang yang biasa-biasa”



                 Sesi soal jawab.
Soalan Kak Mai:
Apakah situasi paling ngeri apabila bermuamalat dengan muslimat/wanita?

Jawapan Akhi Aliff :
*Perempuan yang terlalu “caring”..*menakutkan katanya*
*Perempuan yang apabila bercakap syok sangat sampai tepuk sana sini..*kalau gedik sangat,tampar je..*haha..tu akhi Aliff yang cakap
*Perempuan yang pakai tudung macam pakai helmet.Ada yang tertutup elok di depan tapi belakang tudung macam pakai helmet je gayanya..(sambil tu,akhi Aliff sering ulang pasal perempuan menjadikan
selimut,cadar dan langsir sebagai tudung..<----- berlilit lilit)

Kesimpulan : Islam meraikan semua.Ikhtilatlah antara lelaki dan perempuan jika betul-betul ada urusan tetapi batas dan syariat harus dipatuhi.

Soalan Akhi Aliff :
Bagaimana nak selamatkan orang-orang biasa,yang kurang faham agama ke arah menjadi seorang yang baik?

Jawapan Kak Mai:
*Tukar mind set *positive thinking*
*Tinggi rendahnya iman bukan terletak pada labuhnya tudung atau tingginya songkok tapi pada takwanya yang mana,hanya Allah sahaja yang tahu.
*Jangan berubah untuk seseorang tetapi berubahlah untuk memburu redha Allah
*Didik masyarakat sekeliling dahulu
*Dakwahlah walau secara kecil-kecilan
*Berlapang dada menerima teguran
*Jangan limitkan skop dakwah.*dakwah bukan hanya pada lisan dan bukan hanya untuk mereka yang bergelar ustaz ustazah*
*Qudwah Hasanah(jadi contoh yang baik) :dakwah yang paling halus dan berkesan.niatkan apa yang kita lakukan agar member impak baik kepada semua.

Kesimpulan :jaga hubungan baik dengan Allah.

p/s : Kalau tak dapat semua,jangan tinggal semua.Ambillah manfaat semampu yang boleh..InsyaAllah..

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Sunday 16 September 2012

Tak kenal maka tak cinta #suasana

Kelas pertama untuk hari ini adalah Lecture of C Programming.Tadi cuma briefing tentang apa itu c programming.Untuk pelajar sains komputer apatah lagi kami,Keselamatan dan jaminan maklumat(Information Security Assurance-ISA), C Programming ni adalah sangat penting.Sekarang di Universiti di Mesir pun mereka menjadikan C programming sebagai salah satu subjek mereka di sana.Paling menarik tentang subjek yang bakal kami belajar adalah “HACKING”..wow!excited! *But I’m gonna change course..so,berpeluang ke nak belajar hacking?hmm…*buat muka sedih
So,what is C programming?Nah,tadi salah seorang pelajar ISA dipanggil ke depan untuk membuat origami kapal terbang.
Director :Amal Farhan*exclassmate tamhidi
Apa yang Dr nak bagitahu tentang origami ini adalah,C programming ni adalah ber ‘step’..Satu persatu.Kreatif!
Menjelang malam pula,tutorial BAhasa Inggeris kami bermula pada pukul 8.30 malam sehingga jam 10.00 malam.Perkara pertama yang perlu kami lakukan adalah,lukis wajah kami di atas kertas kosong dengan menggunakan tangan yang jarang kami guna.Untuk orang yang biasa guna tangan kanan,kali ini perlu menggunakan tangan kiri*termasuk perindu cinta Illahi*…dan begitulah sebaliknya..Walaubagaimanapun,lukisan siap dilukis dengan baik.hehe..
Kemudian madam agihkan kertas yang kita semua lukis secara rambang.Dan pemilik blog ini mendapat lukisan Nur Afifah.*Nice to meet and know you!* Manakala lukisan pemilik blog sampai ke tangan international student,Hafez daripada Indonesia..
Kemudian,kami diminta menemuramah pemilik lukisan yang kami dapat..Lastly,kami perlu kenalkan partner kami di hadapan kelas.*Ice breaking..Awesome sungguh!..So,melalui aktiviti ini,apa yang kami dapat?Ya!keyakinan diri untuk bercakap dihadapan kelas.Meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris dan dapat mengenali sahabat-sahabat baru…Kadang-kadang rasa bersyukur juga dapat sekelas dengan ramai  pelajar di kalangan pelajar matrikulasi..*Pelajar tamhidi cuma saya,Ainin,Awatif,Suha,Khairi dan Hafizi..yang lain semuanya matrikulasi..
Okay…sesuku hati dah suka kat kelas ni.And I’m gonna change my course..

*Kegembiraan ini satu ujian..Allah,guide me..
#Teringat dulu..memang tak suka langsung untuk masuk kos ni..YA Allah,tuhan yang membolak balikkan hati.Tetapkan hati aku pada jalan yang benar,jalan yang kau redhai..

p/s : lampu hijau dah menyala cuma samar-samar..Istikharah menuju redha Illahi..insyaAllah..


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Wednesday 12 September 2012

Cinta itu lumrah..

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Cinta itu skopnya sangat luas..Bukan hanya terbatas pada cinta antara lelaki dan perempuan seperti yang famous diperkatakan apabila perkataan cinta dirungkap..

Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasulullah
Cinta kepada Al-quran
Cinta kepada ibu ayah
Cinta kepada suami /isteri
Cinta kepada sahabat
Cinta kepada kebaikan
Cinta.Cinta dan Cinta

Hari ini saya ingin bercerita tentang cinta antara lelaki dan perempuan..
Cinta yang hangat dikalangan para remaja sekarang.

Cinta yang kadang kala membuatkan seseorang itu gila..
Cinta yang membuatkan seseorang itu lupa..
Itulah yang berlaku apabila bercakap soal cinta di kalangan remaja.

Tapi..pasti ada yang bertanya,kalau semua kesan cinta itu buruk,habis kenapa cinta itu wujud??

Siapa kata cinta itu memberi impak yang buruk?
Hakikat cinta yang sebenarnya itu tulus,suci,murni dan tidak ternoda namun manusialah yang menyebabkan cinta itu kelihatan buruk,jelek dan tidak suci..

Memang kita sebagai manusia biasa yang lemah ini tidak dapat lari dari ‘jatuh cinta’ atau ‘jatuh suka’ antara lelaki dan perempuan..Itu lumrah..Tetapi kita manusia yang punya akal,yang dapat berfikir sepatutnya dapat mengawal hati dan perasaan dalam menterjemahkan cinta yang dirasa.

Ramai yang salah menterjemahkan cinta kurniaan Illahi.Buktinya,ramai yang berkapel,tunang sesama sendiri*tidak mengikut syariat*.. Paling menyedihkan apabila sahabat-sahabat yang tahu batas pergaulan tapi masih juga bercouple,bergambar berdua sana sini…Ya,sejujurnya saya sedih dan takut akan situasi ini sebab ini boleh jadi fitnah kepada Islam.Nauzubillah..mintak dijauhkan..
Kalau kita yang tahu dan faham agama ni pun,tak boleh nak tegakkan agama,maka siapa lagi??
Macam mana saya nak jelaskan agar sahabat-sahabat yang saya sayangi faham akan hal ni?
Ya Allah..berikanlah mereka petunjuk..


Semua orang pernah suka dan menyukai orang lain.Tak kisah la mulanya dari apa..Kemungkinan kagum pada wajah?Kagum pada ketinggian ilmu?budi bahasa?Keimanan yang mantap?Suka dengan gaya seseorang?Itu cuma cara yang menjadi asbab kepada perasaan suka itu sendiri….
Tapi cara penyampaian itu adalah penting.
Orang yang baik akan menterjemahkan dalam bahasa yang baik.Bagi muslimin,jumpa dengan wali dan sebagainya.Bagi muslimat pula,ada yang menggunakan orang tengah dan sebagainya.

Seperti ini barulah menjaga syariat tapi perlu diingat,ikatan pertunangan bukanlah lesen untuk kita berhubung tanpa batas.Ramai yang salah faham tentang ini.Sebenarnya tunang adalah tempoh utuk mengenali tetapi masih dalam batas-batasnya.Bukan bererti boleh telefon setiap hari,kerap berjumpa,bergambar bersama-sama.Batas orang yang bertunang dengan tunangnya sama sahaja seperti orang asing.wallahua’lam..

Sebaiknya jika hati sudah suka pada seseorang,usahakanlah melalui jalan yang betul dan mengikut syariat yang sebenar-benarnya dan berdoalah,mengadulah pada Allah..Allah tau apa yang ada dalam hati kita meskipun apa yang terlintas.

Jika niat kita baik,Allah bantu.InsyaAllah..

p/s :bukan bibir ini berbicara..Cuma jiwa ini berbahasa~

 


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Tuesday 11 September 2012

Taaruf DAy di Usim..First Year student..

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Salam rindu dari perindu cinta Illahi kepada antum,si pembaca yang dirahmati Allah,insyaAllah..

Walaupun Hari Taaruf Sarjana Muda bagi pelajar Tahun 1 Akademik bagi sesi 2012/2013 telah berlalu hampir seminggu,saya tetap ingin mencoretkan sedikit tentang hari bermakna itu di dalam blog yang serba kekurangan ini..

Alhamdulillah telah selamat bergelar mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia.Sangat bersyukur!...

Haa..ini adalah lagu rasmi Usim*syok lagu dia.semangat-semangat!! 

USIM TERUS MAJU
Malaysia maju di zaman merdeka
Umatnya bergerak berganding bahu
USIM menyahut harapan bangsa
Menjadi universiti termaju
Cabaran masa teras kegiatan
Penyelidikannya untuk dunia
Terus progresif membina insan
Berdisiplin mengamal nilai mulia
* Benteng harapan untuk terus maju
Menjadi universiti terkini
Meredah halangan mencipta mutu
Mengharum negara seluruh bumi
USIM berjanji pada ibunda
Berjasa berbudi untuk semua
Siswanya adalah tunggak negara
Kan terus membela maruah kita

Lirik: Y.Bhg. Tan Sri Dr. Yusof Noor
Lagu Ciptaan: Tn. Hj. Mahzan Manan
banyak lagi sebenarnya botol comel ni..tapi snap yang dekat je`~
Homesick?Of course! Sekarang ni pun,rasa macam nak terbang je balik Terengganu,negeri tercinta..Tapi homesick kali ini tak adalah macam zaman tamhidi dulu.*That’s mean I am more stronger now? ^_*

persembahan PALAPES USIM terbaik!!!
Sekarang sedang cuba adapt dengan suasana dan kawan-kawan baru yang bermacam-macam,ohsem dan unik..First time jumpa perempuan yang minat sangat-sangat pada katak macam classmate baru si Wardah yang lawak!
Juga sangat mengalu-alukan kedatangan international student,Hafiz daripada Indonesia.Semoga gembira hidup di bumi bertuah Malaysia ini.
Juga tahniah kepada sesiapa yang dilantik menjadi ketua dan penolong tutorial!hehe..*NiniaNikita....peace!

Last but not least,harapan dan impian..
Semoga Allah memberi peluang agar kami dapat menimba seberapa banyak dan sebanyak-banyaknya ilmu di Usim ini selagi ianya bermanfaat.
Juga,semoga perindu cinta Illahi dapat perform well and the best with Allah blessings..

Dear ummi dan abah,anak ummi dan abah nak buat yang terbaik! Semoga Allah permudahkan!Amin ya Rabb..

p/s :Alhamdulillah..urusan yang dilaksanakan hari ini nampak gayanya dipermudahkan juga disertai ketenangan jiwa..Allah..Allah..Allah..

 


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Saturday 8 September 2012

Study! Niat kerana Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Apa khabar jiwa dan hati kalian?Apa khabar iman dan ilmu dalam diri sahabat-sahabat yang dikasihi?Semoga khabarnya baik sebaik-baiknya.InsyaAllah..

Memandangkan saya telah pun diiktiraf sebagai mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (di negeri Sembilan berdekatan KLIA<-- info untuk pembaca yang tidak mengetahui dimanakah USIM),suka saya untuk bercakap sikit tentang ilmu..

Ilmu merupakan antara elemen paling penting dalam hidup.Malahan,bagi Muslim,ia merupakan satu usaha yang menjurus kepada redha Allah.Hidup kita di pentas lakonan gergasi yakni dunia fana ini,kalau tanpa ilmu,semuanya kosong dan tidak berguna.

Bukankah kata orang “Tak kenal,maka tak cinta”..Justeru untuk mencintai alam,perlulah mengenal apa itu alam.Proses mengenal itu pula memerlukan ilmu yang betul.Nah,sama lah juga untuk kita mengenal Allah yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.Tanpa ilmu,kita tidak dapat mengenal apatah lagi mencintai dengan setulus hati.Jadi,tuntutlah ilmu.Walau apapun bidang pengajian kita,kita mendukung matlamat yang sama iaitu untuk mendapatkan ilmu.
Ingat! Niat belajar kerana Allah! (^_^) 
Siapa-siapa yang rasa niat dia dah menyimpang,Cepat renew balik niat kita!

Perlu diingat wahai sahabat sekalian, ’bukan senang nak senang’…..Jadi,jika terasa perjuangan menuntut ilmu ini susah,jangan sekali kau mengalah.Kalau jatuh,bangun kembali!Jangan terbaring terlalu lama! Kerana itu lumrah kehidupan.Manusia ini bukan sempurna,boleh berdiri gagah tanpa bergoyang,berlari pantas tanpa accident..err…ada kaitan ke?...
Manusia ni macam..manusia lah.Kadang-kadang lemah,jatuh,tersungkur,tergolek,tercampak dan seumpamanya.Tapi sebaik-baik manusia,manusia yang memberi manfaat kepada penduduk bumi.Jadi bergeraklah menyebarkan kebaikan untuk seisi alam.Gunakan medium-medium yang ada.Di zaman moden seumpama ini,tak susah untuk berdakwah.Dengan hanya  menulis,kita boleh berdakwah.Sambil baring pun boleh berdakwah.Macam mana?hm..Tweet la kata-kata dakwah.Kata-kata yang menyeru ummah ke arah kebaikan.Atau menyampaikan tafsiran ayat al-Quran yang boleh dijadikan iktibar untuk semua.Tapi perlu diingat,kita yang menyampaikan perlulah ikhlas dan turut mengamalkan apa yang kita sampaikan.
 Ingat,menuntut ilmu wajib bagi kita semua sebagai umat Islam..

Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Dalam proses yang dinamakan belajar ni,kalau salah,jangan malu sahaja.Biarlah malu itu didorong dengan usaha memperbaiki kelemahan diri.Dan sebenarnya dalam proses belajar,tiada istilah marah.Mana mungkin seorang ibu memarahi anaknya yang berumur 7 bulan kerana tidak pandai berjalan sedangkan anak itu masih dalam proses kearah berjalan.Apabila di ajar dan diajar,maka,pandailah bayi itu berjalan bahkan berlari.Sama lah dengan belajar.Tidak perlu marah kerana tidak pandai dan tidak tahu.Kerana tidak tahu itulah yang menjadi pendorong kita untuk belajar.

Jadi,kesimpulannya,jom sama-sama kita ikhlaskan hati menuntut ilmu serta berusaha menyebarkannya agar dapat member manfaat kepada seluruh makhluk bumi.InsyaAllah..

Jom kita jadi orang yang tamak mengaut ilmu dan pemurah dalam menyampaikannya!

 


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~