Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Wednesday 1 January 2014

Coretan : 2014 already



Assalamualaikum and greetings to all !!

wah wah wah! 2014 2014 2014

Ahlan Wasahlan ya sannah jaded!
Selamat Tahun Baru!
Happy New Year!
Xin Nian Kuai Le!
*ada gaya budak kos Bahasa tak?hehe




2014.2014..Alhamdulillah..

Ya Allah..perasaan apa ini?

Bersyukur kerana masih diberi fursoh(peluang) untuk menyedut udara baru 2014.

Gembira.Teruja.Takut pun ada.

Lumrah kehidupan tak akan pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Bagaimana agaknya cabaran 2014?      >.<     muka ketakutan

Dunia hari ini sangat memerlukan kepada manusia yang cepat,tangkas,kritis dan mahir.

Kreatif dalam merancang dan mahir dalam melaksanakan.

Jadi,rancang dari sekarang! *Amik buku,pensel dan roba.hehe.senaraikan! *

Pasangkan azam,rancangkan perjalanan dan bergeraklah untuk merealisasikan.

Ingat,azam yang wajib masuk dalam list setiap daripada kita adalah :
“ Aku ingin jadi manusia yang lebih baik dari semalam dalam redha Alalh”

Tekadkan dalam diri untuk menjadi :
Sebaik-baik hamba dan daie
Sebaik-baik manusia
Sebaik-baik anak
Sebaik-baik sahabat
Sebaik-baik watak dalam setiap peranan yang kita pegang di pentas dunia ini.
Dan semestinya tanggungjawab kian terasa berat digalaskan ke bahu. * Nangis

Wah..21 tahun sudah.Terasa sudah cukup dewasa walaupun tak berapa nak dewasa sangat kan~

Apa azam & harapan sampingan?

Syazana :
Nak belajar bersungguh-sungguh.Jihad! Jihad!
Nak bina bisnes dan kewangan sendiri.Nak jadi penulis!*impian sejak dulu*  Nak jadi rajin! Nak jadi baik sebaik2nya! Nak jadi cantik! Err…cantik akhlak la.hehehe…
Road to Mardhotillah in sya Allah..

Azam,harapan dan impian roomate2 ku sekalian?

Tahun baru sebagai titik permulaan kembali kepada fitrah tanpa dosa dan noda. *pergh..terbaik nabilah!

Berubah menjadi lebih baik..

Nak kahwin! Hehe *kalau nabilah baca ni, dia akan cakap..”godo..” dalam dialek Kelate.haha

Nak ‘mencari’…………..hew hew hew..pandai ek kinah sekarang

Haha..Nakal dia orang ni.Apa pun,moga segala azam kita terlaksana dan tercapai dengan jayanya.Paling penting,harapan saya,semoga redha Allah sentiasa bersama kita.

p/s :
Pergilah 2013.Bawalah bersamamu segala memori-memori yang mengguris hati,memori yang mencalar kegembiraan ,memori yang melalaikan dan semua memori yang pahit  lagi masam dan masin.

Dan datanglah 2014.Aku menyambutmu dengan hati terbuka.Datanglah bersama warna-warni pelangi yang dapat menyuburkan cintaku kepada Ilahi. Weeeeee~

Untuk semua visitor blog : Jom jadi soleh dan solehah ye kawan-kawan! Letakkan  Allah di tempat paling atas  dalam semua perkara.Jadikan Allah carta hati no 1 kita semua ^_^ in sya Allah.
______________________________________________________________________

2014
-menerima jemputan sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan
-ada sahabat yang teruja menantikan kelahiran zuriat pertama
Barakallah.Tumpang bahagia ^^



sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~