Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Sunday 1 March 2015

Karnival Kerjaya Sedia Peluang Keusahawanan

Karnival Kerjaya Sedia Peluang Keusahawanan 
Mahasiswa cabar diri terjun bidang usahawan
NILAI, 24 November 2014 -  Karnival Kerjaya yang berlangsung selama seminggu bermula 17 November di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi platform bagi mahasiswa bergelar usahawan muda seperti Ainin Sofiya Binti Mohd Sabri, 21 , bagi mempromosikan jenama tudungnya sendiri iaitu ‘Ainin Sofiya’.
            Walaupun masih belum menamatkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda, ianya tidak menjadi masalah untuk Ainin Sofiya  menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
            Ketika ditemuramah di gerai karnival, Ainin yang masih setahun jagung dalam dunia keusahawanan berkata, walaupun dikelilingi oleh usahawan-usahawan yang telah lama di bidang itu, Ainin tidak berasa kekok mahupun tergugat bahkan melihat ianya sebagai satu cabaran baik buat dirinya.
            “ Saya berasa bersemangat untuk melangkah dengan lebih jauh dalam dunia keusahawanan apabila melihat sambutan daripada pelanggan saya sendiri yang tidak putus-putus datang mengunjugi gerai saya sepanjang seminggu di karnival kerjaya ini dan keuntungan yang saya peroleh sangat berbaloi.” tambah Ainin Sofiya lagi.
           Berbekalkan modal yang dihulurkan oleh abangnya, Ainin yang telah berjaya menggunakan  namanya sendiri, ‘ Ainin Sofiya’ sebagai jenama komersil untuk  produknya, tekad untuk terus melangkah ke hadapan dan bercita-cita untuk membuka butik sendiri di masa hadapan.
            Menimba pengalaman kali pertama menyewa tapak gerai jualan untuk menjual produk sendiri merupakan sebuah pengalaman berharga buat Ainin Sofiya.
Karnival kerjaya anjuran pelajar Tahun 3 jurusan kaunseling  itu dilihat meriah apabila tapak gerai jualan di kunjungi oleh ramai pelanggan dalam kalangan mahasiswa.
“ Karnival kerjaya ini sangat bagus kerana memberi peluang kepada mahasiswa untuk berbisnes dan memberi pendedahan tentang kerjaya dari segi peluang dan pilihan kerjaya semasa.”kata Ain Najwa binti Mohd Latif, pengendali gerai pelajar jurusan Kaunseling Tahun 3 USIM.
Antara gerai yang berjaya menarik minat mahasiswa sepanjang karnival berlangsung termasuklah  gerai makan, gerai kaca mata, gerai GISO Fakulti Sains dan Teknologi ke Korea, gerai aksesori  dan gerai Avon.
Walaupun ada gerai yang dikendalikan oleh usahawan luar, namun kebanyakan gerai yang dibuka sepanjang karnival dikendalikan sendiri oleh pelajar USIM tersebut.
“ Saya melihat karnival ini sangat membantu para mahasiswa khususnya dalam mencari pengalaman menjadi usahawan disamping menampung kewangan semasa dan saya harap karnival ini terus dilaksanakan untuk tahun-tahun hadapan, ” kata Siti Maryam bt Abdullah, salah seorang pengunjung  karnival.
Karnival Kerjaya yang dianjurkan oleh Pelajar tahun 3 jurusan Kaunseling kali ini sememangnya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa dan tenaga pengajar serta staff USIM sendiri berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jenama tudung ‘ Ainin Sofiya’ bakal dipasarkan dengan lebih meluas.     

_____________________________________________________________________________
* Sebenarnya ini merupakan salah satu assignment saya iaitu menulis sebuah berita bagi subjek ' Principle of Journalism ' (Prinsip Kewartawanan) semester lepas,sem 5.
Sengaja di publish kan di sini disamping meluaskan lagi bisnes kawan sekolah saya merangkap kawan di universiti, Ainin Sofiya. Kagum dengan kesungguhan dan langkah yang diambil beliau. 
 Juga untuk tatapan junior-junior fakulti *jika ada* hehe


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Monday 26 January 2015

Rindu lagi

Dan di pagi peperiksaan itu,
Aku tewas juga.
Pada segunung rindu yang tertahan.

Hening. Sepi.

Yang kedengaran hanya bunyi pusingan kipas
dan bunyi titik air mata yang jatuh ke permukaan bantal.

Juga bunyi esak kecil yang cuba ditahan.

Risau takut-takut mengganggu mimpi sahabat-sahabat
yang masih kaku terbaring.

Perlahan bibir dan hati bertasbih rindu
pada tinggi dan luasnya kasih sayang seorang Abah.

Allahu.
Tempatkan dia bersama hambamu yang soleh.

Setiap kali rindu bertamu, akan ku kirim hadiah untukmu.

6.03 pagi.
6 Januari 2015.
Peperiksaan Akhir Sem 5.

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Friday 16 January 2015

Jodoh itu rahsia Tuhan

Jodoh
Rasanya belum tepat waktunya untuk aku bicarakan soal ini
Perkara yang aku anggap perkara besar dan serius
Yang padanya, terlakar kehidupan masa hadapan
Tapi harini terdetik seketika menulis sedikit bait.

Teringat pesan murabbi,
Baik-baik dalam memilih,
Perihal jodoh dan perkahwinan
Boleh jadi seperti perjudian
Antara bahagia dan derita
Bukan niat dia menakutkan
Cuma ingin mengingatkan.

Setiap hari cabaran makin bertambah,
Pada sisi diri sendiri juga kisah-kisah yang menjengah,
Tidak berlebihan jika aku katakan ia menyesakkan dada
Mengundang bimbang di jiwa
Namun cepat ku tepis dengan pandang penuh positif.

Hati ini bersetuju,
Melihat sahabat yang telah melangkah kearah fasa berdua,
Perlunya ilmu agama dan ilmu hidup yang mantap sebelum melangkah,
Perlunya kemahiran komunikasi yang baik,
Perlunya persediaan fizikal mental dan emosi yang sempurna,
Dan perlunya persiapan untuk sebarang ujian yang bakal menduga.

Sejujurnya aku belum bersedia
Menghadapi sebarang kemungkinan tentang ini
Mungkin kerana ilmu yang ada belum cukup
Atau mungkin juga si dia yang tepat belum Allah hadirkan
Atau juga kerana aku masih belum bersedia layak

Kerana ianya rahsia Tuhan,
Pada setiap yang bertanya,
Hati ini terkadang dilemma,
Takut pada pandangan mata yang menipu,
Gusar jika pada mata kasar dialah malaikat
Tapi pada hakikat dialah syaitan yang cuba memikat
Dan semoga dijauhkan daripada manusia bertopeng seperti itu.

Kerana ianya rahsia Tuhan,
Tidak terjangkau dengan ilmu cetekku,
Maka tidak ku fokuskan siapa gerangannya
Cuma bagaimana ciri-ciri dan perwatakannya
Tapi, masih. Ku serahkan sepenuhnya pada takdir Ilahi.
Selagi Dia redha.

Kerana ianya rahsia Tuhan,
Pernah juga kadang kala jiwa terusik
Dalam manisnya berukhwah,
Dalam indahnya kenangan,
Juga dengan sekilas pandangan mata,
Namun ku pujuk hati,
Jangan kau cepat menyerah.

Kerana ianya rahsia Tuhan,
Kepada Dia aku memohon,
Supaya hati tidak silap memilih,
Tidak salah mentafsir,
Kita hanya pandang permukaan,
Hakikat disebaliknya hanya pada Tuhan.

Bicara perihal ini,
Ada yang suka, ada yang bimbang
Aku pula tiada perasaan tentangnya
Mungkin masih belum ada
Tapi secebis harapan tetap wujud di hujung sudut doa.

Teringat pada pesan kakak,
“Jika suatu hari nanti ditakdirkan aku jatuh cinta,
Semoga aku jatuh cinta pada orang yang ‘tepat’,
Pada waktu yang ‘tepat’,
Dengan cara yang ‘tepat’ ”

Tapi, masih. Ku serahkan sepenuhnya pada takdir Ilahi.
Selagi Dia redha. Semoga DIa mudahkan.

My life may not be going the way I planned it, but it is going exactly the way Allah plans it.
Keep Du’a, He will answers soon.


Madah ini mungkin ada silap dan mungkin juga ada yang keterlaluan.  Tapi ianya cuma bahasa jiwa si remaja yang masih mentah.Pada saat tiada siapa lagi berjaya menghuni sangkar hati, aku cuba menulis supaya tidak bias pada sesiapa. Pada sang pencari cinta, fokuskan cintamu pada Ilahi terlebih dahulu. Pesanan ini juga aku tujukan pada diri. Semoga Allah redha.

Q : Syazana bila lagi?
A : Tanya pada Allah. Jawapan ada pada Dia.

15 Januari 2015.

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

2015




Nothing to say

Just hoping for the better life.

Biiznillah.


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~