Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Thursday 21 June 2012

Aku ingin hati baru


بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Ya Allah..pilunya terasa..kosongnye…kuatkan hambaMu ini ya Allah.Hati terasa sedih sangat..Tak tau kenapa.Saya dah cukup maklum dengan diri sendiri..Apabila kata-kata yang menginsafkan terimbau kembali di minda,ya Allah..aku sedar,aku hambaMu yang tidak punya apa-apa..kosong.
Kadang-kadang tidak perlu tajam atau lasernya kata-kata yang keluar dari mulut untuk buatkan kita terdiam dan malu.Cukuplah dengan bait-bait kalimah yang ditaip,ditulis yang lahirnya dari dalam hati.Tulus..Ikhlas..Tidak berkepentingan dunia semata..
Allah..tulisannya cukup menyentakkan hati!Seorang insan yang nampak biasa dihadapan insan lain.Rupanya punya azam dan hati yang tulus ikhlas.Membawa dirinya sendiri dan sahabat-sahabat untuk lebih dekat padaMu.Sekali baca,meresap ke dalam hati.Membawa penyesalan,,membuka pintu keinsafan..
Ya Allah..kenapa aku tidak punya hati seperti mereka-mereka yang sentiasa membara menutur kata-kata dakwah?Apakah hatiku sudah mati ya Allah..jangan disebabkan dosa-dosa ana,hati aku buta ya Allah…kalau benar ia telah buta,kurniakan kepada hambaMu ini,hati yang baru ya Allah..Hati yang sentiasa segar mengingati dan khusyuk dalam beribadah.Hati yang tidak gentar kepada dunia tipuan mata..Hati yang sentiasa bergetar apabila asma’Mu disebut..HambaMu memohon ya Allah..
Pesanan imam ghazazali :
Carilah hatimu di tiga tempat..temui hatimu ketika membaca Al-Quran.
Jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat,
Dan jika tidak kau temui juga,carilah
Hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati
Jika tak temui juga,
Maka berdoalah kepada Allah.
Pinta hati yang baru,
Kerana hakikatnya,pada masa itu,
Kau tidak mempunyai hati.. =)
Kurniakan hati yang bersih kepadaku
Semoga Allah sayang & redha dengan kita!


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

2 comments:

  1. memang cerpen n puisi ni syazana buat sendiri ke ? woahhh ! hebak hebak !

    ReplyDelete
  2. yup.buat sendiri..bosan gak duk umah..buat la sikit2 ni ha...biase2 je...xpro lagi..huhu

    ReplyDelete