Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Friday 29 August 2014

Cara minum madu?

Assalamualaikum.

Hai semua! Semoga dalam keadaan sihat dan dibawah lindungan Allah sentiasa.

Sebagaimana yang semua tahu, madu ada banyak sangat sangat sangat kebaikan dia.
Madu adalah penawar segala penyakit kecuali mati.



Tapi....tahu ke cara terbaik untuk guna madu?


Ada yang makan terus. Ya boleh cuma tidak terlalu efektif kerana madu bersifat pekat dan agak sukar diserap oleh badan. 

Jadi apa cara terbaik?
 

Antara cara yang terbaik guna madu (pastikan tak guna sudu besi) :

1. Pagi ( sebaiknya sebelum terbit fajar) : letakkan sesudu madu di dalam gelas kemudian campurkan dgn air pd suhu bilik (jangan sejuk/suam/panas) kemudian kacau ikut arah lawan jam.

2. Malam : masukkan air suam terlebih dahulu dlm gelas. kemudian campurkan dgn sesudu madu
kemudian kacau ikut arah lawan jam.



Tadaaa. Jom sama2 amalkan. Hidup sihat mengikut sunnah.


Kenapa tidak boleh guna sudu besi?

Kerana dalam sudu besi ada ion-ion yang boleh memberi efek(kesan) terhadap madu tersebut. Tapi dalam sudu plastik tidak wujud ion-ion sedemikian. Jadi keaslian dan ketulenan zat madu akan terjamin. Biiznillah.

p/s : Tips ni daripada Che Ngah (Kawan ummi yang sekarang mengamalkan akupuntur)

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Coretan : Jom ber'blog' !


Bismillahirrahma nirrahim.
Assalamualaikum semoga semuanya dalam lindungan Allah.


Betulkan niat menulis
 
Setelah sekian lama tidak meng’update’ blog, tiba-tiba saya teringin mengukir kembali minat menulis dan untuk entri kali ini, saya ingin mengingatkan diri sendiri dan mengajak yang lain juga untuk membetulkan niat walau apa sahaja yang anda lakukan.

Niat awalnya saya mencipta blog adalah untuk menjadikannya salah satu medan untuk saya menulis dan berkongsi pengetahuan yang tidak seberapa sekaligus matlamat utamanya agar ianya bermanfaat untuk ummah. Kemungkinan besar, siapa tahu ianya berguna sebagai medan dakwah (moga-moga Allah izinkan) seterusnya menjadi amal jariah ketika saya di alam sana kelak. Saham akhirat itulah keutamaan.

Apabila membelek entri-entri yang lepas, banyak kepada merapu dan bercakap kosong, maka ucapan maaf saya hulurkan. Kadang-kala ianya menjadi medan meluah rasa. Semoga ianya tidak menjadi kecacatan untuk blog ini. 

Menyepi daripada menulis

Mungkin juga kadang kala hilang minat untuk menulis kerana tiada idea atau factor besarnya adalah kerana kurangnya membaca walhal saya menyedari kurangnya membaca adalah kanser yang boleh membunuh minda yang sedar dan segar. Semangat perlu dibangkitkan!

Atau mungkin juga saya jarang menulis kerana masa yang perlu dihabiskan adalah di hadapan laptop sedangkan yang lebih utama adalah meluangkan masa dengan sahabat dan ahli keluarga serta atas urusan kelab. * Lagipun ummi tak suka tengok anaknya mengahdap gajet lama-lama *
Ya,ianya hanya alasan dan saya perlu bijak mencari masa yang sesuai.

Seru semangat baru
Mungkin kadang-kala saya tersasar dari matlamat. Ada simpang dan lopak sana sini. Semoga diri lebih matang dan peka serta dapat membaiki keburukan-keburukan yang dahulu.

Tahun ini pelbagai kejutan yang berlaku. Jika berkelapangan saya akan menulis berkaitan dengannya. Cuma yang boleh di ‘public’ dan tidak termasuk yang ‘privasi’nya.
Ada yang menegur saya kerana blog telah lama tidak di update. Jadi saya perlu bertindak.

Semoga kali ini, saya dapat menghayun tangan, menggerakkan jari-jemari dan menyusun bait kata dengan lebih baik. Mampu atau tidak, saya hanya dapat berusaha. Segalanya serahkan pada Allah. Moga Dia izinkan.

Jom berblog!

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~