Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Tuesday 4 December 2012

Kembara Bumi Melaka

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..


Kaifahalukum?
Harap semua sahabat sentiasa sihat sejahtera di bawah ramat Allah.

Straight to the point..maaf sebab tajuk agak hiperbola* 
Pengalaman dan kenangan saya dan sahabat ke Melaka dengan misi menyempurnakan tugasan arab kami di bawah tajuk “Siahah” yang bermasud pelancongan.[sekian..penuh skema pendahuluan dan cerita kali ini sangat panjang lebar dan luasnya.Boleh sediakan biskut dengan coklat panas untuk mengelakkan lena]

2 disember 2012 saya dan 10 orang kawan bertolak ke Melaka sekitar jam 9 pagi.Pada awalnya kami rancang bertolak jam 8 pagi tapi biasalah..janji Melayu.haha.Kami pergi dengan 2 buah kereta.3 lelaki dan 2 perempuan menaiki kereta Kancil manakala 6 perempuan selebihnya termasuk saya menaiki kereta Wira.Dan pemandunya adalah saya dan Syafiqah.[both of us very brave enough I think.eh]Pada awalnya keyakinan untuk memandu sangat nipis disebabkan sudah lama tidak memegang stereng dengan penuh bergaya malahan sebelum ni,di Terengganu sendiri boleh di bilang dengan jari je berapa kali saya jadi pemandu.Itupun sekadar memandu untuk ambil adik-adik dari sekolah dan sekolah tu memang tak sampai 15 minit dari rumah.Sebelum bertolak,isi minyak sampai penuh..

Dari Usim,Negeri Sembilan,Syafiqah be the first driver sampai ke Melaka.Perjalanan yang agak jauh dan mencabar bagi kami yang tidak pro dalam memandu ni.Sepanjang perjalanan kami,kereta memang riuh dengan gelak tawa dan cerita yang bermacam-macam.Penglipur lara kami tentulah Miza,si pemilik Wira(kakak Miza punya Wira).hehe.
Lebih kurang jam 9.30 pagi kami semua sampai ke A Famosa.Okay..ikut kereta kancil Adli masuk parking berbayar.*Saya memang jadi tukang betulkan kereta masuk parking.sekian*Then,sampai sana,bergambar dengan si  gajah lapar.Kenapa kami panggil “gajah lapar”?? Sebabnya kami beli pisang dan tebu untuk bagi gajah comel tu makan tapi lepas habis keenam-enam pisang dan 5 tebu dia makan,dia punya belalai tu masih lagi tercari-cari makanan sampai tangan kami sekali dia nak sambar.oh.sungguh lapar gajah tu.kesian..kesian..
*taken by me*
Rancangan awal nak masuk kat bahagian “Safari” but the fee almost rm50!oh no..Terpaksa batalkan.Kalau harga cantik macam tu kena pergi ngan family la nampak gayanya.hee..[abah…jom kita pergi sana tahun depan!!hehe]
Destinasi ke dua,Bandar hilir.Saya jadi pemandu.Waktu puncak masuk bandar!Agak-agak la macam mana dia punya kesesakan jalan tu kan..

Nak dijadikan cerita,kereta Wira kami terpisah dengan kereta Kancil Adli masa kat Trafic Light.Dengan traffic jam dan tak tahu jalan,kami memang bergantung dengan signboard.
[“Relax..Relax Syazana.Kita follow signboard je”]-Cik Miza kita..
[“Lepas ni belok kanan..Lepas tu straight je”]-Nurul kiut  pula bagi arahan.
Mereka sangat membantu.(^_^)
Banyak kali kami salah jalan.Dah la Melaka ni memang famous Amos dengan jalan sehalanya.haha.Kat situ jalan sehala.Kat sini jalan sehala.memang jalan sehala je la situ sini.

At last,sampai juga walau teragak-agak  dengan belok kanan kirinya.Ikut sesedap rasa je.Masuk parking berbayar lagi tepi Mahkota Parade.Okay…admit..first time masuk parking bawah tanah.Then masuk Mahkota Parade kejap sementara tunggu diorang cari parking.Kami dapat parking yang lagi dekat dengan Menara Taming Sari dan kami yang sampai dulu.Hehe.Wira menang!Kancil naib Johan..Lepas semua dah ada,kami ber’sebelas’ jalan kaki ke Menara Taming Sari.Tengahhari.Sangat ‘sejuk’ suasananya.Tak adalah ‘panas’ sangat sinaran matahari tengahari kan? =.=’
Huzzi,our groupmate (foreigner frm Nigeria)tak nak naik Menara Taming Sari sebab tak sihat.*Syafakallah..
Pemandangan sangat cantik dari atas Menara tu.Seriusly.Luas..[Abah..nanti kita pergi Menara Taming Sari ye..hehe]
top view.Subahanallah
Lepas posing,kami jalan kaki ke Kapal Hang Tuah.Betul ke nama tu?*agaknya lah.Lupa..
Masuk dalam tu tangkap gambar lagi.Imbau kembali sejarah Melaka bila masuk dalam tu.Dah lama tak menghadap subjek Sejarah kan?Dah berkarat dah sejarah dalam otak..eh.
*first time masuk gmbr camni dalam blog*
Lepas tu,lunch and having a window shopping.Solat dekat Mahkota Parade and masuk Popular kejap.Banyaknya buku-buku best tapi kena bajet duit..huhu.Last,tak beli pun buku.Tak apa.Nanti kita beli,ye.*pujuk diri.Then lebih kurang pukul 5 lebih,Hafiz,the photographer ajak bertolak balik.Miza pulak mengidam nak makan durian 1 kg rm1 kat A Famosa.Bincang punya bincang okay..kita pergi semula ke A Famosa makan durian!!Kancil dan Wira bertolak berasingan disebabkan parking kat tempat yang berbeza.

Syafiqah be the driver on that time. Kereta bergesel dengan kereta lain.Really nervous.*Pengalaman*. Jumpa dengan uncle baik hati tolong kami sewaktu masuk parking disebabkan payment expired beberapa minit...Saya dan Syifa berlari ala-ala remaja Ribena ke tempat Autopay yang agak jauh.*spoil….menjelang maghrib..hujan renyai-renyai.Brake pulak buat hal so tak jadi pergi makan durian.Masing-masing risau.Doa dan doa..

[Syazana,ko drive nanti.aku tak yakin..]syafiqah said and okay I’ll try.Sebenarnya dalam hati seriously nervous.Just imagine tak pernah bawa kereta malam(sebenarnya drive siang pun berapa kali je) dan tak pernah pandu kereta selain Myvi dan Kancil..Tup..Tup…kena bawa Wira malam-malam dengan hujannya dan jalan yang sesak.*peluh ketakutan.haha*..[syazana,challenge yourself!!]my heart said.
Pergi isi minyak.Pak cik minyak baik hati tolong baiki brake dan bagi tips-tips berguna pada kami.Terima Kasih pak cik!Alhamdulillah Allah pertemukan dengan insan-insan yang baik sepanjang perjalanan.
Okay..dengan penuh berhati-hati,I’m start driving.Sepanjang perjalan,memang tak henti baca doa yang kak ngah pesan.{Bismillahittammatimin syarrima holaq ;mohon jauh dari sebarang keburukan}

Memang tak pandang kiri kanan sepanjang drive.*agak berbahaya perlakuanku*haha..
Nurul kiut-sebagai mata untuk tengok sisi kiri kereta.
Miza si Datin gojes-sebagai mata untuk sisi kiri belakang
Husna air Asia-letih keletihan…
Syifa comel-mata depan tuk tolong saya yang silau..huhu..saya kena buat spek kata syifa.Baiklah! [xpe Syazana.Kitorang ada.Kitorang Nampak kereta kiri kanan].hilang nervous sikit dengan mata-mata yang bekerja.
Syafiqah si kecoh*ceria-mata untuk sisi kanan kereta.
Semua mata-mata bekerja untuk saya.Ya!Terima kasih korang semua.Tanpa korang tak tahulah macam mana pemanduan malam tu.Syukran jaziilan..

Janji jumpa kat perhentian Pedas Linggi.Sampai sana tengok Adli,Hafiz,Huzzi,Afifah dan Aimi tengah tunggu kat pondok.Kesian tunggu kitorang lama..Sekali lagi diorang kena tunggu kami semua solat.*Jangan cuba-cuba nak tinggal.Kereta Wira tak berapa sihat.*
Lepas siap solat,sempat lagi shopping kat Petronas.Oreo satu!

Bila pergi balik kat pondok,Adli dah terbaring.Huzzi,Aimi dan Afifah termenung fikir masa depan.Hafiz pula entah tulis apa.*Posing lagi dengan DSLR..

Bertolak balik.Wira kat depan.Kancil kat belakang.Masa ni,Miza gojes buka lagu nasyid..Kami Berkaraoke dalam kereta sepuas hati.Si Pemandu ni pun turut serta.Hehe..Lepas tol Nilai,Kancil kat depan,Wira kat belakang.Kancil singgah Akasia,Wira speed ke kk1 Usim.Wira sampai dulu!Wira johan lagi!Ho yeah! Kancil jangan marah..Jangan ajak berlumba pulak lepas ni sebab memang confirm kami yang ‘pro’ ni akan ‘menang’..hehe..10.40 malam sampai kk1.Lega.Alhamdulillah.

Even masih tak pro and still need more practice(banyak kali kena hon oleh kete2 lain)but,at least I had already challenged myself for the things that I’ve never do before…
Kenangan bersama budak sains comp(ISA) will never I forget.Next Sem,we will not longer be together.And let this memories lasting forever.I wish.

Terima kasih untuk kenangan ini..Semoga sentiasa dalam Redha Allah.

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Sunday 18 November 2012

Free Palestin!! Mereka Saudaraku!!

Normal 0 false 21 false false false MS X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4 <![endif][if gte mso 9]> <![endif][if gte mso 10]> <![endif]-->
Ya Allah,selamatkanlah dan berilah perlindungan kepada saudara-saudaraku di Palestin sana juga tempat yang menimpa nasib yang sama.Hancurkanlah Israel!Gagalkanlah mereka dalam usaha menindas umat Islam di sana Ya Allah.

Hilang mood nak study.
Hilang mood nak siapkan makolah arab.
Hilang mood nak chatting.
Hilang mood nak tidur.
Tersiat hati tengok keadaan saudara seislamku di Palestin.
Kejamnya kafir laknatullah..Kejamnya mereka..kejam!! Kejam!! Kejam!!
Terketar tangan apabila mata menangkap beberapa keping gambar yang tersiar di Facebook.

Tengoklah keadaan mereka.Mereka umat Islam!Mereka saudara satu akidah dengan kita!Dan sekarang mereka diperang tanpa belas kasihan.

Sebenarnya aku tidak faham apa maksud mereka menindas umat Islam.Mereka tidak mengganggu anda maka kenapa anda melakukan ini semua???

Ya Allah..Aku tak tahu bagaimana caranya aku dapat menolong umat Islam di sana Ya Allah.Aku  di sini hanya dapat berdoa dan terus berdoa.Apa usahaku ini berbaloi ya Allah..Aku mohon padaMu Ya Allah.

.Lindungilah mereka,umat Islam di sana.Bantulah mereka YA Allah..
Bebaskanlah Palestin,Syria dan Negara-negara Islam yang lain daripada penindasan dan peperangan seperti ini ya Allah.Juga lindungilah Malaysia daripada penindasan dan peperangan.Hancurkanlah dan gagalkanlah usaha perancangan jahat dan kejam mereka.KAu berilah kemenangan kepada umat Islam di sana.Berikanlah mereka kekuatan fizikal,mental dan emosi serta teguhkanlah hati-hati mereka di jalanMu ya Allah..

Sahabat,jom tadah tangan..kita minta dan doa pada Allah untuk saudara Islam kita di Palestin sana yang sedang bertungkus-lumus berjuang mempertahankan diri,keluarga,agama dan negara mereka.Jangan kedekut untuk berdoa.Jangan kedekut berkongsi sedikit ruang masamu untuk mendoakan saudara kita di Palestin.
 Anggaplah mereka sebagai datuk dan nenek kita.Anggaplah mereka yang berjuang walau dengan membaling batu itu adalah ayah dan abang kita.Anggaplah tangisan anak kecil yang berlumuran darah itu adalah tangisan adik kita.
Sanggupah kita??
Sanggupkah kita membiarkan mereka sendiri.
Jom sahabat..Kita doa pada Allah supaya selamatkan dan bebaskan Palestin dari penindasan rejim zionis laknatullah.

Amen ya Rabbal a’lamin.Semoga Allah makbulkan doa kita.Semoga usaha kita yang sedikit ni mampu membantu mereka..
Bebaskanlah Palestin!! Hancur Israel! Gagal rejim zionis!

HIDUP ISLAM! TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!!!!!!

*Boikot barangan Israel.-McD terutamanya!! Tolonglah….Tolonglah usahakan..

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Monday 5 November 2012

Tiramisu for my 19th birthday!

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah genap usiaku 19 tahun..
(mungkin secara tepatnya umurku genap pabila menjelang jam 1.32 petang,4 November).

Usia keramat bagi aku kerana tahun ni merupakan tahun terakhir umurku bermula dengan nombor 1.

Tahun ini kek berkongsi nama dengan adik bongsu yang genap usianya 1 tahun pada 3 november 2 hari lepas.
sedapnya Tiramisu cake! *biasanya tak teruja sangat denga kek tapi berbeza ngan tahun ni.entah~

ermm..boleh consider sebagai hadiah ulangtahun kelahiran la sebab dapat pada 4november. (^_^)

 

Juga terima kasih tak terhingga dan tak terkira tak dapat ditanding dengan biri-biri yang mr.bean kira sebelum tidur tak terkira banyaknya kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga tercinta yang bagi hadiah dan ucapan.Yang paling saya hargai adalah doa kalian yang tulus ikhlas kepada saya.Syuran jaziilan..

selitkan foto beberapa hadiah.thank you a lot ....happy (^_^) and also aggrieved (T_T)
comel..tq sis!

a very unique one!tq my best friend!

dap er..dap er...tp syg lak nak makan.. tq ninia niita!


Tak banyak yang ingin diperkatakan dalam entri kali ini.

Doa aku..

 “Ya Allah,hambamu bersyukur atas segala rahmat kurniamu keatas aku.Sesungguhnya tidak ternilai banyaknya nikmatmu.Ya Allah,panjangkanlah umur ibu bapaku,kurniakanlah mereka kesihatan fizikal,mental,jasmani dan rohani mereka.Murahkanlah rezeki mereka dan jauhkanlah mereka dari azab nerakaMu ya Allah.Ya Allah,jadikanlah aku hambaMu yang taat,anak yang solehah,kakak dan adik yang baik,sahabat yang prihatin dan bakal isteri dan ibu yang solehah.Tambahkanlah ilmu kepada aku,murahkanlah rezekiku.Tigkatkan iman dan taqwa dalam diri ku.Jadikanlah aku,insan yang cinta akan kebaikan,cinta akan orang-orang yang soleh dan dicintai oleh orang-orang yang engkau sayangi.Ya Allah,semoga dengan bertambahnya umur aku,bertambah jualah kekuatan hubungan aku dengan Mu,Ya Allah..Jauhkanlah aku dari azab api nerakaMu.Amin Ya Rabbal A’lamin..”
Sayang umi,sayang abah(^_^)

Amin…Amin..Amin.. Ya Allah..


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Sunday 14 October 2012

Contohi akhlak Rasulullah tercinta

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.Orang yang paling baik akhlaknya adalah yag paling baik terhadap isterinya.Sesungguhnya akulah suami yang paling baik terhadap isteri”-Riwayat al-Tirmizi,no 3895 dan ibn majah no 1977-

Apakah yang dimaksudkan dengan “Akhlak”?

 Mengikut pandangan Ibn Maskawih dan Imam Al-Ghazali ;Akhlak ialah dorongan hati yang mampu melahirkan perbuatan baik secara spontan tanpa pertimbangan akal.Dengan kata lain,akhlak ialah perbuatan baik yang sudah serasi dan sebati dalam diri seseorang sehingga  membolehkannya melakukan kebaikan secara automatik.Secara ringkasnya,akhlak ialah ialah perbuatan baik yang lahir daripada hati,bukan daripada pemikiran.

Kepentingan Akhlak

Sejauh manakah kepentingan akhlak pada setiap manusia?Akhlak itu penting kerana ia merupakan salah satu misi kedatangan Rasulullah tercinta ke bumi ini.Baginda pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus untuk memperbaiki akhlak manusia”(Riwayat al-Baihaqi)

Umat Islam,Umat berakhlak

Umat Islam bukan sahaja dituntut berakhlak dalam keadaan biasa,bahkan ketika berada di medan pertempuran sekali pun.Lupakah kita pada peraturan peperangan dalam Islam?Rasulullah melarang tentera Islam mencederakan orang tua,wanita,kanak-kanak,merobohkan rumah-rumah ibadat even rumah ibadat bukan Islam hatta merosakkan  tanam-tanaman.Bayangkan jika di medan perang,senjata itu pun masih ada nilai-nilai akhlak yang perlu dipertahankan,apalagi apabila berdepan dengan “perang fikiran” di medan dakwah dan siasah..Telitinya Islam dalam menjaga umatnya.Subahanallah.Golongan yang menuduh umat Islam sebagai terrorist adalah kesilapan besar dan tidak masuk akal.

Bagaimana membentuk akhlak?

Laksanakanlah ibadah serta menjaga kesempurnaannya.Mantapkan ibadah wajib,tingkatkan ibadah sunat,yang haram dan makruh usahakanlah meninggalkannya dan yang harus pula seboleh-bolehnya dijadikan amalan.Jika perlaksanaan ibadah itu menepati dua syarat yang utama,ikhlas dan ittiba’(mengikut secara bersungguh-sungguh)sunnah Rasulullah s.a.w,insyaAllah akhlak mulia akan terbina.Usaha dan berdoalah pada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang ada dalam hati kita sekalipun yang terlintas si hati dan fikiran kita.

 Indahnya Akhlak Rasulullah
Allahummasollia'la Muhammad
  Manusia yang mempunyai akhlak yang paling mulia sudah tentu kekasih Allah,jua kekasih kita,Muhammad Rasulullah.Bayangkan,bagaimana Abdullah bin Salam seorang sahabat Rasulullah berketurunan Yahudi tertarik untuk memeluk agama Islam hanya dengan melihat bagaimana baginda naik dan turun daripada untanya.Subahanallah.Bayangkan juga bagaimana seringkali orang asing yang bertemu dengan baginda untuk pertama kalinya akan berkata “Aku tidak dapat melihat tanda-tanda pendustaan pada wajahnya”.Dan bagaimana sahabat2 baginda sentiasa berkata “Kami tidak melihat wajah Rasulullah kecuali dalam keadaan tersenyum..” Itulah dia akhlak Rasulullah,akhlaknya ialah al-Quran.Nasihat Rasulullah berkesan kerana tindakannya selaras dengan kata-katanya.Akhlak itu menawan hati,kebijaksanaan itu menawan akal.Sehinggakan musuh Islam,musuh baginda sendiri,mengakui keindahan akhlak Rasulullah.Indahnya akhlak Rasulullah.Tanamkan dalam diri kita rasa ingin mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad.
Untuk mengamalkan isi Al-Quran,amalkan isinya dahulu.Begitulah Rasulullah yang menjadikan dirinya “al-Quran hidup”untuk menghidupkan al-Quran dalam jiwa dan kehidupan manusia.

In order to deliver the message,be the message!

Berakhlak mulia,idaman kita!

Rujukan: Solusi  isu no 48   
Ustaz Syed Mohd Norhisyam & Pahrol Mohd Juoi


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Thursday 4 October 2012

Hari ini secara rasminya...

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Hari ini secara rasminya,bersaksikan Bks 2.1 Fsu,satu kelas dah tahu bahawa saya bukan lagi pelajar Fakulti Sains dan Teknologi.Semuanya berlaku secara kebetulan tanpa dirancang.

Hari ini merupakan hari pertama kelas kami bersama Ustazah muda lagi comel,Ustazah Farhain.Ustazah minta pandangan kami semua berkenaan pertukaran waktu kelas disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.Apabila ada yang mencadangkan kelas diadakan pada waktu dan hari tertentu,*oppss… clash with my new tutorial timetable! Kawan-kawan pun bagitahu ustazah yang waktu di cadangkan tadi tidak sesuai berikutan betindan dengan jadual saya.Ada yang tercengang. “Eh..mana ada kelas masa tu”.Dan saat itu,terbongkarlah sudah bahawa saya sebenarnya telah membuat pertukaran kos dan permohonan itu diluluskan lebih kurang 2 minggu yang lepas.Ada kawan macam terasa sebab mereka tidak dimaklumkan terlebih awal.Memang rasa bersalah yang teramat tapi saya memang tiada kekuatan untuk memberitahu.Ya..Saya sangat sayang dengan kawan-kawan saya dan paling penting,saya sangat sangat sayang dengan untuk meninggalkan dunia sains..Sayang sangat..
Dan secara rasminya saya umumkan di group BSC3 berkenaan ini.

Assalamualaikum..
mmandangkan semua yg hadir kelas td dah tau,so nk umum secara rasmi kat sini..Ak bkn lg student fst.maaf sbb xbagitau korang sume. Sebenarnya 2 minggu lps lg dapat surat pertukaran kos,diluluskan ke fpbu..*Tapi jangan aim ak pandai arab.Ak mmg down arab ni..sbb tu nak belajar..n bkn x nak bgtau korang pasal ni..cuma xsanggup sbb korang sangat happening dan terbaik! he2..anyway,tutorial bahasa still dgn BSC3..Berat hati nak tinggalkan dunia sains sebenarnya tp mungkin ni yg terbaik untuk ak… Sekali lagi mintak maaf sbb lambat bgtau korang sume..
Do pray for me for the best!
  Asifi...(praktis ckp arab.hehe)

Feedback dari kawan-kawan membuatkan hati terasa lebih berat untuk meninggalkan mereka.Dengan kata-kata semangat serta usikan dan gurauan mereka..Mereka sangat baik.Ya..Saya menyenangi mereka.

Apa-apa pun,ini pilihan saya.InsyaAllah pilihan terbaik.Saya akan berusaha menjadi yang terbaik!
*Do pray for me wahai sahabat-sahabatku.
Selamat Berjaya juga kepada semua.Student Medic,dentist,sc tech,syariah,kepimpinan pengurusan,Arabic n communication,quran sunnah,Ekonomi n muamalat..Senang-senang,semua yang bergelar "Tholibul ilm"......All the best! 


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Tuesday 2 October 2012

English time with sporting madam

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Daily Diary
As usual,always having a great day,enjoy time with BSC3 tutorial members during English Tutorial.Madam Haimi terbaikkk!!Sangat seronok apabila kelas Bahasa Inggeris apatah lagi dengan kehadiran Madam Haimi yang sangat sporting,lawak dan kadang-kadang memberi pengisian layaknya seorang ustazah.That quality I respect most!

Untuk kelas tuto tadi,kena banyak speaking..nama pun kelas bahasa,kan?so,aktiviti pertama berkenaan childhood experience.Discuss with small group .Then kami satu tuto kena buat bulatan besar.Madam Haimi pun join bulatan tu.On that time,kami kena ceritakan pasal childhood kawan kami.Dan saya macam biasa,duduk diam-diam je sambil gelak sopan apabila member kelas buat lawak.Memang tak bagi jawapan sangat la sebab ni madam tanya secara umum,dan saya memilih untuk mendengar celoteh rakan-rakan BSC3 yang bermacam-macam sekalian..

Untuk part kedua,kami diberi soalan secara spontan.Macam cabutan bertuah.Dan pemilik langkahkudibumi.blogspot dapat soalan ni:
 ~I want to go to vacation.Where should i go?~
and conversations starting..
“I wanna go to Maccah”
“Maccah is not vacation spot”
And I remember back where I want to go?All the things I think is Maccah as I wanna go there with the whole family as soon as possible.*InsyaAllah
“Madam,I got confuse.Between Korea and Japan”
“Oh..korea..korea..”the voice come from Bal or Hafizi I think. **I know what they mean.Actually I am not Korean lover like other girls do.
“I don’t remember where is Tulip’s Farm”
“Korea I think”Wardah replied
“So you want to go there to see Tulip’s Farm?”
“Sure..”konfiden je jawab.
Dan semua orang mcm “Ooooo…”sambil mengangguk-angguk macam tak sangka kut.Sebenarnya Tulip's Farm tu kat Holland..hehe..Tak ingat~
Aktiviti ke tiga,ada banyak soalan secara umum Cuma soalan last,madam tanya setiap orang.

~If you make a lot of money.What you want to do?~
“Travel around the world”that’s my answer.I really want to travel around the world to see the culture,the way of life and foremost,I want to see Allah’s creations..I love nature so much.

*okay..dah berangan jauh dah ni…

P/s : kuliah dan tutorial dengan fakulti baru dah bermula.Tapi tutorial still bersama Fst.Alhamdulillah…Semoga Allahpermudahkan..


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Tuesday 25 September 2012

Kehangatan Pilihan Raya Kampus (usim)

Kehangatan Piihan Raya Kampus(PRK) memang dirasakan di kalangan warga kampus amnya.Juga tidak ketinggalan suasana ini turut dirasakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Usim.
 
Alhamdulillah pilihan raya berlangsung dengan jayanya tanpa ada kekecohan yang menggugat kesejahteraan Usim.Walaupun ada sedikit cerita yang tidak sedap didengar seperti panyokong pihak lawan menurunkan atau bahasa kasarnya mencabut poster calon MPP,namun,kesejahteraan Usim masih terjamin.*ecehh.*..
Pilihan Raya Kampus (PRK) di usim berlangsung pada 25 september 2012 bermula pada pukul 9.oo pagi sehingga pukul 5.oo petang.Semuanya adalah online.Usim Terus maju~.*Saya pun turut mengundi*.Calon pilihan saya semestinya saudara Razif Fuad dan kak Nadrahtul Huda.Sifat kepimpinan memang terserlah pada diri mereka meskipun baru sahaja mengenali latar belakang dan pertemuan singkat bersama mereka..
Dan Alhamdulillah serta Tahniah kepada Saudara Razif Fuad dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan memenangi undi paling tinggi. Razif mengatasi 10 calon umum yang lain dengan mendapat undian sebanyak 6214 undi.Beliau disusuli oleh calon umum dari Fakulti Sains dan Teknologi, Nadrahtul Huda Misral yang beroleh 6019 undi. Calon-calon lain iaitu Nazmin Yusoff (FST) sebanyak 5748 undi; Adam Fariz dari FKP sebanyak 5672 undi; Mohd Shukri dari FEM sebanyak 5360 undi; Suhaimi dari FPBU - 4869 undi; Sawari dari FPQS sebanyak 4725 undi dan Safwan Hamdy dari FST sebanyak 4294 undi…Memang sangat sengit
Dari kiri : RAzif fuad,nadrahtul huda,Nazimin,Adam fariz,shukri,Suhaimi,Sawari,Safwan Hamdy
Saudara RAzif Fuad(baju belang) setelah diumumkan sebagai pemenang.Saya yakin dia dapat meminpin dengan baik.InsyaAllah..
Untuk Keputusan bagi setiap fakulti,sahabat-sahabat bolehlah rujuk pada link ini http://usimkini.blogspot.com/2012/09/keputusan-prk-razif-fuad-menang-undi.html?spref=fb
Untuk pengetahuan semua,saudara Razif Fuad sebenarnya telah di cadangkan oleh mantan YDP USIM iaitu saudara Ibrahim Hussin b. Ibrahim.Manakala saudari Nadrahtul Huda pula dicadangkan juga oleh timbalan JPPP Usim iaitu kak MAisarah Rafie.
 “CHANGE!Shift  Our Paradigm”-Razif Fuad
“Akademik menjadi Keutamaan,Kebajikan bukan sampingan”-Nadrahtul Huda
“Integrasi ilmu naqli dan aqli”-Muhammad Nazimin
Tahniah kepada barisan pimpinan baru Usim 2012/2013.Semoga kalian dapat menjalankan amanah dengan jayanya.Selamat Berjuang!!
Saya akhiri entri kali ini dengan gambar sepanjang Hari mengundi bagi PRK hari ini..


 

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~