Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Saturday 16 June 2012

Tody dah ada kawan~




    بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..


Kali ni,meh nak kenalkan Tody..eh,bukan nama orang ataupun nama katak.Tody ni nama seekor kura-kura kecil yang comel.Tody ni betina bukan jantan.jangan salah faham dengan namanya yang seakan-akan jantan.
Sebenarnya dah lebih kurang 2 bulan Tody di bawah jagaan penulis blog ni.Sebenarnya,tak pernah terlintas pun nak jadikan kura-kura sebagai binatang peliharaan.Kalau kucing tu ada la jugak terlintas,kan?okay,sebenarnya abah yang belikan Tody ni untuk adik lelaki sebab dia nak.Tapi,kebetulan lebih kurang seminggu lepas tu,saya cuti.Tamhidi dah habis!Bila balik,tgk Tody kurang terjaga.Mula-mula,okay,nak try jaga Tody la.Oh ya,nama Tody diberi kerana mula-mula nampak Tody,dia sangat suka tidur.Jadi,tido=Tody.
Bila lama-lama jaga Tody,macam best pulak.So,aktiviti menjaga Tody,bersih membersih dan memberi makan dah jadi rutin.Lama-lama,Nampak kasihan apabila tengok Tody sorang-sorang.Then,minta abah belikan lagi satu.Khamis lepas,abah beli sepasang lagi kura-kura.wah,syoknya!Tody dah ada kawan la..tengok si kecil dua ekor tu.sweet je..

Kediaman Tody dah berubah.Lagi besar,lagi cantik.Cantik ke?Boleh la…
Kura-kura yang baru tu tak ada nama lagi..tak tahu nak bagi nama apa.Biarkan dulu..
Bila letak tiga ekor tu dalam bekas yang sama,barulah sedar,Tody dah besar rupanya.Tak perasan pulak..Tody dah besar…Jangan nak buli adik-adik pulak..jangan berebut makanan pulak..~

Tadi jenguk Tody and the geng.Semua dah tidur.Okay lah.Cukuplah semalam kami adik beradik ganggu ketenteraman mereka.Malam ni,biarkan Tody and the geng tidur~

p/s : buat baiklah kepada apa pun.termasuklah binatang.Mereka juga makhluk Allah.

Semoga Allah sayang dan redha dengan kita!

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

2 comments: