Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Sunday 28 July 2013

Didik nafsumu



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,pernah tak wujud rasa malas dalam diri kita?Atau pernah tak kita lalai sehingga melakukan dosa?Atau pernah tak kita sengaja membiarkan diri kita hanyut dalam dosa kecil yang boleh dikatakan telah menjadi tabiat kita?

Kalau di bulan-bulan biasa,kita mudah sahaja memberi alasan bahawa semua itu adalah kerana hasutan dan godaan syaitan yang membuatkan kita terjatuh tergolek ke dalam lembah dosa.

Lalu di bulan Ramadhan ini,pihak manakah yang hendak disalahkan?Kepada siapakah kita hendak menuding jari apabila kita tetap melakukan dosa?

Padahal kita semua sedia maklum bahawa segala jenis syaitan yang bermaharajalela di bumi selama ini,‘diikat’ dan ‘dipenjara’ oleh Allah sepanjang bulan Ramadhan.

Jadi wajarkah kita menggunakan  alasan ‘syaitan’ sebagai penyebab kita melakukan dosa?
Wajarkah kita mengatakan syaitan yang membuatkan kita menipu dan berdusta?
Wajarkah syaitan disalahkan apabila kita solat lewat di hujung waktu?
Wajarkah kita salahkan syaitan apabila kita tetap mengumpat  saudara kita sendiri?
Wajarkah kita salahkan syaitan apabila kita tidak endah dengan masalah orang Islam yang lain?

Jadi,kenapa kita tetap membuat dosa meskipun tidak wujud lagi syaitan2 yang selama ini bekerja keras menghasut kita??

Maka,tepuk dada,tanya iman.

Itu semua kerana nafsu kita.Diri kita!


Tidak salah rasanya jika saya mengatakan semuanya kerana kelemahan diri kita sendiri dalam mengawal nafsu.

Nafsu kita tidak diikat dan dipenjara seperti syaitan-syaitan.Kerana nafsu itu ada dalam diri kita.Maka kita sebagai jasad yang bertanggungjawab ke atas nafsu diri kita itu,haruslah ‘didik’ si nafsu ini.

Nafsu semestinya membawa kita kepada benda-benda yang asyik dan seronok sahaja.Tapi itu nafsu yang belum terdidik.

Maka bagaimana cara mendidik nafsu?

Salah satunya adalah dengan ‘melawan’ nafsu yang membawa kepada perkara-pekara yang lagha lagi menyimpang dari kebaikan.

Contoh..Apabila kita rasa hendak marah.Maka jangan kita terus melulu marah.Tunggu!Didik diri kita!Didik nafsu kita!Lawan!Bertenang dan cuba duduk.Tarik nafas panjang-panjang.Istighfar banyak-banyak.Cuba ambil wudhuk atau minum air kosong.Fikirlah bahawa apabila kita marah,tiada masalah yang akan selesai.Mlaah akan membebankan fikiran dan emosi kita.

Juga lawanlah nafsu malas kita kerana saya percaya kita biasanya malas untuk melakukan perkara-perkara yang baik.Malas mengaji,malas solat sunat,malas tolong orang,malas itu,malas ini.Kalau tidur atau berfacebooking,rajin pulak kan? *muhasabah balik* Tak salah me’release’ tension sebentar tapi jangan sampai perkara lain terabai.

Begitu juga dengan mengumpat.Kadang-kadang tanpa sedar kita seronok bercerita tentang orang lain.Dia itulah..Dia inilah..Ye,seronok.Kita bercerita dan bergelak ketawa atas kekurangan dan keaiban orang lain.Tapi impaknya atas kita.Saya rasakan antum semua sedia maklum apakah ‘makanan’ orang-orang yang suka mengumpat sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Hujurat.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. 

Cuba kita didik nafsu dan diri kita.Nasihatilah atau ingatkanlah mereka tentang dosa mengumpat atau hindarilah diri antum daripada mereka-mereka yang menjebak antum ke dalam dunia ‘ketupat manusia’. Terapkan dalam jiwa kita,apabila kita tersedar daripada melakukan dosa,katakan pada diri, ‘INNI AKHOFULLAH’(sesungguhnya aku takutkan Allah).

Sentiasalah didik diri kita bahawa setiap apa yang kita lakukan,Allah sentiasa melihat dan mengawasi tindak tanduk kita.Malaikat Atid dan Rokib pula setiasa bersedia menulis catatan amalan kita.Tidak malukah kita?Tidak takutkah kita?

Maka,jom kita sama-sama improve diri! Lawan dan didiklah nafsu yang membawa kepada kemungkaran Allah.Sesekali kita terlajak dan tersasar,maka kembalilah kepada Allah.Muhasabah dan bermujahadahlah kita dalam mendidik nafsu kita.

Apatah lagi di bulan Ramadhan,bulan yang padanya diturunkan Al-Quran.Waktu tiada syaitan inilah kita sebenarnya lebih kuat untuk mendidik nafsu kita.Dan Allah sentiasa menunggu kita memberi ruang dan masa untuk ber’dating’ dengannya dalam sujud taubat kepada Nya.

Maka,ambillah peluang bulan ini untuk kita mendekatinya.Pesanan untuk diri saya yang lemah dan terleka ini juga.Semoga kita berjaya meraih cinta Allah,cinta hakiki dan juga semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa.

Ya Allah,bantulah kami menjadi hamba-Mu yang taat dan patuh kepada Mu.

Ya Allah,kami mengharapkan cintaMu.Sampaikan salam kami kepada kekasihMu,Allahummasolli a’la sayidina Muhammad.

*maaf atas artikel yang panjang* :)



sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~