Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Thursday 14 March 2013

Hati Kosong


Buka buku nak study tapi apa yang dibaca langsung tak dapat  diserap oleh otak.

Buka novel,tapi langsung tiada penghayatan.

Tidur?Bila bangun tak ada rasa segar malah makin penat.

Buka Quran pun tanpa perasaan.Apatah lagi nak memahami dan menghafaznya.

Ye.Kosong.Kosong.Kosong.

Semua benda jadi tak kena.

Bila hati kosong,itu bermakna ada sesuatu yang kurang.Apa yang kurang?Tiada siapa ada jawapan yang tepat untuk soalan itu melainkan empunya diri yang merasa kosong itu.

Saya yakin sebahagian daripada kita pernah mengalami hati kosong,jiwa kosong dan seumpamanya.Bukan mati,Cuma kosong tak terisi malah bagaikan bocor hati tu.

Masa berlalu pun dengan sia-sia jika dilanda sindrom hati kosong ni.Apa sebabnya hadir perasaan ‘hati kosong’ ni sebenarnya?

Semua ada pendapat masing-masing.Pada saya pula,perasaan ini hadir disebabkan kita telah lama tidak mengisinya dengan tarbiyah dan peringatan.Sudah kering kerana telah lama tidak siram dengan air mata taubat.Sudah keras disebabkan terlalu tebal dengan debu dosa.
Hati kosong sangat bahaya kalau tidak cepat diubati dengan penawar  yang betul.Bimbang kalau daripada hati kosong,jadi hati mati pula.Nauzubillah. Nangis.ya..Aku berhati kosong sekarang. Hati kosong sebab dah lama tidak berdating secara khusuk dengan Allah barangkali..Nangis lagi.

Jom seru,ajak dan paksa hati kita untuk bergerak membersihkan hati.Tunduk sujud dengan hati khusyuk.Sujud taubat dengan linangan air mata di hadapan Allah.Kalau tak terkesan atau tidak mampu menitiskan air mata,maka,paksalah agar hati kita menangis kerana gusar ia mati.

Jika tidak mampu menangis kerana dosa-dosa lalu,maka menangislah kerana ketidakmampuan itu.

“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah at-Taubah 9:82)

Allah..

Semoga hati kita yang terasa kosong ini diisi dengan ubat yang sesuai dan betul.Semoga ia setiasa segar dengan cinta kepada Allah.

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~