Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Tuesday 4 December 2012

Kembara Bumi Melaka

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..


Kaifahalukum?
Harap semua sahabat sentiasa sihat sejahtera di bawah ramat Allah.

Straight to the point..maaf sebab tajuk agak hiperbola* 
Pengalaman dan kenangan saya dan sahabat ke Melaka dengan misi menyempurnakan tugasan arab kami di bawah tajuk “Siahah” yang bermasud pelancongan.[sekian..penuh skema pendahuluan dan cerita kali ini sangat panjang lebar dan luasnya.Boleh sediakan biskut dengan coklat panas untuk mengelakkan lena]

2 disember 2012 saya dan 10 orang kawan bertolak ke Melaka sekitar jam 9 pagi.Pada awalnya kami rancang bertolak jam 8 pagi tapi biasalah..janji Melayu.haha.Kami pergi dengan 2 buah kereta.3 lelaki dan 2 perempuan menaiki kereta Kancil manakala 6 perempuan selebihnya termasuk saya menaiki kereta Wira.Dan pemandunya adalah saya dan Syafiqah.[both of us very brave enough I think.eh]Pada awalnya keyakinan untuk memandu sangat nipis disebabkan sudah lama tidak memegang stereng dengan penuh bergaya malahan sebelum ni,di Terengganu sendiri boleh di bilang dengan jari je berapa kali saya jadi pemandu.Itupun sekadar memandu untuk ambil adik-adik dari sekolah dan sekolah tu memang tak sampai 15 minit dari rumah.Sebelum bertolak,isi minyak sampai penuh..

Dari Usim,Negeri Sembilan,Syafiqah be the first driver sampai ke Melaka.Perjalanan yang agak jauh dan mencabar bagi kami yang tidak pro dalam memandu ni.Sepanjang perjalanan kami,kereta memang riuh dengan gelak tawa dan cerita yang bermacam-macam.Penglipur lara kami tentulah Miza,si pemilik Wira(kakak Miza punya Wira).hehe.
Lebih kurang jam 9.30 pagi kami semua sampai ke A Famosa.Okay..ikut kereta kancil Adli masuk parking berbayar.*Saya memang jadi tukang betulkan kereta masuk parking.sekian*Then,sampai sana,bergambar dengan si  gajah lapar.Kenapa kami panggil “gajah lapar”?? Sebabnya kami beli pisang dan tebu untuk bagi gajah comel tu makan tapi lepas habis keenam-enam pisang dan 5 tebu dia makan,dia punya belalai tu masih lagi tercari-cari makanan sampai tangan kami sekali dia nak sambar.oh.sungguh lapar gajah tu.kesian..kesian..
*taken by me*
Rancangan awal nak masuk kat bahagian “Safari” but the fee almost rm50!oh no..Terpaksa batalkan.Kalau harga cantik macam tu kena pergi ngan family la nampak gayanya.hee..[abah…jom kita pergi sana tahun depan!!hehe]
Destinasi ke dua,Bandar hilir.Saya jadi pemandu.Waktu puncak masuk bandar!Agak-agak la macam mana dia punya kesesakan jalan tu kan..

Nak dijadikan cerita,kereta Wira kami terpisah dengan kereta Kancil Adli masa kat Trafic Light.Dengan traffic jam dan tak tahu jalan,kami memang bergantung dengan signboard.
[“Relax..Relax Syazana.Kita follow signboard je”]-Cik Miza kita..
[“Lepas ni belok kanan..Lepas tu straight je”]-Nurul kiut  pula bagi arahan.
Mereka sangat membantu.(^_^)
Banyak kali kami salah jalan.Dah la Melaka ni memang famous Amos dengan jalan sehalanya.haha.Kat situ jalan sehala.Kat sini jalan sehala.memang jalan sehala je la situ sini.

At last,sampai juga walau teragak-agak  dengan belok kanan kirinya.Ikut sesedap rasa je.Masuk parking berbayar lagi tepi Mahkota Parade.Okay…admit..first time masuk parking bawah tanah.Then masuk Mahkota Parade kejap sementara tunggu diorang cari parking.Kami dapat parking yang lagi dekat dengan Menara Taming Sari dan kami yang sampai dulu.Hehe.Wira menang!Kancil naib Johan..Lepas semua dah ada,kami ber’sebelas’ jalan kaki ke Menara Taming Sari.Tengahhari.Sangat ‘sejuk’ suasananya.Tak adalah ‘panas’ sangat sinaran matahari tengahari kan? =.=’
Huzzi,our groupmate (foreigner frm Nigeria)tak nak naik Menara Taming Sari sebab tak sihat.*Syafakallah..
Pemandangan sangat cantik dari atas Menara tu.Seriusly.Luas..[Abah..nanti kita pergi Menara Taming Sari ye..hehe]
top view.Subahanallah
Lepas posing,kami jalan kaki ke Kapal Hang Tuah.Betul ke nama tu?*agaknya lah.Lupa..
Masuk dalam tu tangkap gambar lagi.Imbau kembali sejarah Melaka bila masuk dalam tu.Dah lama tak menghadap subjek Sejarah kan?Dah berkarat dah sejarah dalam otak..eh.
*first time masuk gmbr camni dalam blog*
Lepas tu,lunch and having a window shopping.Solat dekat Mahkota Parade and masuk Popular kejap.Banyaknya buku-buku best tapi kena bajet duit..huhu.Last,tak beli pun buku.Tak apa.Nanti kita beli,ye.*pujuk diri.Then lebih kurang pukul 5 lebih,Hafiz,the photographer ajak bertolak balik.Miza pulak mengidam nak makan durian 1 kg rm1 kat A Famosa.Bincang punya bincang okay..kita pergi semula ke A Famosa makan durian!!Kancil dan Wira bertolak berasingan disebabkan parking kat tempat yang berbeza.

Syafiqah be the driver on that time. Kereta bergesel dengan kereta lain.Really nervous.*Pengalaman*. Jumpa dengan uncle baik hati tolong kami sewaktu masuk parking disebabkan payment expired beberapa minit...Saya dan Syifa berlari ala-ala remaja Ribena ke tempat Autopay yang agak jauh.*spoil….menjelang maghrib..hujan renyai-renyai.Brake pulak buat hal so tak jadi pergi makan durian.Masing-masing risau.Doa dan doa..

[Syazana,ko drive nanti.aku tak yakin..]syafiqah said and okay I’ll try.Sebenarnya dalam hati seriously nervous.Just imagine tak pernah bawa kereta malam(sebenarnya drive siang pun berapa kali je) dan tak pernah pandu kereta selain Myvi dan Kancil..Tup..Tup…kena bawa Wira malam-malam dengan hujannya dan jalan yang sesak.*peluh ketakutan.haha*..[syazana,challenge yourself!!]my heart said.
Pergi isi minyak.Pak cik minyak baik hati tolong baiki brake dan bagi tips-tips berguna pada kami.Terima Kasih pak cik!Alhamdulillah Allah pertemukan dengan insan-insan yang baik sepanjang perjalanan.
Okay..dengan penuh berhati-hati,I’m start driving.Sepanjang perjalan,memang tak henti baca doa yang kak ngah pesan.{Bismillahittammatimin syarrima holaq ;mohon jauh dari sebarang keburukan}

Memang tak pandang kiri kanan sepanjang drive.*agak berbahaya perlakuanku*haha..
Nurul kiut-sebagai mata untuk tengok sisi kiri kereta.
Miza si Datin gojes-sebagai mata untuk sisi kiri belakang
Husna air Asia-letih keletihan…
Syifa comel-mata depan tuk tolong saya yang silau..huhu..saya kena buat spek kata syifa.Baiklah! [xpe Syazana.Kitorang ada.Kitorang Nampak kereta kiri kanan].hilang nervous sikit dengan mata-mata yang bekerja.
Syafiqah si kecoh*ceria-mata untuk sisi kanan kereta.
Semua mata-mata bekerja untuk saya.Ya!Terima kasih korang semua.Tanpa korang tak tahulah macam mana pemanduan malam tu.Syukran jaziilan..

Janji jumpa kat perhentian Pedas Linggi.Sampai sana tengok Adli,Hafiz,Huzzi,Afifah dan Aimi tengah tunggu kat pondok.Kesian tunggu kitorang lama..Sekali lagi diorang kena tunggu kami semua solat.*Jangan cuba-cuba nak tinggal.Kereta Wira tak berapa sihat.*
Lepas siap solat,sempat lagi shopping kat Petronas.Oreo satu!

Bila pergi balik kat pondok,Adli dah terbaring.Huzzi,Aimi dan Afifah termenung fikir masa depan.Hafiz pula entah tulis apa.*Posing lagi dengan DSLR..

Bertolak balik.Wira kat depan.Kancil kat belakang.Masa ni,Miza gojes buka lagu nasyid..Kami Berkaraoke dalam kereta sepuas hati.Si Pemandu ni pun turut serta.Hehe..Lepas tol Nilai,Kancil kat depan,Wira kat belakang.Kancil singgah Akasia,Wira speed ke kk1 Usim.Wira sampai dulu!Wira johan lagi!Ho yeah! Kancil jangan marah..Jangan ajak berlumba pulak lepas ni sebab memang confirm kami yang ‘pro’ ni akan ‘menang’..hehe..10.40 malam sampai kk1.Lega.Alhamdulillah.

Even masih tak pro and still need more practice(banyak kali kena hon oleh kete2 lain)but,at least I had already challenged myself for the things that I’ve never do before…
Kenangan bersama budak sains comp(ISA) will never I forget.Next Sem,we will not longer be together.And let this memories lasting forever.I wish.

Terima kasih untuk kenangan ini..Semoga sentiasa dalam Redha Allah.

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~