Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Friday 15 February 2013

Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah.syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat yang kita nikmati daripada waktu kita celik mata pagi tadi sampai sekarang.

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang dapat keputusan semester 1 yang hebat-hebat,yang dekan dan yang 3 pointer ke atas pun,anda semua hebat.*Tahniah juga atas keputusan peperiksaan sem 1 kepada diri saya.Alhamdulillah.Syukur seadanya.* Yang dapat 2 pointer ke atas pun,anda juga hebat Cuma perlu gandakan usaha lagi.Kepada yang kurang bernasib baik pula,anggaplah Allah sedang mengujimu.Bak kata orang,’kegagalan adalah kejayaan yang ditunda’.

Ada betul juga kan?Mana ada orang yang Berjaya tak pernah gagal.Ada ke?tak ada kan?Nak contoh?(tak payah pura-pura tanya la.Kau kan suka sangat bagi contoh-contoh bagai ni,kan kan?errr…..)err..okay..contohnya..

Alexander Graham Bell,penemu telefon.Sebenarnya Phillips Reis yang memulakan penemuan telefon ini.Namun ada sikit ketidaksempurnaan pada telefon tu menyebabkan dia menghentikan dan tidak menyambung untuk menyempurnakan telefon tu.Dia putus asa..Apa yang jadi seterusnya??Alexander Graham Bell hanya memindahkan sebuah “skrup” Yang menukar nada menjadi suara.Maka terukirlah dibintang nama Alexander Graham Bell dalam sejarah penemuan telefon.See??Kalaulah Reis berusaha sikit lagi untuk sempurnakan projek dia tu,pasti nama dia yang disebut-sebut. *Ambil pengajaran ya..

Bosannya..asyik-asyik bagi contoh orang putih je..
Err..Sabar..

yang special biasanya kita letak tengah-tengah sikit ceritanya.Macam Sultan.Kalau naik kereta.Kereta sultan bergerak di tengah.Yang depan mestilah motosikal polis.Kemudian baru kereta sultan.Belakang kereta sultan pulak,motosikal polis lagi.Ada faham?

Ni kisah Kekasih kita.Hero kita.Idola kita..

Ingat lagi tak seorang lelaki yang sanggup bersusah payah.Sanggup bersakitan demi menyampaikan kebenaran.Perjuangan dia tak pernah lumpuh walau tiada siapa pun yang percaya.Kegagalan dia dalam menarik manusia kea rah kebenaran tak pernah membuatkan dia putus asa.Siapa tu yang hebat sangat tu?Hmm..Dia kekasih saya.Be fair~Dia kekasih kita semua.Dialah Nabi Muhammad s.a.w.
Selama 23 tahun Rasulullah berjuang dengan penuh bersungguh-sungguh dalam meninggikan kalimat-kalimat Allah untuk diterapkan di atas muka bumi ini. Hasilnya, Rasulullah berjaya membina dan membentuk masyarkat Islam, mendirikan sebuah Daulah (Negara) Islam serta dapat menyatukan umat manusia yang sebelum ini berpecah-belah dalam rangka asabiyah menuju kepada bersatu di bawah aqidah dan panji Islam.

Kejayaan Rasulullah tersebut adalah merupakan suatu kenyataan.Bukan sekali dua baginda bercakap terus Berjaya menawan hati-hati orang kafir agar memeluk Islam.tidak.Berpuluh-puluh tahun berdakwah dan berdakwah tanpa kenal erti putus asa.And see what?Antara kejayaan terbesar baginda adalah kita sekarang.Kita dapat nikmati nikmat terbesar.Islam dan Iman.Subahanallah.Alhamdulillah.Baginda Berjaya!

Sebenarnya terlalu ramai lagi tokoh-tokoh yang boleh dikatkan dengan kejayaan selepas kegagalan.Rajin-rajinlah membaca ya.
Ingat,kalau jatuh,terus bangkit.Kalau gagal,cepat-cepat usaha.Semoga Allah permudahkan.
in Sya Allah.Untuk segala benda yang berlaku,jangan lupa zahirkan kesyukuran.Sebutkan Alhamdulillah.Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

*YDP usim,Razif Fuad dah bergelar penulis buku bertajuk “Tips Muslim Bertakwa” keluaran MUST READ SDN.BHD.Tahniah akhi..Erm…saya pun teringin sebenarnya nak jadi penulis.One fine day In Sya Allah..Do pray for me,ya? May Allah ease (^_^)


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~