Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Saturday 28 July 2012

Kumpul Pahala Dengan Mudah!


بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Sempena bulan Ramadhan ini,rasa macam sia-sia pulak kalau kita semua tidak gandakan kebaikan dan amal ibadah,kan?
“Tapi bulan-bulan puasa ni tak larat la” kata si A.
“Tak perlu gandakan amalan.Kita buat yang wajib ni pun,dah banyak dah pahala yang diganda”kata si B.
“Kalau petang-petang best jugak kalau tidur ni!” kata si C.
Err..Tidak rasa rugikah kalian?Allah telah menjanjikan pahala yang berganda untuk amal ibadah dan kebaikan yang dilakukan di bulan Ramadhan ni,dan kita lepaskan begitu sahaja?Dengan alasan-alasan tidak matang seperti itu?Bukankah bulan ini hanya sekali dalam setahun?
Susah nak buat amal ibadah atau kebaikan banyak-banyak?Sebenarnya mudah je.Jangan sempitkan ibadah itu hanya pada solat semata-mata.Jadi macam mana nak kumpul pahala dengan mudah?Jom baca point kat bawah ni.(Yang wajib tu,tidak perlulah saya sebut,ye)
1.Solat sunat – Solat sunat Terawih,Taubat, hajat,dhuha,witir ,sebelum dan selepas solat fadhu(bukan semua waktu tau!ambil perhatian,ye) dan banyak lagi..haa..pilih-pilih.
2.Tolong-menolong :tolong ibu sediakan juadah bersahur dan berbuka.tolong ajar adik siapkan kerja sekolah.tolong jaga adik.tolong ambilkan barang.Tolong hantar adik ke sekolah atau kelas mengaji.Tolong ajar adik mengaji.
 3.Baca Al-Quran :seelok-eloknya khatamkan.kalau tak mampu,baca sahaja surah-surah biasa,surah pendek pun tidak mengapa.Kalau kita faham,lagi best,kan?Jadi,bacalah terjemahannya sekali.
4.Zikir dan Selawat : Bertakbir [ALLAHUAKBAR],Bertahmid [ALHAMDULILLAH],Bertasbih [SUBAHANALLAH],Bertahlil [LAILAHAILLALLAH]..daripada duduk termenung,lebih baik kita berzikir,kan?mudah je.Tidak perlu mengeluarkan wang pun.                                                                       
 *Tanpa disedari anda semua telah berzikir apabila membaca perkataan-perkataan di atas.Tahniah!Moga pahala berganda milik anda!
5.Menonton TV atau mendengar Radio : tontonlah rancangan-rancangan ilmiah seperti Tanyalah Ustaz,Al-Kuliyyah atau di Tv Al-Hijrah banyak sangat rancangan-rancangan yang baik-baik.Tapi tidak menjadi kesalahan seandainya ingin menonton drama atau movie.Ingat,harus pandai pilih program Tv agar tidak lalai.
6.Termenung :Bukan bermaksud termenung kosong,ye!Termenung sambil merenung kebesaran Illahi.Termenung dalam memuhasabah diri sendiri.
7.Sedekah harta:jom dermakan sikit duit kita kepada orang-orang miskin di luar sana.Atau pada tabung-tabung masjid.Besar pahala tau.Cuba bayangkan kalau pihak masjid gunakan duit kita yang hanya Rm 1 untuk mencukupkan harga sebidang karpet masjid.Lepas tu,makmum masjid gunakan karpet tersebut untuk bersolat.InsyaAllah,mengalir pahala kepada kita selama mereka menggunakan untuk kebaikan.Tapi,ikhlaskan hati ye.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 262
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
 
8.Bercakap :Bukan bercakap soal artis atau mengenai keburukan orang lain.Berkatalah dengan perkataan yang benar.Berkatalah perkara-perkara yang baik.Berkatalah perkara-perkara yang apabila orang mendengarnya,iman seseorang itu akan bertambah.Berkatalah untuk membahagiakan orang disekeliling.

9.Berfacebook atau berblog :Sebarkan tazkirah dan dakwah dengan meng ‘update’ status tazkirah atau unsur-unsur dakwah atau apa sahaja kebaikan.Untungnya kita di era globalisasi sekarang ini,semuanya di hujung jari sahaja.Nak sebar kebaikan pun di hujung jari.

Setakat ini sahaja setakat ini.Banyak lagi sebenarnya.Asalkan namanya kebaikan,sama-samalah kita berlumba-lumba mengerjakannya.Jangan mengeluh takut kurang pahala puasa tu.Jangan bagi alasan-alasan yang kurang matang seperti di awal entri ini.Malulah kita pada Rasulullah dan para sahabat yang berjuang dalam Perang Badar,melawan musuh yang jauh lebih ramai di bulan puasa namun tetap beroleh kemenangan.Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk bermalas-malasan.*pesanan untuk diri sendiri juga.
# Jangan lupa senyum.Senyum pun sedekah tau.jangan over senyum sudah.


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Tuesday 17 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem..

بسم الله الرحمن الرحيم


 Assalamualaikum..

Ramadhan kali ni,jom tingkatkan ibadat!

 InsyaAllah kita bakal menyambut ketibaan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan.Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi kita akan berpuasa!Rasa macam baru je berlalu Ramadhan tahun lepas.Lajunya waktu berlalu.

Jadi,dah bersediakah kita untuk memasuki Akademi Ramadhan tahun ini?Sudah cukup persiapankah?Atau sudah ingat-ingat lupa apa amalan sunat yang elok untuk dilakukan di bulan Ramadhan?Atau terlupa apa pengertian berpuasa di bulan barakah ini?Nah.jom ulangkaji sedikit sebanyak kejap, disamping boleh dijadikan persediaan nanti.

PENGERTIAN PUASA DAN KEDUDUKANNYA
Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari disertai niat.
Hukum berpuasa adalah wajib terhadap seluruh umat Islam sebagaimana yang tersenarai dalam rukun Islam.Justeru,puasa Ramadhan ini adalah puasa fardhu.

LAFAZ NIAT

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

DOA BUKA PUASA

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت


Maksudnya: Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

SYARAT-SYARAT WAJIB BERPUASA
1.Beragama Islam-orang kafir tidak wajib berpuasa
2.Baligh-kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa
3.Berakal-orang gila tidak wajib berpuasa
4.Bermukim-musafir lebih daripada 2 marhalah tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada’nya di hari yang laik

RUKUN PUASA
1.Orang yang berpuasa;individu
2.Niat
3.Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1.Makan dan minum dengan sengaja walau sedikit.Kalau tidak disengajakan,dimaafkan.Tapi cepat-cepatlah berkumur jika tersedar.
2.Muntah dengan sengaja
3.Keluar haid dan nifas
4.Bersetubuh di siang hari
5.Pitam atau pengsan sepanjang hari
6. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dengan sengaja.
7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8.Gila (hilang akal)

AMALAN SUNAT YANG BOLEH DILAKUKAN [pahala berganda tau!]
1.Solat-solat sunat seperti biasa
2.Tilawah dan tadarus Al-Quran
3.Bersedekah
4.Berzikir
5.Menolong orang yang memerlukan
6.Berbuat baik kepada semua
*Banyak lagi..Oh ye..jangan lupa,banyakkan senyum.Hindari marah!

HIKMAH BERPUASA
1.Melatih diri dengan sifat-sifat yang baik=mahmudah.{sabar,jujur,amanah dan berdisiplin)
2.Dapat merasakan apa yang di rasa oleh orang yang tiada makanan dan minuman
3.Menjadikan tubuh badan semakin sihat
4.Menandakan kesyukuran kepada Allah.
5.Menjauhkan diri daripada sifat-sifat buruk yakni mazmumah (tamak,sombong dan dengki)
6.Dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih bermakna.
7.Disayangi Allah.

-Banyakkan membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran dan memohon keampunan daripadaNya.Moga kita terpilih untuk beribadat di malam “Lailatul Qadar”

*Jangan lupa melambatkan sahur(jangan sampai terlepas),cepatkan berbuka(jangan sampai berbuka sebelum masuk waktu pulak).hehe..

Selamat Berpuasa! Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!


 


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Wednesday 11 July 2012

sejadahmuslim.com.....website dakwah dan perkongsian


بسم الله الرحمن الرحيم
 

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah...hari ini dapat tawaran untuk jadi crew[lebih kurang la] sejadahmuslim.com.Satu site baru untuk mengembangkan bakat,berdakwah secara online.
sejadahmuslim.com.....website dakwah dan perkongsian yang baru di alam maya
 
Berpegang pada matlamat yang murni iaitu memberi kesedaran kepada golongan remaja khususnya juga kepada masyarakat umum.
Saya memandang ini adalah idea yang baik oleh admin.Saya menyokong penuh selagi ianya berlandaskan dinul Islam.Islam untuk semua.
para sahabat juga diundang untuk menghantar karya,artikel dan seumpamanya ke website ini.Jangan lepaskan peluang untuk kumpul pahala ye..
Moga apa yang kita tulis dan sampaikan bakal menjadi amal jariah sebagai bekalan untuk kehidupan kita di sana yang lebih abadi kelak.InsyaAllah..
jom tinjau blog sejadahmuslim.link di bawah.semoga bermanfaat.
http://www.sejadahmuslim.com/



Semoga Allah sayang & redha dengan kita!

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Saturday 7 July 2012

chat di fb antara laki n pmpuan??perlu ke?




بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Haa..semua yang dikasihi..sihat-sihat belake kan?Harap-harap begitulah hendaknya.

Jump to the post tittle.

Chat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram....

 

Sebenarnya dah biasa dah dengar pasal tajuk ni kan?Dah biasa sangat-sangat dah pun..Dah bosan pun ada bila baca pasal ni.

.Ada yang cakap,tak baik chat ngan laki kat fb kalau tak ada apa-apa yang pentingBagi lelaki pulak,ada yang cakap,eh,tak baik chat ngan perempuan kat fb....Ada jugak yang cakap,apa salahnya..bukan zina mata pun.Mana nampak muka..mana guna suara yang manja dan sebagainya.

Pendapat peribadi saya sendiri,perlu jika ada sesuatu yang penting..dan saya juga rasa tidak perlu seandainya ianya sesuatu yang kosong.

"Kosong?"macam lagu najwa latif tu kah?oh tidak..tidak..

Kosong yang dimaksudkan adalah sesuatu yang tidak berfaedah..Misalnya..

"Dah makan belum?"

"Buat apa tu?"

"Tak ngantuk lagi ke?"

"Saya rindu awak..bla...bla.."

dan yang sewaktu dengannya..Nak senang,yang tak penting semua tu lah..

__________________________________________

Kalau nak chat macam..

"Maaf,ana ada keperluan untuk mintak tolong daripada enti"------->untuk minta tolong

"Mengenai kerja grouping tu,saya..bla..bla..."---------> Mengenai urusan kerja

kalau yang ni,bagi saya,okay...Silakan..

atau..

"Maaf..boleh saya tahu ni sape?" 

Kalau yang ni,bagi saya,err..okay la..Tapi tak perlulah meleret-leret sampai "TER"tanya yang tak penting kan...Cukuplah setelah mendapat jawapan ringkas dan padat dari si penjawab itu seperti..

"Saya ......(nama sekian sekian)............."

atau

"Saya ex sekolah........"

atau yang sewaktu dengannya laa..

cukuplah tu kot...buat apa nak tahu banyak?

__________________________________________________

Kenapa?Kenapa saya cakap tak perlu nak chatting segala bagai kalau benda tu tak penting pun? 

Sebenarnya banyak sebab-sebab untuk jawab soalan kenapa tu..

sebab

*nak jaga hati..

*nak elak hati bermasalah..

*nak jauhi hati yang rosak..

*nak cegah hati daripada sakit..

*Takut pada si pemerhati yang setia..

*nak jauh dari fitnah

*tak nak bagi hati ada titik hitam

*nak elak dari zina hati

*tak nak bagi peluang syaitan gelakkan kita.

dan untuk menjawab lagi sebab-sebabnya,anda renung pada diri anda,di situ ada jawapannya.


# kalau ada perkara penting,boleh je nak berurusan...Saya sendiri menyokong kalau ianya adalah urusan penting..Islam langsung tak menghalang asalkan batas-batas itu masih terjaga...

peace no war =)

Moga Allah sayang & redha dengan kita!





sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~