Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Sunday, 14 October 2012

Contohi akhlak Rasulullah tercinta

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.Orang yang paling baik akhlaknya adalah yag paling baik terhadap isterinya.Sesungguhnya akulah suami yang paling baik terhadap isteri”-Riwayat al-Tirmizi,no 3895 dan ibn majah no 1977-

Apakah yang dimaksudkan dengan “Akhlak”?

 Mengikut pandangan Ibn Maskawih dan Imam Al-Ghazali ;Akhlak ialah dorongan hati yang mampu melahirkan perbuatan baik secara spontan tanpa pertimbangan akal.Dengan kata lain,akhlak ialah perbuatan baik yang sudah serasi dan sebati dalam diri seseorang sehingga  membolehkannya melakukan kebaikan secara automatik.Secara ringkasnya,akhlak ialah ialah perbuatan baik yang lahir daripada hati,bukan daripada pemikiran.

Kepentingan Akhlak

Sejauh manakah kepentingan akhlak pada setiap manusia?Akhlak itu penting kerana ia merupakan salah satu misi kedatangan Rasulullah tercinta ke bumi ini.Baginda pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus untuk memperbaiki akhlak manusia”(Riwayat al-Baihaqi)

Umat Islam,Umat berakhlak

Umat Islam bukan sahaja dituntut berakhlak dalam keadaan biasa,bahkan ketika berada di medan pertempuran sekali pun.Lupakah kita pada peraturan peperangan dalam Islam?Rasulullah melarang tentera Islam mencederakan orang tua,wanita,kanak-kanak,merobohkan rumah-rumah ibadat even rumah ibadat bukan Islam hatta merosakkan  tanam-tanaman.Bayangkan jika di medan perang,senjata itu pun masih ada nilai-nilai akhlak yang perlu dipertahankan,apalagi apabila berdepan dengan “perang fikiran” di medan dakwah dan siasah..Telitinya Islam dalam menjaga umatnya.Subahanallah.Golongan yang menuduh umat Islam sebagai terrorist adalah kesilapan besar dan tidak masuk akal.

Bagaimana membentuk akhlak?

Laksanakanlah ibadah serta menjaga kesempurnaannya.Mantapkan ibadah wajib,tingkatkan ibadah sunat,yang haram dan makruh usahakanlah meninggalkannya dan yang harus pula seboleh-bolehnya dijadikan amalan.Jika perlaksanaan ibadah itu menepati dua syarat yang utama,ikhlas dan ittiba’(mengikut secara bersungguh-sungguh)sunnah Rasulullah s.a.w,insyaAllah akhlak mulia akan terbina.Usaha dan berdoalah pada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang ada dalam hati kita sekalipun yang terlintas si hati dan fikiran kita.

 Indahnya Akhlak Rasulullah
Allahummasollia'la Muhammad
  Manusia yang mempunyai akhlak yang paling mulia sudah tentu kekasih Allah,jua kekasih kita,Muhammad Rasulullah.Bayangkan,bagaimana Abdullah bin Salam seorang sahabat Rasulullah berketurunan Yahudi tertarik untuk memeluk agama Islam hanya dengan melihat bagaimana baginda naik dan turun daripada untanya.Subahanallah.Bayangkan juga bagaimana seringkali orang asing yang bertemu dengan baginda untuk pertama kalinya akan berkata “Aku tidak dapat melihat tanda-tanda pendustaan pada wajahnya”.Dan bagaimana sahabat2 baginda sentiasa berkata “Kami tidak melihat wajah Rasulullah kecuali dalam keadaan tersenyum..” Itulah dia akhlak Rasulullah,akhlaknya ialah al-Quran.Nasihat Rasulullah berkesan kerana tindakannya selaras dengan kata-katanya.Akhlak itu menawan hati,kebijaksanaan itu menawan akal.Sehinggakan musuh Islam,musuh baginda sendiri,mengakui keindahan akhlak Rasulullah.Indahnya akhlak Rasulullah.Tanamkan dalam diri kita rasa ingin mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad.
Untuk mengamalkan isi Al-Quran,amalkan isinya dahulu.Begitulah Rasulullah yang menjadikan dirinya “al-Quran hidup”untuk menghidupkan al-Quran dalam jiwa dan kehidupan manusia.

In order to deliver the message,be the message!

Berakhlak mulia,idaman kita!

Rujukan: Solusi  isu no 48   
Ustaz Syed Mohd Norhisyam & Pahrol Mohd Juoi


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Thursday, 4 October 2012

Hari ini secara rasminya...

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Hari ini secara rasminya,bersaksikan Bks 2.1 Fsu,satu kelas dah tahu bahawa saya bukan lagi pelajar Fakulti Sains dan Teknologi.Semuanya berlaku secara kebetulan tanpa dirancang.

Hari ini merupakan hari pertama kelas kami bersama Ustazah muda lagi comel,Ustazah Farhain.Ustazah minta pandangan kami semua berkenaan pertukaran waktu kelas disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.Apabila ada yang mencadangkan kelas diadakan pada waktu dan hari tertentu,*oppss… clash with my new tutorial timetable! Kawan-kawan pun bagitahu ustazah yang waktu di cadangkan tadi tidak sesuai berikutan betindan dengan jadual saya.Ada yang tercengang. “Eh..mana ada kelas masa tu”.Dan saat itu,terbongkarlah sudah bahawa saya sebenarnya telah membuat pertukaran kos dan permohonan itu diluluskan lebih kurang 2 minggu yang lepas.Ada kawan macam terasa sebab mereka tidak dimaklumkan terlebih awal.Memang rasa bersalah yang teramat tapi saya memang tiada kekuatan untuk memberitahu.Ya..Saya sangat sayang dengan kawan-kawan saya dan paling penting,saya sangat sangat sayang dengan untuk meninggalkan dunia sains..Sayang sangat..
Dan secara rasminya saya umumkan di group BSC3 berkenaan ini.

Assalamualaikum..
mmandangkan semua yg hadir kelas td dah tau,so nk umum secara rasmi kat sini..Ak bkn lg student fst.maaf sbb xbagitau korang sume. Sebenarnya 2 minggu lps lg dapat surat pertukaran kos,diluluskan ke fpbu..*Tapi jangan aim ak pandai arab.Ak mmg down arab ni..sbb tu nak belajar..n bkn x nak bgtau korang pasal ni..cuma xsanggup sbb korang sangat happening dan terbaik! he2..anyway,tutorial bahasa still dgn BSC3..Berat hati nak tinggalkan dunia sains sebenarnya tp mungkin ni yg terbaik untuk ak… Sekali lagi mintak maaf sbb lambat bgtau korang sume..
Do pray for me for the best!
  Asifi...(praktis ckp arab.hehe)

Feedback dari kawan-kawan membuatkan hati terasa lebih berat untuk meninggalkan mereka.Dengan kata-kata semangat serta usikan dan gurauan mereka..Mereka sangat baik.Ya..Saya menyenangi mereka.

Apa-apa pun,ini pilihan saya.InsyaAllah pilihan terbaik.Saya akan berusaha menjadi yang terbaik!
*Do pray for me wahai sahabat-sahabatku.
Selamat Berjaya juga kepada semua.Student Medic,dentist,sc tech,syariah,kepimpinan pengurusan,Arabic n communication,quran sunnah,Ekonomi n muamalat..Senang-senang,semua yang bergelar "Tholibul ilm"......All the best! 


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Tuesday, 2 October 2012

English time with sporting madam

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Daily Diary
As usual,always having a great day,enjoy time with BSC3 tutorial members during English Tutorial.Madam Haimi terbaikkk!!Sangat seronok apabila kelas Bahasa Inggeris apatah lagi dengan kehadiran Madam Haimi yang sangat sporting,lawak dan kadang-kadang memberi pengisian layaknya seorang ustazah.That quality I respect most!

Untuk kelas tuto tadi,kena banyak speaking..nama pun kelas bahasa,kan?so,aktiviti pertama berkenaan childhood experience.Discuss with small group .Then kami satu tuto kena buat bulatan besar.Madam Haimi pun join bulatan tu.On that time,kami kena ceritakan pasal childhood kawan kami.Dan saya macam biasa,duduk diam-diam je sambil gelak sopan apabila member kelas buat lawak.Memang tak bagi jawapan sangat la sebab ni madam tanya secara umum,dan saya memilih untuk mendengar celoteh rakan-rakan BSC3 yang bermacam-macam sekalian..

Untuk part kedua,kami diberi soalan secara spontan.Macam cabutan bertuah.Dan pemilik langkahkudibumi.blogspot dapat soalan ni:
 ~I want to go to vacation.Where should i go?~
and conversations starting..
“I wanna go to Maccah”
“Maccah is not vacation spot”
And I remember back where I want to go?All the things I think is Maccah as I wanna go there with the whole family as soon as possible.*InsyaAllah
“Madam,I got confuse.Between Korea and Japan”
“Oh..korea..korea..”the voice come from Bal or Hafizi I think. **I know what they mean.Actually I am not Korean lover like other girls do.
“I don’t remember where is Tulip’s Farm”
“Korea I think”Wardah replied
“So you want to go there to see Tulip’s Farm?”
“Sure..”konfiden je jawab.
Dan semua orang mcm “Ooooo…”sambil mengangguk-angguk macam tak sangka kut.Sebenarnya Tulip's Farm tu kat Holland..hehe..Tak ingat~
Aktiviti ke tiga,ada banyak soalan secara umum Cuma soalan last,madam tanya setiap orang.

~If you make a lot of money.What you want to do?~
“Travel around the world”that’s my answer.I really want to travel around the world to see the culture,the way of life and foremost,I want to see Allah’s creations..I love nature so much.

*okay..dah berangan jauh dah ni…

P/s : kuliah dan tutorial dengan fakulti baru dah bermula.Tapi tutorial still bersama Fst.Alhamdulillah…Semoga Allahpermudahkan..


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Tuesday, 25 September 2012

Kehangatan Pilihan Raya Kampus (usim)

Kehangatan Piihan Raya Kampus(PRK) memang dirasakan di kalangan warga kampus amnya.Juga tidak ketinggalan suasana ini turut dirasakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Usim.
 
Alhamdulillah pilihan raya berlangsung dengan jayanya tanpa ada kekecohan yang menggugat kesejahteraan Usim.Walaupun ada sedikit cerita yang tidak sedap didengar seperti panyokong pihak lawan menurunkan atau bahasa kasarnya mencabut poster calon MPP,namun,kesejahteraan Usim masih terjamin.*ecehh.*..
Pilihan Raya Kampus (PRK) di usim berlangsung pada 25 september 2012 bermula pada pukul 9.oo pagi sehingga pukul 5.oo petang.Semuanya adalah online.Usim Terus maju~.*Saya pun turut mengundi*.Calon pilihan saya semestinya saudara Razif Fuad dan kak Nadrahtul Huda.Sifat kepimpinan memang terserlah pada diri mereka meskipun baru sahaja mengenali latar belakang dan pertemuan singkat bersama mereka..
Dan Alhamdulillah serta Tahniah kepada Saudara Razif Fuad dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan memenangi undi paling tinggi. Razif mengatasi 10 calon umum yang lain dengan mendapat undian sebanyak 6214 undi.Beliau disusuli oleh calon umum dari Fakulti Sains dan Teknologi, Nadrahtul Huda Misral yang beroleh 6019 undi. Calon-calon lain iaitu Nazmin Yusoff (FST) sebanyak 5748 undi; Adam Fariz dari FKP sebanyak 5672 undi; Mohd Shukri dari FEM sebanyak 5360 undi; Suhaimi dari FPBU - 4869 undi; Sawari dari FPQS sebanyak 4725 undi dan Safwan Hamdy dari FST sebanyak 4294 undi…Memang sangat sengit
Dari kiri : RAzif fuad,nadrahtul huda,Nazimin,Adam fariz,shukri,Suhaimi,Sawari,Safwan Hamdy
Saudara RAzif Fuad(baju belang) setelah diumumkan sebagai pemenang.Saya yakin dia dapat meminpin dengan baik.InsyaAllah..
Untuk Keputusan bagi setiap fakulti,sahabat-sahabat bolehlah rujuk pada link ini http://usimkini.blogspot.com/2012/09/keputusan-prk-razif-fuad-menang-undi.html?spref=fb
Untuk pengetahuan semua,saudara Razif Fuad sebenarnya telah di cadangkan oleh mantan YDP USIM iaitu saudara Ibrahim Hussin b. Ibrahim.Manakala saudari Nadrahtul Huda pula dicadangkan juga oleh timbalan JPPP Usim iaitu kak MAisarah Rafie.
 “CHANGE!Shift  Our Paradigm”-Razif Fuad
“Akademik menjadi Keutamaan,Kebajikan bukan sampingan”-Nadrahtul Huda
“Integrasi ilmu naqli dan aqli”-Muhammad Nazimin
Tahniah kepada barisan pimpinan baru Usim 2012/2013.Semoga kalian dapat menjalankan amanah dengan jayanya.Selamat Berjuang!!
Saya akhiri entri kali ini dengan gambar sepanjang Hari mengundi bagi PRK hari ini..


 

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Sunday, 23 September 2012

Machonya Mahasiswa & Sweetnya Mahasiswi

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..


Machonya Mahasiswa & Sweetnya Mahasiswi adalah satu program yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Universiti di Usim,berlangsung di Dku Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (fpqs) bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang,22 september 2012.
                                                                                               Antara ahli panel yang hadir:
1. Imam Muda Naufal yang juga merupakan pelajar tahun 2 Sains Aktuari & Pengurusan Risiko (ARSM) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi di Usim.*Senior fakulti saya lah kiranya*
2. Akhi Aliff Ismail(mantan mpp usim-sedang menyambung master di UIA, 
3. Imam Muda Naim(pelajar Fakulti Bahasa Utama usim tapi beliau tak dapat hadirkan diri) )*senior bakal fakulti saya*
4. Kak Maisarah Rafie(mantan timbalan YDP Usim,pelajar tahun 5 Fakulti Syariah dan Undang-Undang)..

Semua  ahli panel sangat hebat dan awesome! 
Barisan pelajar SMKA Salak Tinggi pun dijemput meramaikan ahli majlis yang sedia ramai!
Slot pertama adalah “Man Ana” yang disampaikan oleh Imam muda Naufal atau nama sebenarnya,Abdul Rahman Naufal.InsyaAllah saya kongsikan di entri berikutnya.
Slot kedua menggabungkan 2 ahli panel iaitu Ustaz Aliff Ismail dan kak Maisarah.Slot ini lebih kepada berbentuk forum dan semestinya ada sesi soal jawab.

  Bak kata ahli panel,machonya mahasiswa dan sweetnya mahasiswi adalah terletak pada akhlaknya bukan pada pakaiannya.Antara cabaran yang bakal dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi yang macho dan sweet ni termasuklah cabaran persaingan akademi,kokurikulum serta masalah cinta
. Apakah peranan mahasiwa yang macho serta mahasiswi yang sweet??
*Sebarkan ilmu
*Mendidik ummah
*Bukan hanya belajar keluar masuk kuliah,tapi juga memberi manfaat kepada semua namun jadilah orang yang bermanfaat kepada orang yang disekeliling kita dulu.
*“Hidup ni terlalu singkat untuk menjadi orang yang biasa-biasa”



                 Sesi soal jawab.
Soalan Kak Mai:
Apakah situasi paling ngeri apabila bermuamalat dengan muslimat/wanita?

Jawapan Akhi Aliff :
*Perempuan yang terlalu “caring”..*menakutkan katanya*
*Perempuan yang apabila bercakap syok sangat sampai tepuk sana sini..*kalau gedik sangat,tampar je..*haha..tu akhi Aliff yang cakap
*Perempuan yang pakai tudung macam pakai helmet.Ada yang tertutup elok di depan tapi belakang tudung macam pakai helmet je gayanya..(sambil tu,akhi Aliff sering ulang pasal perempuan menjadikan
selimut,cadar dan langsir sebagai tudung..<----- berlilit lilit)

Kesimpulan : Islam meraikan semua.Ikhtilatlah antara lelaki dan perempuan jika betul-betul ada urusan tetapi batas dan syariat harus dipatuhi.

Soalan Akhi Aliff :
Bagaimana nak selamatkan orang-orang biasa,yang kurang faham agama ke arah menjadi seorang yang baik?

Jawapan Kak Mai:
*Tukar mind set *positive thinking*
*Tinggi rendahnya iman bukan terletak pada labuhnya tudung atau tingginya songkok tapi pada takwanya yang mana,hanya Allah sahaja yang tahu.
*Jangan berubah untuk seseorang tetapi berubahlah untuk memburu redha Allah
*Didik masyarakat sekeliling dahulu
*Dakwahlah walau secara kecil-kecilan
*Berlapang dada menerima teguran
*Jangan limitkan skop dakwah.*dakwah bukan hanya pada lisan dan bukan hanya untuk mereka yang bergelar ustaz ustazah*
*Qudwah Hasanah(jadi contoh yang baik) :dakwah yang paling halus dan berkesan.niatkan apa yang kita lakukan agar member impak baik kepada semua.

Kesimpulan :jaga hubungan baik dengan Allah.

p/s : Kalau tak dapat semua,jangan tinggal semua.Ambillah manfaat semampu yang boleh..InsyaAllah..

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Sunday, 16 September 2012

Tak kenal maka tak cinta #suasana

Kelas pertama untuk hari ini adalah Lecture of C Programming.Tadi cuma briefing tentang apa itu c programming.Untuk pelajar sains komputer apatah lagi kami,Keselamatan dan jaminan maklumat(Information Security Assurance-ISA), C Programming ni adalah sangat penting.Sekarang di Universiti di Mesir pun mereka menjadikan C programming sebagai salah satu subjek mereka di sana.Paling menarik tentang subjek yang bakal kami belajar adalah “HACKING”..wow!excited! *But I’m gonna change course..so,berpeluang ke nak belajar hacking?hmm…*buat muka sedih
So,what is C programming?Nah,tadi salah seorang pelajar ISA dipanggil ke depan untuk membuat origami kapal terbang.
Director :Amal Farhan*exclassmate tamhidi
Apa yang Dr nak bagitahu tentang origami ini adalah,C programming ni adalah ber ‘step’..Satu persatu.Kreatif!
Menjelang malam pula,tutorial BAhasa Inggeris kami bermula pada pukul 8.30 malam sehingga jam 10.00 malam.Perkara pertama yang perlu kami lakukan adalah,lukis wajah kami di atas kertas kosong dengan menggunakan tangan yang jarang kami guna.Untuk orang yang biasa guna tangan kanan,kali ini perlu menggunakan tangan kiri*termasuk perindu cinta Illahi*…dan begitulah sebaliknya..Walaubagaimanapun,lukisan siap dilukis dengan baik.hehe..
Kemudian madam agihkan kertas yang kita semua lukis secara rambang.Dan pemilik blog ini mendapat lukisan Nur Afifah.*Nice to meet and know you!* Manakala lukisan pemilik blog sampai ke tangan international student,Hafez daripada Indonesia..
Kemudian,kami diminta menemuramah pemilik lukisan yang kami dapat..Lastly,kami perlu kenalkan partner kami di hadapan kelas.*Ice breaking..Awesome sungguh!..So,melalui aktiviti ini,apa yang kami dapat?Ya!keyakinan diri untuk bercakap dihadapan kelas.Meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris dan dapat mengenali sahabat-sahabat baru…Kadang-kadang rasa bersyukur juga dapat sekelas dengan ramai  pelajar di kalangan pelajar matrikulasi..*Pelajar tamhidi cuma saya,Ainin,Awatif,Suha,Khairi dan Hafizi..yang lain semuanya matrikulasi..
Okay…sesuku hati dah suka kat kelas ni.And I’m gonna change my course..

*Kegembiraan ini satu ujian..Allah,guide me..
#Teringat dulu..memang tak suka langsung untuk masuk kos ni..YA Allah,tuhan yang membolak balikkan hati.Tetapkan hati aku pada jalan yang benar,jalan yang kau redhai..

p/s : lampu hijau dah menyala cuma samar-samar..Istikharah menuju redha Illahi..insyaAllah..


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Wednesday, 12 September 2012

Cinta itu lumrah..

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Cinta itu skopnya sangat luas..Bukan hanya terbatas pada cinta antara lelaki dan perempuan seperti yang famous diperkatakan apabila perkataan cinta dirungkap..

Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasulullah
Cinta kepada Al-quran
Cinta kepada ibu ayah
Cinta kepada suami /isteri
Cinta kepada sahabat
Cinta kepada kebaikan
Cinta.Cinta dan Cinta

Hari ini saya ingin bercerita tentang cinta antara lelaki dan perempuan..
Cinta yang hangat dikalangan para remaja sekarang.

Cinta yang kadang kala membuatkan seseorang itu gila..
Cinta yang membuatkan seseorang itu lupa..
Itulah yang berlaku apabila bercakap soal cinta di kalangan remaja.

Tapi..pasti ada yang bertanya,kalau semua kesan cinta itu buruk,habis kenapa cinta itu wujud??

Siapa kata cinta itu memberi impak yang buruk?
Hakikat cinta yang sebenarnya itu tulus,suci,murni dan tidak ternoda namun manusialah yang menyebabkan cinta itu kelihatan buruk,jelek dan tidak suci..

Memang kita sebagai manusia biasa yang lemah ini tidak dapat lari dari ‘jatuh cinta’ atau ‘jatuh suka’ antara lelaki dan perempuan..Itu lumrah..Tetapi kita manusia yang punya akal,yang dapat berfikir sepatutnya dapat mengawal hati dan perasaan dalam menterjemahkan cinta yang dirasa.

Ramai yang salah menterjemahkan cinta kurniaan Illahi.Buktinya,ramai yang berkapel,tunang sesama sendiri*tidak mengikut syariat*.. Paling menyedihkan apabila sahabat-sahabat yang tahu batas pergaulan tapi masih juga bercouple,bergambar berdua sana sini…Ya,sejujurnya saya sedih dan takut akan situasi ini sebab ini boleh jadi fitnah kepada Islam.Nauzubillah..mintak dijauhkan..
Kalau kita yang tahu dan faham agama ni pun,tak boleh nak tegakkan agama,maka siapa lagi??
Macam mana saya nak jelaskan agar sahabat-sahabat yang saya sayangi faham akan hal ni?
Ya Allah..berikanlah mereka petunjuk..


Semua orang pernah suka dan menyukai orang lain.Tak kisah la mulanya dari apa..Kemungkinan kagum pada wajah?Kagum pada ketinggian ilmu?budi bahasa?Keimanan yang mantap?Suka dengan gaya seseorang?Itu cuma cara yang menjadi asbab kepada perasaan suka itu sendiri….
Tapi cara penyampaian itu adalah penting.
Orang yang baik akan menterjemahkan dalam bahasa yang baik.Bagi muslimin,jumpa dengan wali dan sebagainya.Bagi muslimat pula,ada yang menggunakan orang tengah dan sebagainya.

Seperti ini barulah menjaga syariat tapi perlu diingat,ikatan pertunangan bukanlah lesen untuk kita berhubung tanpa batas.Ramai yang salah faham tentang ini.Sebenarnya tunang adalah tempoh utuk mengenali tetapi masih dalam batas-batasnya.Bukan bererti boleh telefon setiap hari,kerap berjumpa,bergambar bersama-sama.Batas orang yang bertunang dengan tunangnya sama sahaja seperti orang asing.wallahua’lam..

Sebaiknya jika hati sudah suka pada seseorang,usahakanlah melalui jalan yang betul dan mengikut syariat yang sebenar-benarnya dan berdoalah,mengadulah pada Allah..Allah tau apa yang ada dalam hati kita meskipun apa yang terlintas.

Jika niat kita baik,Allah bantu.InsyaAllah..

p/s :bukan bibir ini berbicara..Cuma jiwa ini berbahasa~

 


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~