Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Tuesday 25 September 2012

Kehangatan Pilihan Raya Kampus (usim)

Kehangatan Piihan Raya Kampus(PRK) memang dirasakan di kalangan warga kampus amnya.Juga tidak ketinggalan suasana ini turut dirasakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Usim.
 
Alhamdulillah pilihan raya berlangsung dengan jayanya tanpa ada kekecohan yang menggugat kesejahteraan Usim.Walaupun ada sedikit cerita yang tidak sedap didengar seperti panyokong pihak lawan menurunkan atau bahasa kasarnya mencabut poster calon MPP,namun,kesejahteraan Usim masih terjamin.*ecehh.*..
Pilihan Raya Kampus (PRK) di usim berlangsung pada 25 september 2012 bermula pada pukul 9.oo pagi sehingga pukul 5.oo petang.Semuanya adalah online.Usim Terus maju~.*Saya pun turut mengundi*.Calon pilihan saya semestinya saudara Razif Fuad dan kak Nadrahtul Huda.Sifat kepimpinan memang terserlah pada diri mereka meskipun baru sahaja mengenali latar belakang dan pertemuan singkat bersama mereka..
Dan Alhamdulillah serta Tahniah kepada Saudara Razif Fuad dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan memenangi undi paling tinggi. Razif mengatasi 10 calon umum yang lain dengan mendapat undian sebanyak 6214 undi.Beliau disusuli oleh calon umum dari Fakulti Sains dan Teknologi, Nadrahtul Huda Misral yang beroleh 6019 undi. Calon-calon lain iaitu Nazmin Yusoff (FST) sebanyak 5748 undi; Adam Fariz dari FKP sebanyak 5672 undi; Mohd Shukri dari FEM sebanyak 5360 undi; Suhaimi dari FPBU - 4869 undi; Sawari dari FPQS sebanyak 4725 undi dan Safwan Hamdy dari FST sebanyak 4294 undi…Memang sangat sengit
Dari kiri : RAzif fuad,nadrahtul huda,Nazimin,Adam fariz,shukri,Suhaimi,Sawari,Safwan Hamdy
Saudara RAzif Fuad(baju belang) setelah diumumkan sebagai pemenang.Saya yakin dia dapat meminpin dengan baik.InsyaAllah..
Untuk Keputusan bagi setiap fakulti,sahabat-sahabat bolehlah rujuk pada link ini http://usimkini.blogspot.com/2012/09/keputusan-prk-razif-fuad-menang-undi.html?spref=fb
Untuk pengetahuan semua,saudara Razif Fuad sebenarnya telah di cadangkan oleh mantan YDP USIM iaitu saudara Ibrahim Hussin b. Ibrahim.Manakala saudari Nadrahtul Huda pula dicadangkan juga oleh timbalan JPPP Usim iaitu kak MAisarah Rafie.
 “CHANGE!Shift  Our Paradigm”-Razif Fuad
“Akademik menjadi Keutamaan,Kebajikan bukan sampingan”-Nadrahtul Huda
“Integrasi ilmu naqli dan aqli”-Muhammad Nazimin
Tahniah kepada barisan pimpinan baru Usim 2012/2013.Semoga kalian dapat menjalankan amanah dengan jayanya.Selamat Berjuang!!
Saya akhiri entri kali ini dengan gambar sepanjang Hari mengundi bagi PRK hari ini..


 

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

No comments:

Post a Comment