Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Sunday 14 October 2012

Contohi akhlak Rasulullah tercinta

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Sabda baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.Orang yang paling baik akhlaknya adalah yag paling baik terhadap isterinya.Sesungguhnya akulah suami yang paling baik terhadap isteri”-Riwayat al-Tirmizi,no 3895 dan ibn majah no 1977-

Apakah yang dimaksudkan dengan “Akhlak”?

 Mengikut pandangan Ibn Maskawih dan Imam Al-Ghazali ;Akhlak ialah dorongan hati yang mampu melahirkan perbuatan baik secara spontan tanpa pertimbangan akal.Dengan kata lain,akhlak ialah perbuatan baik yang sudah serasi dan sebati dalam diri seseorang sehingga  membolehkannya melakukan kebaikan secara automatik.Secara ringkasnya,akhlak ialah ialah perbuatan baik yang lahir daripada hati,bukan daripada pemikiran.

Kepentingan Akhlak

Sejauh manakah kepentingan akhlak pada setiap manusia?Akhlak itu penting kerana ia merupakan salah satu misi kedatangan Rasulullah tercinta ke bumi ini.Baginda pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus untuk memperbaiki akhlak manusia”(Riwayat al-Baihaqi)

Umat Islam,Umat berakhlak

Umat Islam bukan sahaja dituntut berakhlak dalam keadaan biasa,bahkan ketika berada di medan pertempuran sekali pun.Lupakah kita pada peraturan peperangan dalam Islam?Rasulullah melarang tentera Islam mencederakan orang tua,wanita,kanak-kanak,merobohkan rumah-rumah ibadat even rumah ibadat bukan Islam hatta merosakkan  tanam-tanaman.Bayangkan jika di medan perang,senjata itu pun masih ada nilai-nilai akhlak yang perlu dipertahankan,apalagi apabila berdepan dengan “perang fikiran” di medan dakwah dan siasah..Telitinya Islam dalam menjaga umatnya.Subahanallah.Golongan yang menuduh umat Islam sebagai terrorist adalah kesilapan besar dan tidak masuk akal.

Bagaimana membentuk akhlak?

Laksanakanlah ibadah serta menjaga kesempurnaannya.Mantapkan ibadah wajib,tingkatkan ibadah sunat,yang haram dan makruh usahakanlah meninggalkannya dan yang harus pula seboleh-bolehnya dijadikan amalan.Jika perlaksanaan ibadah itu menepati dua syarat yang utama,ikhlas dan ittiba’(mengikut secara bersungguh-sungguh)sunnah Rasulullah s.a.w,insyaAllah akhlak mulia akan terbina.Usaha dan berdoalah pada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang ada dalam hati kita sekalipun yang terlintas si hati dan fikiran kita.

 Indahnya Akhlak Rasulullah
Allahummasollia'la Muhammad
  Manusia yang mempunyai akhlak yang paling mulia sudah tentu kekasih Allah,jua kekasih kita,Muhammad Rasulullah.Bayangkan,bagaimana Abdullah bin Salam seorang sahabat Rasulullah berketurunan Yahudi tertarik untuk memeluk agama Islam hanya dengan melihat bagaimana baginda naik dan turun daripada untanya.Subahanallah.Bayangkan juga bagaimana seringkali orang asing yang bertemu dengan baginda untuk pertama kalinya akan berkata “Aku tidak dapat melihat tanda-tanda pendustaan pada wajahnya”.Dan bagaimana sahabat2 baginda sentiasa berkata “Kami tidak melihat wajah Rasulullah kecuali dalam keadaan tersenyum..” Itulah dia akhlak Rasulullah,akhlaknya ialah al-Quran.Nasihat Rasulullah berkesan kerana tindakannya selaras dengan kata-katanya.Akhlak itu menawan hati,kebijaksanaan itu menawan akal.Sehinggakan musuh Islam,musuh baginda sendiri,mengakui keindahan akhlak Rasulullah.Indahnya akhlak Rasulullah.Tanamkan dalam diri kita rasa ingin mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad.
Untuk mengamalkan isi Al-Quran,amalkan isinya dahulu.Begitulah Rasulullah yang menjadikan dirinya “al-Quran hidup”untuk menghidupkan al-Quran dalam jiwa dan kehidupan manusia.

In order to deliver the message,be the message!

Berakhlak mulia,idaman kita!

Rujukan: Solusi  isu no 48   
Ustaz Syed Mohd Norhisyam & Pahrol Mohd Juoi


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

No comments:

Post a Comment