Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Sunday 1 March 2015

Karnival Kerjaya Sedia Peluang Keusahawanan

Karnival Kerjaya Sedia Peluang Keusahawanan 
Mahasiswa cabar diri terjun bidang usahawan
NILAI, 24 November 2014 -  Karnival Kerjaya yang berlangsung selama seminggu bermula 17 November di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi platform bagi mahasiswa bergelar usahawan muda seperti Ainin Sofiya Binti Mohd Sabri, 21 , bagi mempromosikan jenama tudungnya sendiri iaitu ‘Ainin Sofiya’.
            Walaupun masih belum menamatkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda, ianya tidak menjadi masalah untuk Ainin Sofiya  menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
            Ketika ditemuramah di gerai karnival, Ainin yang masih setahun jagung dalam dunia keusahawanan berkata, walaupun dikelilingi oleh usahawan-usahawan yang telah lama di bidang itu, Ainin tidak berasa kekok mahupun tergugat bahkan melihat ianya sebagai satu cabaran baik buat dirinya.
            “ Saya berasa bersemangat untuk melangkah dengan lebih jauh dalam dunia keusahawanan apabila melihat sambutan daripada pelanggan saya sendiri yang tidak putus-putus datang mengunjugi gerai saya sepanjang seminggu di karnival kerjaya ini dan keuntungan yang saya peroleh sangat berbaloi.” tambah Ainin Sofiya lagi.
           Berbekalkan modal yang dihulurkan oleh abangnya, Ainin yang telah berjaya menggunakan  namanya sendiri, ‘ Ainin Sofiya’ sebagai jenama komersil untuk  produknya, tekad untuk terus melangkah ke hadapan dan bercita-cita untuk membuka butik sendiri di masa hadapan.
            Menimba pengalaman kali pertama menyewa tapak gerai jualan untuk menjual produk sendiri merupakan sebuah pengalaman berharga buat Ainin Sofiya.
Karnival kerjaya anjuran pelajar Tahun 3 jurusan kaunseling  itu dilihat meriah apabila tapak gerai jualan di kunjungi oleh ramai pelanggan dalam kalangan mahasiswa.
“ Karnival kerjaya ini sangat bagus kerana memberi peluang kepada mahasiswa untuk berbisnes dan memberi pendedahan tentang kerjaya dari segi peluang dan pilihan kerjaya semasa.”kata Ain Najwa binti Mohd Latif, pengendali gerai pelajar jurusan Kaunseling Tahun 3 USIM.
Antara gerai yang berjaya menarik minat mahasiswa sepanjang karnival berlangsung termasuklah  gerai makan, gerai kaca mata, gerai GISO Fakulti Sains dan Teknologi ke Korea, gerai aksesori  dan gerai Avon.
Walaupun ada gerai yang dikendalikan oleh usahawan luar, namun kebanyakan gerai yang dibuka sepanjang karnival dikendalikan sendiri oleh pelajar USIM tersebut.
“ Saya melihat karnival ini sangat membantu para mahasiswa khususnya dalam mencari pengalaman menjadi usahawan disamping menampung kewangan semasa dan saya harap karnival ini terus dilaksanakan untuk tahun-tahun hadapan, ” kata Siti Maryam bt Abdullah, salah seorang pengunjung  karnival.
Karnival Kerjaya yang dianjurkan oleh Pelajar tahun 3 jurusan Kaunseling kali ini sememangnya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa dan tenaga pengajar serta staff USIM sendiri berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jenama tudung ‘ Ainin Sofiya’ bakal dipasarkan dengan lebih meluas.     

_____________________________________________________________________________
* Sebenarnya ini merupakan salah satu assignment saya iaitu menulis sebuah berita bagi subjek ' Principle of Journalism ' (Prinsip Kewartawanan) semester lepas,sem 5.
Sengaja di publish kan di sini disamping meluaskan lagi bisnes kawan sekolah saya merangkap kawan di universiti, Ainin Sofiya. Kagum dengan kesungguhan dan langkah yang diambil beliau. 
 Juga untuk tatapan junior-junior fakulti *jika ada* hehe


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

2 comments: