Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Saturday 28 July 2012

Kumpul Pahala Dengan Mudah!


بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Sempena bulan Ramadhan ini,rasa macam sia-sia pulak kalau kita semua tidak gandakan kebaikan dan amal ibadah,kan?
“Tapi bulan-bulan puasa ni tak larat la” kata si A.
“Tak perlu gandakan amalan.Kita buat yang wajib ni pun,dah banyak dah pahala yang diganda”kata si B.
“Kalau petang-petang best jugak kalau tidur ni!” kata si C.
Err..Tidak rasa rugikah kalian?Allah telah menjanjikan pahala yang berganda untuk amal ibadah dan kebaikan yang dilakukan di bulan Ramadhan ni,dan kita lepaskan begitu sahaja?Dengan alasan-alasan tidak matang seperti itu?Bukankah bulan ini hanya sekali dalam setahun?
Susah nak buat amal ibadah atau kebaikan banyak-banyak?Sebenarnya mudah je.Jangan sempitkan ibadah itu hanya pada solat semata-mata.Jadi macam mana nak kumpul pahala dengan mudah?Jom baca point kat bawah ni.(Yang wajib tu,tidak perlulah saya sebut,ye)
1.Solat sunat – Solat sunat Terawih,Taubat, hajat,dhuha,witir ,sebelum dan selepas solat fadhu(bukan semua waktu tau!ambil perhatian,ye) dan banyak lagi..haa..pilih-pilih.
2.Tolong-menolong :tolong ibu sediakan juadah bersahur dan berbuka.tolong ajar adik siapkan kerja sekolah.tolong jaga adik.tolong ambilkan barang.Tolong hantar adik ke sekolah atau kelas mengaji.Tolong ajar adik mengaji.
 3.Baca Al-Quran :seelok-eloknya khatamkan.kalau tak mampu,baca sahaja surah-surah biasa,surah pendek pun tidak mengapa.Kalau kita faham,lagi best,kan?Jadi,bacalah terjemahannya sekali.
4.Zikir dan Selawat : Bertakbir [ALLAHUAKBAR],Bertahmid [ALHAMDULILLAH],Bertasbih [SUBAHANALLAH],Bertahlil [LAILAHAILLALLAH]..daripada duduk termenung,lebih baik kita berzikir,kan?mudah je.Tidak perlu mengeluarkan wang pun.                                                                       
 *Tanpa disedari anda semua telah berzikir apabila membaca perkataan-perkataan di atas.Tahniah!Moga pahala berganda milik anda!
5.Menonton TV atau mendengar Radio : tontonlah rancangan-rancangan ilmiah seperti Tanyalah Ustaz,Al-Kuliyyah atau di Tv Al-Hijrah banyak sangat rancangan-rancangan yang baik-baik.Tapi tidak menjadi kesalahan seandainya ingin menonton drama atau movie.Ingat,harus pandai pilih program Tv agar tidak lalai.
6.Termenung :Bukan bermaksud termenung kosong,ye!Termenung sambil merenung kebesaran Illahi.Termenung dalam memuhasabah diri sendiri.
7.Sedekah harta:jom dermakan sikit duit kita kepada orang-orang miskin di luar sana.Atau pada tabung-tabung masjid.Besar pahala tau.Cuba bayangkan kalau pihak masjid gunakan duit kita yang hanya Rm 1 untuk mencukupkan harga sebidang karpet masjid.Lepas tu,makmum masjid gunakan karpet tersebut untuk bersolat.InsyaAllah,mengalir pahala kepada kita selama mereka menggunakan untuk kebaikan.Tapi,ikhlaskan hati ye.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 262
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
 
8.Bercakap :Bukan bercakap soal artis atau mengenai keburukan orang lain.Berkatalah dengan perkataan yang benar.Berkatalah perkara-perkara yang baik.Berkatalah perkara-perkara yang apabila orang mendengarnya,iman seseorang itu akan bertambah.Berkatalah untuk membahagiakan orang disekeliling.

9.Berfacebook atau berblog :Sebarkan tazkirah dan dakwah dengan meng ‘update’ status tazkirah atau unsur-unsur dakwah atau apa sahaja kebaikan.Untungnya kita di era globalisasi sekarang ini,semuanya di hujung jari sahaja.Nak sebar kebaikan pun di hujung jari.

Setakat ini sahaja setakat ini.Banyak lagi sebenarnya.Asalkan namanya kebaikan,sama-samalah kita berlumba-lumba mengerjakannya.Jangan mengeluh takut kurang pahala puasa tu.Jangan bagi alasan-alasan yang kurang matang seperti di awal entri ini.Malulah kita pada Rasulullah dan para sahabat yang berjuang dalam Perang Badar,melawan musuh yang jauh lebih ramai di bulan puasa namun tetap beroleh kemenangan.Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk bermalas-malasan.*pesanan untuk diri sendiri juga.
# Jangan lupa senyum.Senyum pun sedekah tau.jangan over senyum sudah.


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

No comments:

Post a Comment