Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Tuesday 17 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem..

بسم الله الرحمن الرحيم


 Assalamualaikum..

Ramadhan kali ni,jom tingkatkan ibadat!

 InsyaAllah kita bakal menyambut ketibaan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan.Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi kita akan berpuasa!Rasa macam baru je berlalu Ramadhan tahun lepas.Lajunya waktu berlalu.

Jadi,dah bersediakah kita untuk memasuki Akademi Ramadhan tahun ini?Sudah cukup persiapankah?Atau sudah ingat-ingat lupa apa amalan sunat yang elok untuk dilakukan di bulan Ramadhan?Atau terlupa apa pengertian berpuasa di bulan barakah ini?Nah.jom ulangkaji sedikit sebanyak kejap, disamping boleh dijadikan persediaan nanti.

PENGERTIAN PUASA DAN KEDUDUKANNYA
Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari disertai niat.
Hukum berpuasa adalah wajib terhadap seluruh umat Islam sebagaimana yang tersenarai dalam rukun Islam.Justeru,puasa Ramadhan ini adalah puasa fardhu.

LAFAZ NIAT

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

DOA BUKA PUASA

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت


Maksudnya: Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

SYARAT-SYARAT WAJIB BERPUASA
1.Beragama Islam-orang kafir tidak wajib berpuasa
2.Baligh-kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa
3.Berakal-orang gila tidak wajib berpuasa
4.Bermukim-musafir lebih daripada 2 marhalah tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada’nya di hari yang laik

RUKUN PUASA
1.Orang yang berpuasa;individu
2.Niat
3.Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1.Makan dan minum dengan sengaja walau sedikit.Kalau tidak disengajakan,dimaafkan.Tapi cepat-cepatlah berkumur jika tersedar.
2.Muntah dengan sengaja
3.Keluar haid dan nifas
4.Bersetubuh di siang hari
5.Pitam atau pengsan sepanjang hari
6. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dengan sengaja.
7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8.Gila (hilang akal)

AMALAN SUNAT YANG BOLEH DILAKUKAN [pahala berganda tau!]
1.Solat-solat sunat seperti biasa
2.Tilawah dan tadarus Al-Quran
3.Bersedekah
4.Berzikir
5.Menolong orang yang memerlukan
6.Berbuat baik kepada semua
*Banyak lagi..Oh ye..jangan lupa,banyakkan senyum.Hindari marah!

HIKMAH BERPUASA
1.Melatih diri dengan sifat-sifat yang baik=mahmudah.{sabar,jujur,amanah dan berdisiplin)
2.Dapat merasakan apa yang di rasa oleh orang yang tiada makanan dan minuman
3.Menjadikan tubuh badan semakin sihat
4.Menandakan kesyukuran kepada Allah.
5.Menjauhkan diri daripada sifat-sifat buruk yakni mazmumah (tamak,sombong dan dengki)
6.Dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih bermakna.
7.Disayangi Allah.

-Banyakkan membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran dan memohon keampunan daripadaNya.Moga kita terpilih untuk beribadat di malam “Lailatul Qadar”

*Jangan lupa melambatkan sahur(jangan sampai terlepas),cepatkan berbuka(jangan sampai berbuka sebelum masuk waktu pulak).hehe..

Selamat Berpuasa! Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!


 


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

No comments:

Post a Comment