Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Monday 13 August 2012

CERPEN: Kemewahan Redha

“Dapat kos apa?”Doktor kacak sekitar pertengahan 30 an itu bertanya sambil matanya meneliti gambar x-ray tulangku di mesin sebelahnya.
“Sains komputer.” ringkas aku menjawab.
“Kenapa tak ambil medik? Tak minat?” Pandangannya jatuh pada wajahku dengan senyuman segaris.Soalan yang sama yang pernah diajukan olehnya sewaktu aku datang ke klinik itu dahulu.
“Err. Sebab tak cukup pointer..” Dalam segan aku menjawab jujur.Buat apa tipu kalau itu diri kita yang sebenarnya.
“Sebab tak cukup 3.8 eh?Dentist tak apply?” Alahai doktor kacak ni pun..banyak tanya pulak.
“Pun sebab tak cukup pointer..” jeng jeng jeng.. Sekarang,sejujur jujurnya aku menahan malu.
“Aish..macammana..” Doktor itu menggeleng dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir. “Kawan awak yang sama sekolah tadi dapat engineering,okay la tu.” Doktor menyambung kata. Dan aku cuma senyum. Ada sedikit kekecewaan yang timbul dalam hati tapi aku tidak mampu mendapat pointer yang bagus sebagaimana teman-teman yang lain.
Seakan-akan masih terngiang-ngiang di telinga perbualan bersama doktor yang peramah 8 tahun yang lalu. Impian yang aku tanam untuk menyambung pelajaran dalam bidang kos bioteknologi makanan (food biotech) berkecai apabila mendapat surat tawaran yang menawarkan kos sains komputer. Kawan-kawan sangat setuju aku mendapat kos ini berikutan mereka melihat bakatku dalam dunia teknologi. Tapi bagi aku, itu semua hanyalah satu hobi dan aku langsung tidak minat untuk mendalami banyak berkenaan teknologi komputer secara rasmi selama 4 tahun ijazah ku.

 “Lebih baik Lisya ambil kos agama. Tak kan 4 tahun belajar pasal komputer.Macam tak ada apa je”
“Sains komputer ni bukan pasal komputer je mama. Kita akan belajar pasal website,dunia teknologi, jaminan dan keselamatan maklumat yang sangat penting dimasa depan dan banyak lagi. Sangat luas. Kalau Lisa betul-betul ambil kos ni,Lisya teringin nak bina laman sosial islamik, cipta penapisan maklumat dan gambar-gambar yang tidak bermoral, cipta website islamik, cipta teknologi yang lebih canggih dan islamik. Tapi Lisya pun tak suka sebenarnya.Lisya sayang sangat biologi.Best...” Panjang lebar aku menerangkan pada mama namun mama memotong percakapanku.
“Tak kan 4 tahun nak duduk menghadap mikroskop kaji makanan je. Tak ada belajar pasal agama”mama berkata lancar. Mama sangat sensitif jika bercakap soal agama yang berkait rapat dengan masa hadapan.
“Banyak lagi la mama. Bukannya ngadap mikroskop je. Sekarang ni dunia memang memerlukan muslim dalam bidang pemakanan. Tengok ajelah sekarang ni bidang pemakanan siapa yang kuasai, kebanyakannya adalah orang cina. Lagipun Lisya teringin nak belajar kos ni. Matematik kurang. Lebih mendalam belajar Biologi.” Teringat aku akan markah biologi aku daripada D menjadi b+ kerana aku sangat teringin menyambung pelajaran dalam bidang biologi lalu usaha kerasku membuahkan hasil namun takdir itu lebih adil sebenarnya.
“Lisya nak belajar 4 tahun pasal kaji makanan tu? Ada pekerja mama yang datang interview. Tahu tak dia dulu kos apa? Sains pemakanan tau, last-last kena jadi cikgu tadika.”
“Itu sains pemakanan mama. Ini Bioteknologi makanan lagi advance…lagipun..”kata-kata sudah tidak terluah lagi. Hati aku sebak kerana impian yang aku tanam sejak akhir persekolahan  tidak mendapat sokongan padu dari insan yang sangat aku sayang.
Hasil perbincangan dengan mama dan papa,mereka menyarankan aku untuk menukar kos kepada kos lain seperti  kos Al-quran sunnah,kos bahasa arab dan komunikasi dan kos kaunseling. Dan aku mengakui air mata aku jatuh berlinangan sewaktu berada di dalam bilik kerana aku tahu aku terpaksa meninggalkan dunia sains yang sangat aku sayangi. Bukankah redha Allah adalah atas redha ibubapa kita? Itu yang terlintas di fikiranku.

Solat istikharah aku lakukan berturut-turut setiap malam sepanjang ramadhan tahun itu.Antara kos bioteknologi makanan, Al-quran sunnah,akidah, dakwah, bahasa arab dan kaunseling, hati aku terdetik untuk memilih antara Bahasa Arab dan Komunikasi  ataupun kaunseling.Entah mengapa hati seakan redha meninggalkan dunia sains yang sangat dicintai walaupun sebenarnya mama dan papa telah menyerahkan hak pemilihan di tangan aku. Dan seperti biasa solat istikharah setiap malam tidak aku tinggalkan sampailah hatiku betul-betul yakin untuk memilih Bahasa Arab dan Komunikasi sebagai kos di peringkat ijazahku. Makin bertambah tekad aku untuk memilih kos ini berikutan subjek komunikasi itu dalam bahasa Inggeris. Dan mama juga bersetuju dengan kos yang aku pilih.
Urusan pertukaran kos berjalan lancar. Perjalanan pengajian yang agak perit disebabkan aku agak lemah menguasai bahasa Al-quran itu namun dengan pertolongan sahabat-sahabat, aku berjaya meraih  anugerah dekan pada setiap semerter. Akhirnya aku grad dengan ijazah kepujian Bahasa Arab dan Komunikasi.

“Puan Lisya,customer tanya, boleh buat tempahan lagi tak untuk raya akan datang?” Pertanyaan Atie mengejutkan aku dari lamunan masa silamku yang panjang. Aku memandang kepadanya lalu dia mengulang kembali soalannyapadaku.                                                                                              
 “InsyaAllah. Tapi bagitahu dia, tempah awal sikit sebab raya akan datang ramai yang order. Takut tak menang tangan pulak kita” Aku menjawab lembut dengan senyuman ringkas di bibir.

Pandangan aku jatuhkan pada kedai kek aku yang tersergam indah. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat melihat cawangan yang ke 3 “Deluxe Redha Bakery Shop”. Kedai kek gergasi yang aku miliki yang mengutamakan halalan toyyiban. Bukan sekadar halal sahaja. Bahkan yang terbaik mudah-mudahan. Bisnes ini sudah memasuki pasaran antarabangsa. Aku tersenyum lagi mengingati kelas bahasa Arab yang aku buka, bakal bercambah kepada cawangan yang ke 4.

“Dah buka 3 cawangan dah kedai kek Lisya.Siapa sangka ustazah pun dapat terjun bidang makanan dan bisnes!” mama memandang dan berjalan ke arahku. Bibirnya terukir senyuman bahagia.
“Alhamdulillah..semuanya berkat redha mama jugak. Lagipun bukankah punca rezeki 90 % adalah daripada berniaga?”aku memeluk mama erat.
Siapa sangka walaupun tidak menyambung pengajian dalam kos bioteknologi makanan, aku masih mampu untuk terjun mencuba bidang ini dan siapa sangka aku berjaya dengan cemerlang,gemilang dan terbilang  dalam bisnesku, menjadi pengeluar utama produk muslim. Semuanya diluar jangkaan kita, manusia yang lemah. Aku tahu dan aku yakin ini adalah kerana berkat redha ibubapa serta pertolongan dari Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Aku memilih kos arab dahulu kerana mendamba redha Allah melalui redha mama. Dan semua itu berbaloi. Alhamdulillah..sesungguhnya sabar itu indah dan redha Allah itu yang perlu kita cari.
p/s : Selagi kita hidup, tiada halangan untuk kita laksanakan impian kita. Tetapi,dalam bidang apa pun kita berada, matlamat hidup tetap sama. Redha ibubapa itu perlu untuk mendapatkan redha Illahi. Semoga hidup kita diredhai dan diberkati Allah.

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

6 comments:

  1. for the first moment i read..i thougt that was your story..=)sad for the first but end with happinnes..
    btw..that was a good story for the strong woman..really impressed with her spirit..hope we will be like that girl someday insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. actually its about angan-angan,realiti dan impian..not all people get what she want but as long as redha Allah with her,Allah will make her way easier and Allah with give her the best cause Allah knows everything..
    InsyaAllah (^_^)

    ReplyDelete
  3. like like like cite nih..hehe.mcm cite realiti la plop kn?hehe..btw,truskn perah otak mg tuk share lgi byk cite.ak ske! ^_^
    hehehe :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih sahabat..same2 kite ambil pengajaran.Allah bagi apa yang kita perlu bukan yang kita nak sbb apa yang kita nak xsemestinya yang terbaik untuk kita...redha Allah perlu dikejar dan diraih semampunya! (^_^)




    ReplyDelete
  5. wahh!really inspire me..
    thanks dear..
    insya Allah,..yaa!buat yg terbaik dalm apa jua bidg yg kta cburi..
    berjya kta bkn tletk pada kos yg kta blj xp kesungguhan dan paling penting REDHA Allah dan ibu bapa!
    yeahhh....^____^

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...
    welcome dear..
    Redha Allah perlu diraih dan diusahakan..
    Do your best,let Allah do the rest!

    InsyaAllah..All the best,friend!!
    (^_^)

    ReplyDelete