Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Friday, 29 August 2014

Coretan : Jom ber'blog' !


Bismillahirrahma nirrahim.
Assalamualaikum semoga semuanya dalam lindungan Allah.


Betulkan niat menulis
 
Setelah sekian lama tidak meng’update’ blog, tiba-tiba saya teringin mengukir kembali minat menulis dan untuk entri kali ini, saya ingin mengingatkan diri sendiri dan mengajak yang lain juga untuk membetulkan niat walau apa sahaja yang anda lakukan.

Niat awalnya saya mencipta blog adalah untuk menjadikannya salah satu medan untuk saya menulis dan berkongsi pengetahuan yang tidak seberapa sekaligus matlamat utamanya agar ianya bermanfaat untuk ummah. Kemungkinan besar, siapa tahu ianya berguna sebagai medan dakwah (moga-moga Allah izinkan) seterusnya menjadi amal jariah ketika saya di alam sana kelak. Saham akhirat itulah keutamaan.

Apabila membelek entri-entri yang lepas, banyak kepada merapu dan bercakap kosong, maka ucapan maaf saya hulurkan. Kadang-kala ianya menjadi medan meluah rasa. Semoga ianya tidak menjadi kecacatan untuk blog ini. 

Menyepi daripada menulis

Mungkin juga kadang kala hilang minat untuk menulis kerana tiada idea atau factor besarnya adalah kerana kurangnya membaca walhal saya menyedari kurangnya membaca adalah kanser yang boleh membunuh minda yang sedar dan segar. Semangat perlu dibangkitkan!

Atau mungkin juga saya jarang menulis kerana masa yang perlu dihabiskan adalah di hadapan laptop sedangkan yang lebih utama adalah meluangkan masa dengan sahabat dan ahli keluarga serta atas urusan kelab. * Lagipun ummi tak suka tengok anaknya mengahdap gajet lama-lama *
Ya,ianya hanya alasan dan saya perlu bijak mencari masa yang sesuai.

Seru semangat baru
Mungkin kadang-kala saya tersasar dari matlamat. Ada simpang dan lopak sana sini. Semoga diri lebih matang dan peka serta dapat membaiki keburukan-keburukan yang dahulu.

Tahun ini pelbagai kejutan yang berlaku. Jika berkelapangan saya akan menulis berkaitan dengannya. Cuma yang boleh di ‘public’ dan tidak termasuk yang ‘privasi’nya.
Ada yang menegur saya kerana blog telah lama tidak di update. Jadi saya perlu bertindak.

Semoga kali ini, saya dapat menghayun tangan, menggerakkan jari-jemari dan menyusun bait kata dengan lebih baik. Mampu atau tidak, saya hanya dapat berusaha. Segalanya serahkan pada Allah. Moga Dia izinkan.

Jom berblog!

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Wednesday, 1 January 2014

Coretan : 2014 already



Assalamualaikum and greetings to all !!

wah wah wah! 2014 2014 2014

Ahlan Wasahlan ya sannah jaded!
Selamat Tahun Baru!
Happy New Year!
Xin Nian Kuai Le!
*ada gaya budak kos Bahasa tak?hehe




2014.2014..Alhamdulillah..

Ya Allah..perasaan apa ini?

Bersyukur kerana masih diberi fursoh(peluang) untuk menyedut udara baru 2014.

Gembira.Teruja.Takut pun ada.

Lumrah kehidupan tak akan pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Bagaimana agaknya cabaran 2014?      >.<     muka ketakutan

Dunia hari ini sangat memerlukan kepada manusia yang cepat,tangkas,kritis dan mahir.

Kreatif dalam merancang dan mahir dalam melaksanakan.

Jadi,rancang dari sekarang! *Amik buku,pensel dan roba.hehe.senaraikan! *

Pasangkan azam,rancangkan perjalanan dan bergeraklah untuk merealisasikan.

Ingat,azam yang wajib masuk dalam list setiap daripada kita adalah :
“ Aku ingin jadi manusia yang lebih baik dari semalam dalam redha Alalh”

Tekadkan dalam diri untuk menjadi :
Sebaik-baik hamba dan daie
Sebaik-baik manusia
Sebaik-baik anak
Sebaik-baik sahabat
Sebaik-baik watak dalam setiap peranan yang kita pegang di pentas dunia ini.
Dan semestinya tanggungjawab kian terasa berat digalaskan ke bahu. * Nangis

Wah..21 tahun sudah.Terasa sudah cukup dewasa walaupun tak berapa nak dewasa sangat kan~

Apa azam & harapan sampingan?

Syazana :
Nak belajar bersungguh-sungguh.Jihad! Jihad!
Nak bina bisnes dan kewangan sendiri.Nak jadi penulis!*impian sejak dulu*  Nak jadi rajin! Nak jadi baik sebaik2nya! Nak jadi cantik! Err…cantik akhlak la.hehehe…
Road to Mardhotillah in sya Allah..

Azam,harapan dan impian roomate2 ku sekalian?

Tahun baru sebagai titik permulaan kembali kepada fitrah tanpa dosa dan noda. *pergh..terbaik nabilah!

Berubah menjadi lebih baik..

Nak kahwin! Hehe *kalau nabilah baca ni, dia akan cakap..”godo..” dalam dialek Kelate.haha

Nak ‘mencari’…………..hew hew hew..pandai ek kinah sekarang

Haha..Nakal dia orang ni.Apa pun,moga segala azam kita terlaksana dan tercapai dengan jayanya.Paling penting,harapan saya,semoga redha Allah sentiasa bersama kita.

p/s :
Pergilah 2013.Bawalah bersamamu segala memori-memori yang mengguris hati,memori yang mencalar kegembiraan ,memori yang melalaikan dan semua memori yang pahit  lagi masam dan masin.

Dan datanglah 2014.Aku menyambutmu dengan hati terbuka.Datanglah bersama warna-warni pelangi yang dapat menyuburkan cintaku kepada Ilahi. Weeeeee~

Untuk semua visitor blog : Jom jadi soleh dan solehah ye kawan-kawan! Letakkan  Allah di tempat paling atas  dalam semua perkara.Jadikan Allah carta hati no 1 kita semua ^_^ in sya Allah.
______________________________________________________________________

2014
-menerima jemputan sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan
-ada sahabat yang teruja menantikan kelahiran zuriat pertama
Barakallah.Tumpang bahagia ^^



sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Monday, 16 September 2013

Hawa Convention 2.0 USIM 2013

HAWA CONVENTION 2

Alhamdulillah.Done attending Hawa Convention 2.0 as a participant on 14 & 15 September 2013.One word. “AMAZING”!

Sepanjang 2 hari suntuk menghadiri Hawa Convention 2.0 di DKP3 Universiti Sains Islam Malaysia(Usim) bersama kawan-kawan-wida,pah,kak sya & semua-sangat berbaloi.Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang konvensyen tersebut dapat kita manfaatkan in sya Allah.

Tahniah kpd Mpp Usim,kak Huda dan semua komiti yang menjayakan Hawa Convention 2.0!

 So,secara ringkasnya.

Slot 1 –Wanita : Antara Wahyu & hak asasi
Speaker : Ustaz Zahazan Mohamed

*Islamlah yang memulakan agenda memartabatkan kedudukan wanita sebagaimana yang boleh dilihat hari ini.

*Ada sebuah negara yang meletakkan syarat wajib supaya menutup aurat & apabila ditanya mengapa?Jawapannnya kami tidak ingin melihat ada anak-anak yang dilahirkan tanpa ibu & bapa.

*Pandangan barat terhadap muslim(Orang Islam) ada 4 golongan :
1-  Fundamentalis
2- Terrorist
3- Liberalis
4- Moderate :menggunakan hikmah dan berpandukan Al-Quran dan Sunah @ wasatiyyah (Golongan ini disegani oleh mereka bahkan ditakuti oleh mereka)
Slot 2 –Wanita dan Masa Depan Negara
Speaker : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

*Isu wanita adalah isu besar

Slot 3 –Superwoman : Yes or No
Speaker : Mohd Faridzul Mohamed Nasaruddin
Profesional Fasi Ibrah Paradigm Training & Consultancy
ni slot paling semangat :) cc : komiti Hawa Convention


*Persamaan yang menghidupkan kebahagiaan.
*30 saat pertama membina penilaian orang lan terhadap diri kita.
* 5 Qualities of Superwoman
1-Character
2-Charisma
3-Confidence
4-Communication
5-Concentration

*Don’t be afraid to dream.
DREAM ON! And try to achieve!

Slot 4 :Forum kerana madu itu manis : Antara Kperluan.kepentingan & Hukum (Poligami)
Speaker : Imam Muda Fakhrul Hassan
Muhammad Abdullah (ustaz Amin)
Kapten Hafiz Firdaus
Dr Nik Salid Suhaila Nik Salleh
 












Konsert : Manifestasi Cinta Illahi
Guest : Nazrey Johani (Raihan)
Imam Muda Najdi & Priakustik Nasyeed team


Slot 5 –Pengurusan Kewangan
Speaker : Tuan Shamsuddin Kadir


"Orang yang merasakan dirinya 'mahal',tidak memerlukan barang yang mahal untuk dirinya "





Slot 6-Penyusuan Susu Ibu & Pengurusan Bayi
Speaker: Nor Kamariah Mohamad Alwi

*Even tak bersedia lagi untuk bergelar sebagai seorang 'mama','ibu' atau ‘umi’,even tak ada lagi calon sebagai pasangan sampai syurga,anggap semua ini sebagai ilmu.


Slot 7-Wanita & Ulama’
Speaker : Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri

Special Slot : Seanggun Bidadari (Munna Izzah) & Peragaan busana dr butik Suci (Yatt Hamzah)



Kurnikan kepadaku kefahaman para nabi,hafalan para rasul & ilham para malaikat.

Hawa Convention 2.0 best!

p/s : some photos credit to @hawa convention


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

Friday, 13 September 2013

Jauh mengajar erti rindu



“When that silver alphard left,my heart truly deeply sad.How much I miss having a lot of great time with them.Safe journey to my family.May all of you will be in happiness and blessings from Allah.”
 
*mata berkaca*

Jauh..

Ada apa dengan jauh?

Bukankah ia hanya sekadar jarak?

Benar.

Tapi daripada kejauhan lah kita mempelajari sesuatu.

Sesuatu yang bernama RINDU.

Rindu yang pada dahulunya pada pandangan saya hanyalah satu perasaan yang remeh.
Rindu yang pada dahulunya pada pandangan saya hanyalah satu kata-kata tanpa makna yang besar.
Rindu yang pada dahulunya pada pandangan saya,hanya perasaan kosong yang tidak akan saya rasai.
But then..

When I grow up,living far away(tak adalah far sangat kan?hehe) from family,my heart finally feel what the real meaning of “RINDU”..

Rindu yang berbuah kerana telah lama becambahnya perasaan sayang.Sungguh Indah aturan Allah.Dari sekecil-kecil ciptaannya,semua membawa erti.Sehinggakan perasaan rindu yang tidak terlihat dek mata kasar dan tidak juga boleh dipegang dengan anggota fizikal,ia terasa begitu bermakna.

Ya.Rindu kadang kala menyakitkan tapi jangan pernah lupa,rindu itu juga manis dan indah.

Kerana jauh kita belajar erti rindu.

kerana rindu,kita belajar untuk menghargai.Dan kerana rindu juga,kita ingat untuk mendoakan.

Umi,abah and the whole family members,thanks a lot for visit me here.Truly feel something when see you here although the time is just few second (err…sedikit over nampaknya.hehe),its all enough for me.

“Na,biar dapat 4 ye!” –abah-

“Blajo molek2.Ada duit lagi tak?Nak?” –umi-

Oh really?Umi,u just give me a lot (that I don’t know how to use such much as that) last week and you still want to do that?Oh really I feel like I’m the princess so please..you do the best a lot! I don’t need that as your du’a are what I wish for.And I know your dua are always with your children.I’m so grateful to have you.

And a little cot cet cot cet from other siblings really touched my heart.How I wish I could jump into the car and went back to Terengganu with all of you.

But here I stand.in USIM.

to fulfill my dream.And to fulfill your dream as well.And to prove something to you.
That you always can count on me and I am your child that you can proud of.

~When that silver alphard left,my heart truly deeply sad.How much I miss having a lot of great time with them.Safe journey to my family.May all of you will be in happiness and blessings from Allah.~

Kerana Jauh aku belajar merindui,kerana jauh,akumengerti erti menghargai.kerana jauh,aku belajar mensyukuri.


Sesuatu yang 'terpaksa' ditempuhi kadang2 memberi impak yang baik tanpa disedari.
Itu namanya proses.
Proses untuk membina peribadi yang lebih matang dan lebih berdikari.Menuntut pengorbanan.menuntut kesabaran.

Thank you Allah.The best creator,the most merciful.

p/s : macam homesick eh?padahal dah tahun 2 dah pun.n baru minggu lepas je pun balik Terengganu. *berat nannang* (-.-)  #sekalisekala #takpe kut.. hehe

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~