Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Friday 29 August 2014

Coretan : Jom ber'blog' !


Bismillahirrahma nirrahim.
Assalamualaikum semoga semuanya dalam lindungan Allah.


Betulkan niat menulis
 
Setelah sekian lama tidak meng’update’ blog, tiba-tiba saya teringin mengukir kembali minat menulis dan untuk entri kali ini, saya ingin mengingatkan diri sendiri dan mengajak yang lain juga untuk membetulkan niat walau apa sahaja yang anda lakukan.

Niat awalnya saya mencipta blog adalah untuk menjadikannya salah satu medan untuk saya menulis dan berkongsi pengetahuan yang tidak seberapa sekaligus matlamat utamanya agar ianya bermanfaat untuk ummah. Kemungkinan besar, siapa tahu ianya berguna sebagai medan dakwah (moga-moga Allah izinkan) seterusnya menjadi amal jariah ketika saya di alam sana kelak. Saham akhirat itulah keutamaan.

Apabila membelek entri-entri yang lepas, banyak kepada merapu dan bercakap kosong, maka ucapan maaf saya hulurkan. Kadang-kala ianya menjadi medan meluah rasa. Semoga ianya tidak menjadi kecacatan untuk blog ini. 

Menyepi daripada menulis

Mungkin juga kadang kala hilang minat untuk menulis kerana tiada idea atau factor besarnya adalah kerana kurangnya membaca walhal saya menyedari kurangnya membaca adalah kanser yang boleh membunuh minda yang sedar dan segar. Semangat perlu dibangkitkan!

Atau mungkin juga saya jarang menulis kerana masa yang perlu dihabiskan adalah di hadapan laptop sedangkan yang lebih utama adalah meluangkan masa dengan sahabat dan ahli keluarga serta atas urusan kelab. * Lagipun ummi tak suka tengok anaknya mengahdap gajet lama-lama *
Ya,ianya hanya alasan dan saya perlu bijak mencari masa yang sesuai.

Seru semangat baru
Mungkin kadang-kala saya tersasar dari matlamat. Ada simpang dan lopak sana sini. Semoga diri lebih matang dan peka serta dapat membaiki keburukan-keburukan yang dahulu.

Tahun ini pelbagai kejutan yang berlaku. Jika berkelapangan saya akan menulis berkaitan dengannya. Cuma yang boleh di ‘public’ dan tidak termasuk yang ‘privasi’nya.
Ada yang menegur saya kerana blog telah lama tidak di update. Jadi saya perlu bertindak.

Semoga kali ini, saya dapat menghayun tangan, menggerakkan jari-jemari dan menyusun bait kata dengan lebih baik. Mampu atau tidak, saya hanya dapat berusaha. Segalanya serahkan pada Allah. Moga Dia izinkan.

Jom berblog!

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

3 comments:

  1. Bahasa sudah cantik dan sedap dibaca. Sikit lagi diasah bakat dan tampung beberapa kelemahan, sudah mampu jadi penulis profesional. Jumlah bacaan juga harus meningkat, supaya dapat mantapkan gaya-bahasa dan ilmiahnya.

    Bakat memang sudah ada, tak dinafikan. Rugi kalau tak dimanfaatkan sebaiknya. Moga terus menulis.

    ReplyDelete