Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Saturday 8 September 2012

Study! Niat kerana Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum..

Apa khabar jiwa dan hati kalian?Apa khabar iman dan ilmu dalam diri sahabat-sahabat yang dikasihi?Semoga khabarnya baik sebaik-baiknya.InsyaAllah..

Memandangkan saya telah pun diiktiraf sebagai mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (di negeri Sembilan berdekatan KLIA<-- info untuk pembaca yang tidak mengetahui dimanakah USIM),suka saya untuk bercakap sikit tentang ilmu..

Ilmu merupakan antara elemen paling penting dalam hidup.Malahan,bagi Muslim,ia merupakan satu usaha yang menjurus kepada redha Allah.Hidup kita di pentas lakonan gergasi yakni dunia fana ini,kalau tanpa ilmu,semuanya kosong dan tidak berguna.

Bukankah kata orang “Tak kenal,maka tak cinta”..Justeru untuk mencintai alam,perlulah mengenal apa itu alam.Proses mengenal itu pula memerlukan ilmu yang betul.Nah,sama lah juga untuk kita mengenal Allah yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.Tanpa ilmu,kita tidak dapat mengenal apatah lagi mencintai dengan setulus hati.Jadi,tuntutlah ilmu.Walau apapun bidang pengajian kita,kita mendukung matlamat yang sama iaitu untuk mendapatkan ilmu.
Ingat! Niat belajar kerana Allah! (^_^) 
Siapa-siapa yang rasa niat dia dah menyimpang,Cepat renew balik niat kita!

Perlu diingat wahai sahabat sekalian, ’bukan senang nak senang’…..Jadi,jika terasa perjuangan menuntut ilmu ini susah,jangan sekali kau mengalah.Kalau jatuh,bangun kembali!Jangan terbaring terlalu lama! Kerana itu lumrah kehidupan.Manusia ini bukan sempurna,boleh berdiri gagah tanpa bergoyang,berlari pantas tanpa accident..err…ada kaitan ke?...
Manusia ni macam..manusia lah.Kadang-kadang lemah,jatuh,tersungkur,tergolek,tercampak dan seumpamanya.Tapi sebaik-baik manusia,manusia yang memberi manfaat kepada penduduk bumi.Jadi bergeraklah menyebarkan kebaikan untuk seisi alam.Gunakan medium-medium yang ada.Di zaman moden seumpama ini,tak susah untuk berdakwah.Dengan hanya  menulis,kita boleh berdakwah.Sambil baring pun boleh berdakwah.Macam mana?hm..Tweet la kata-kata dakwah.Kata-kata yang menyeru ummah ke arah kebaikan.Atau menyampaikan tafsiran ayat al-Quran yang boleh dijadikan iktibar untuk semua.Tapi perlu diingat,kita yang menyampaikan perlulah ikhlas dan turut mengamalkan apa yang kita sampaikan.
 Ingat,menuntut ilmu wajib bagi kita semua sebagai umat Islam..

Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Dalam proses yang dinamakan belajar ni,kalau salah,jangan malu sahaja.Biarlah malu itu didorong dengan usaha memperbaiki kelemahan diri.Dan sebenarnya dalam proses belajar,tiada istilah marah.Mana mungkin seorang ibu memarahi anaknya yang berumur 7 bulan kerana tidak pandai berjalan sedangkan anak itu masih dalam proses kearah berjalan.Apabila di ajar dan diajar,maka,pandailah bayi itu berjalan bahkan berlari.Sama lah dengan belajar.Tidak perlu marah kerana tidak pandai dan tidak tahu.Kerana tidak tahu itulah yang menjadi pendorong kita untuk belajar.

Jadi,kesimpulannya,jom sama-sama kita ikhlaskan hati menuntut ilmu serta berusaha menyebarkannya agar dapat member manfaat kepada seluruh makhluk bumi.InsyaAllah..

Jom kita jadi orang yang tamak mengaut ilmu dan pemurah dalam menyampaikannya!

 


sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

No comments:

Post a Comment