Assalamualaikum ila ikhwah wa akhowat sekalian..Ahlan wasahlan ke blog Langkahku di bumi Illahi.Semoga bermanfaat.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan akhirinya dengan Alhamdulillah. (^_^)

*Kalau rasa terganggu, boleh pausekan disini *

Pages

Friday 5 September 2014

Officially Year 3 Student

Assalamualaikum.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.

Alhamdulillah selesai mendaftarkan diri secara online sebagai Pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Semester 5.

Nothing much to talk. Biarkan gambar berbicara.



Melihat kepada madah(subjek) yang bakal diambil semester depan, sedikit sebanyak mendatangkan gerun di hati lebih-lebih lagi untuk madah Arab.

 Ya, mungkin bagi sesetengah sahabat-sahabat saya merasakan ianya tidaklah mencabar mana namun bagi saya yang masih merangkak dalam penguasaan Bahasa Arab, ianya sangatlah mencabar dan menakutkan. Apatah lagi bersaing dengan classmate yang ramai di kalangan mereka adalah lepasan STAM.

 Lepasan Tamhidi Sains Dan Teknologi vs Lepasan Stam.

Yang ‘best’ sikit sem ini, kelas malam tidaklah terlalu banyak walaupun jam kredit mencapai 23. Huhhh..Agak penat sebenarnya. Tak apa, positif positif!
*Tak tercapai impian nak ambil bahasa tambahan sebab katanya jam kredit dah maksimum*

Semoga sem baru ini membuka lembaran hidup dan semangat yang lebih hebat dan lebih baik. 

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Insya Allah. Wish me luck! Mohon doa kalian.


*In Sya Allah pagi esok bakal bertolak ke Nilai. Sedihnya tinggalkan rumah, tinggalkan Terengganu. T_T

sEbArKaN kEbAiKaN(^_^) ~Semoga Allah Sayang Dan Redha Dengan Kita!~

No comments:

Post a Comment